window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza?

Haris · May 22, 2020 09:00 PM

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza? 01

Proton Exora kali pertama dilancarkan pada tahun 2009 menjadikannya model ini berada dalam pasaran lebih sedekad. Sebilangan besar pengeluar akan menawarkan model sekitar lima hingga tujuh tahun sahaja sebelum menggantinya dengan model baru.

Selain Proton Exora, Perodua Alza juga berkongsi umur yang sama dengan Exora dan ditawarkan dengan harga kompetitif. Sungguh pun begitu, Exora telah diberi sejumlah naik taraf yang ketara, antaranya enjin bercas turbo baharu (tetapi masih menggunakan suntikan injap) dan sistem infotainment yang jauh lebih baik. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza? 01

Berapakah harga Proton Exora 2019?

Proton Exora 2019 yang baru dikemas kini hanya mempunyai dua varian - Eksekutif (RM 59,800) dan Premium (RM 66,800). Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin empat silinder bercas turbo 1.6 liter yang sama yang dengan gandingan transmisi jenis CVT automatik.

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza? 02

Kami mengesyorkan varian Premium kerana varian ini dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control), yang kini merupakan ciri asas dalam sesebuah kenderaan moden. Malah kereta taraf pengenalan seperti Perodua Axia terbaru juga dilengkapi fungsi ini.

Kebaikan dan keburukan Proton Exora 2019?

Faktor pelaris bagi Proton Exora adalah nilai yang bakal anda dapat untuk setiap ringgit yang dibelanjakan. Hal ini kerana, tiada pesaing lain yang dapat menandingi kombinasi ruang dan harga yang ditawarkan oleh Exora.

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza? 03

Rata rata MPV menawarkan corong penyaman udara dan blower sehingga ke baris kedua sahaja. Alza pula hanya menawarkan penyaman udara di baris hadapan sahaja kerana saiz kabinnya yang lebih kecil. Namun begitu, Exora mempunyai penyaman udara untuk setiap baris di samping corong penyaman udara di bahagian sisi atas kedua-dua belah bagi setiap individu.

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza? 04

Tempat duduk tengah dengan mekanisme lipatan dan anjakan satu sentuhan adalah yang terbaik dalam kelasnya. Ia memudahkan penumpang untuk masuk ke tempat duduk baris belakang. Semua pesaing Exora memerlukan kedua-dua belah tangan untuk melipat dan menganjak kerusi barisan tengah sebelum masuk ke baris belakang.

Exora juga didatangkan dengan ruang but belakang yang paling besar. Walaupun dengan tempat duduk baris belakang tidak dilipat, anda masih mempunyai ruang yang cukup untuk kereta sorong bayi ataupun kerusi roda bersaiz kecil.

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza? 05

Seperti model Proton yang lain, aspek perjalanan dan pengendalian Exora ternyata sedikit baik berbanding yang lain. Ia tenang pada kelajuan lebuh raya dengan posisi memandunya sedikit tinggi namun perbezaannya tidak terlalu ketara berbanding memandu kereta sedan. Tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa pemanduannya lebih baik dan selesa berbanding Perodua Alza.

Kelemahan Exora yang terbesar adalah penggunaan bahan api yang tinggi. Berat Exora adalah 200 kg lebih berat daripada Honda BR-V. Keseluruhan berat ini dijana oleh enjin 1.6 liter bercas turbo, pastinya tidak sama dengan enjin Eropah dan Jepun yang lebih terkini. Exora juga masih menggunakan enjin suntikan injap berbanding suntikan langsung yang digunakan pada enjin Eropah dan Jepun.

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza? 06

Tidak dapat dinafikan, Exora menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding Honda BR-V atau Perodua Alza tetapi penjanaan kuasa tersebut disebabkan oleh pembakaran lebih banyak bahan api dan tidak mencerminkan tahap kecekapan penggunaan bahan api. Dalam perjalanan, Exora tidak terasa lebih laju tetapi memadai untuk mencapai kelajuan yang diingini.

Ketiadaan ISOFIX bukanlah suatu masalah besar. Harus diingatkan bahawa tempat duduk kanak-kanak ISOFIX lebih selamat adalah mitos. ISOFIX hanya menjadikan pemasangan tempat duduk kanak-kanak lebih mudah, dengan kos yang jauh lebih mahal.

Secara realitinya, memasang tempat duduk kanak-kanak agak menyusahkan walaupun dengan ISOFIX. Melalui pengalaman kami, membeli tempat duduk kanak kanak yang berbeza mengikut umurnya adalah lebih baik daripada memindahkan satu tempat duduk standard ISOFIX yang sangat mahal di antara kereta. Kita juga harus sedar bahawa tempat duduk kanak-kanak mempunyai jangka hayat yang pendek kerana anak anda akan terus membesar.

Sesetengah pembeli masih meragui keandalan Proton dan lebih suka berkompromi antara kuasa dan ruang Exora dengan tahap keandalan Honda atau Perodua dengan kos operasinya yang rendah. Walaupun Geely melakukan tugas yang sangat baik untuk mengembalikan Proton ke landasan yang betul, Exora masih lagi sebuah produk lama Proton.

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza? 07

Sekiranya anda seorang yang percaya bahawa zaman kejatuhan Proton dengan reputasi kualiti binaan yang buruk telah jauh berlalu, Exora masih boleh menjadi pilihan yang baik, walaupun sudah berusia lebih 10 tahun.

Apakah alternatif Exora?

Exora tidak mempunyai pesaing secara langsung dalam kelompok harga dalam segmen C. Saingan terdekatnya adalah Honda BR-V (dari RM 80,989) dan Perodua Alza (dari RM 54,290 untuk varian automatik) - kedua-duanya berada pada segmen B yang lebih rendah dan jauh lebih kecil berbanding Exora.

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza? 08

Honda BR-V menawarkan kombinasi harga, keselesaan, lebih praktikal, keandalan yang terbukti, dan penggunaan bahan api yang rendah.

Walaupun BR-V hanya ditawarkan dengan dua beg udara sahaja tetapi masih dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (VSA) memberikan kestabilan yang cukup baik. Hal ini dilihat sebagai penawaran sistem keselamatan aktif (pencegahan kemalangan) dan keselamatan pasif (pengurangan kecederaan) yang seimbang.

Honda BR-V juga adalah MPV paling selesa dalam kelasnya dengan ciri pengendalian dan keselesaan perjalanan bandar yang sama seperti kereta penumpang.

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza? 09

Perodua Alza pula ditawarkan pada harga sekitar Exora dengan kos operasi yang lebih murah. Namun, saiz Alza jauh lebih kecil berbanding Exora. Tempat duduk barisan ketiganya pula sangat kecil walaupun untuk kanak-kanak. Ia lebih kepada jenis 5+2 tempat duduk berbanding 7 tempat duduk. Sungguhpun begitu, sesetengah pembeli memerlukan jenis tempat duduk 5+2 kerana bukan semua pemilik MPV memerlukan kesemua 7 tempat duduk sepanjang masa.

Sekiranya anda mampu berkompromi dengan ruang dalaman yang lebih kecil berbanding Exora, Alza yang lebih kecil menawarkan kawalan dan kemudahan meletak kereta yang lebih baik serta penggunaan bahan api yang lebih rendah.

Proton Exora: Lebih baik daripada Alza? 10

Akhir sekali, alternatif lain bagi Exora adalah SUV Perodua Aruz (dari RM 72,900). Aruz mempunyai lebih banyak ciri keselamatan - enam beg udara dan brek kecemasan autonomi (ASA 2.0) pada varian spesifikasi paling tinggi - tetapi aspek keselesaan dan pengendaliannya kurang bagus.

Hal ini kerana Exora dibina berasaskan Toyota Avanza yang lebih besar dan lebih berat daripada Alza, bising pada kelajuan lebuh raya dengan penggunaan bahan api yang agak tinggi.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Exora 1.6T Executive CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda