window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu!

Haris · Aug 17, 2020 01:00 PM

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu! 01

Proton Persona adalah satu-satunya sedan segmen B dari pihak pengeluar tempatan. Kategori sedan segmen B adalah antara kategori yang padat dengan tawaran daripada pengeluar bukan tempatan, menjadikan Proton Persona sedan segmen B paling murah dalam kelasnya. Berikut adalah 6 perkara mengenai Proton Persona yang harus anda ketahui!

1. Harga Proton Persona

Proton Persona
1.6 Standard MT RM 42,100
1.6 Standard CVT RM 44,000
1.6 Executive CVT RM 48,900
1.6 Premium CVT RM 53,700

Harga di atas adalah harga promosi tanpa cukai jualan. Harga atas jalan tidak termasuk insurans.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami turut menganggarkan kos-kos penyelenggaraan selepas 5 tahun atau 100,000 km jarak perbatuan. Proton Persona murah hanya RM 800 berbanding Honda City manakala murah RM 200 sahaja berbanding Toyota Vios.

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu! 01

Namun begitu, penggunaan minyak adalah berbeza bagi ketiga-tiga model. Selain itu, kos seperti harga tayar baharu juga bergantung kepada penggunaan pemandu.

Harga yang ditunjukkan adalah sekadar panduan. Harga sebenar tertakluk kepada perubahan semasa. Sebagai rujukan, sila baca artikel kami di sini.

2. Perbezaan varian

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu! 02

Dari segi keselamatan, semua varian menerima kelengkapan ISOFIX, sistem brek anti-kunci (ABS), electronic brake force distribution (EBD), braking assist (BA), kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TC) dan bantuan daki bukit (HHA) sebagai standard.

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu! 03

Antara keluhan terbesar kami adalah warna rekaan dalaman Proton Persona. Penggunaan warna dua tona hitam dan beige kurang digemari oleh kami. Hal ini kerana warna beige mudah kotor lagi-lagi sekiranya anda mempunyai anak kecil. 

3. Kos penyelenggaraan

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu! 04

Selepas pertama kali menggantikan minyak pada jarak perbatuan 1,000 km, Proton Persona memerlukan servis penyelenggaraan setiap 10,000 km atau 6 bulan. Kos penyelenggaraan bagi varian manual adalah sedikit murah berbanding varian automatik.

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu! 05

Sementara itu, berikut adalah perincian mengenai kos penyelenggaraan dalam jangka masa lima tahun. Baca artikel kami di sini.

4. Kadar penggunaan minyak

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu! 06

Dalam ulasan kami, Proton Persona berjaya memperolehi angka penggunaan bahan api purata 8.5 liter / 100 km. Untuk satu tangki penuh (40 liter) anda boleh menjangkakan perjalanan sejauh 450 km - 500 km.

Jika kita mengambil harga purata bulan lalu iaitu sebanyak RM 1.68 untuk RON 95, anda memerlukan sekitar RM 58.80 untuk mengisi minyak dari kosong ke penuh.

5. Saiz ruangan but belakang

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu! 07

Proton Persona mempunyai kapasiti but belakang sebanyak 510 liter. Sebagai perbandingan, kapasiti but belakang Toyota Vios adalah 506 liter manakala Honda City adalah 536 liter.

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu! 08

Sebagai peringatan, hanya varian Eksekutif dan Premium sahaj yang mempunyai tempat duduk belakang yang boleh di lipat 60:40. Fungsi ini berguna untuk mengangkut barang lebih panjang atau sedikit besar.

6. Kelebihan Proton Persona

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu! 09

Semestinya, kendalian pemanduan pada Proton Persona adalah sangat memuaskan. Seperti biasa, Proton sinonim dengan kendalian pemanduan yang sangat sesuai dengan citarasa tempatan.

Namun begitu, hanya satu kekurangan yang menjejaskan pengalaman pemanduan Proton Persona. Penggunaan transmisi Punch CVT yang sinonim dengan pemanduan kurang lancar dan tersangkut-sangkut pada kelajuan rendah.

Proton Persona: Ini 6 perkara yang harus anda tahu! 10

Kelebihan Proton Persona sudah tentulah tawaran harganya. Jika anda mempunyai bajet yang sedikit rendah, Proton Persona tidak akan mengecewakan anda. Satu-satunya pesaing Proton Persona dalam julat harga yang sama adalah Perodua Bezza. Proton Persona ternyata memberikan lebih nilai secara keseluruhannya.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda