window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru!

Zamil Syaheer Β· Feb 20, 2022 10:00 AM

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 01

Dalam nada yang sama seperti Suzuki Jimny, Toyota Alphard boleh dianggap sebagai raja nilai jualan semula di China, kerana harga Alphard terpakai lebih tinggi daripada yang serba baharu.

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 02

Anda membacanya dengan betul – di China, harga Toyota Alphard terpakai berusia tiga tahun, secara purata, 17 peratus lebih tinggi daripada unit serba baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 01

Alphard yang serba baharu pun bukanlah murah!

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 02

Alphard generasi ketiga mula dijual pada 2017, hanya tersedia dengan enjin aspirasi natural 3.5 liter V6. Bagi model facelift yang anda lihat di sini, model ini mula dijual pada tahun 2020.

Juga baca: Toyota Alphard (AH30) terpakai serendah RM 150k, inspirasi kepada 'downline' anda!

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 03

Harga pelancaran untuk Alphard 3.5 adalah antara CNY 809,000 (~RM 534k) hingga CNY 864,000 (~RM 570k), manakala varian hibrid berharga antara CNY 819,000 (~RM 540k) hingga CNY 870,000 (~RM 573).

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 04

GAC Toyota kini menawarkan tiga varian Toyota Alphard, dengan harga antara CNY 839,000 (~RM 554k) hingga CNY 920,000 (~RM 607k), sedikit lebih tinggi daripada ketika ia mula-mula dilancarkan.

Seperti Malaysia, Alphard berspesifikasi China diimport (CBU) dari Jepun.

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 05

Semua varian Toyota Alphard China dikuasakan oleh hibrid 2.5 liter petrol-elektrik yang menghasilkan output sistem gabungan sebanyak 163 PS.

Toyota Alphard mentakrifkan nilai jualan semula

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 06

Harga Alphard terpakai lebih tinggi daripada unit serba baharu

Semakan ke atas beberapa penyenaraian kereta terpakai di China mendedahkan bahawa terdapat unit Alphard yang sangat terhad berharga di bawah CNY 1 juta (~RM 660k).

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 07

Alphard berharga CNY 1.06 juta mempunyai perbatuan 28k km

Bergantung pada perbatuan dan keadaan, Toyota Alphard terpakai dengan rangkaian kuasa hibrid yang lebih moden, berharga antara CNY 1.06 juta (~RM 699k) hingga CNY 1.268 juta (~RM 836k), menentang logik kereta terpakai dan mengukuhkan kedudukannya sebagai juara jualan semula.

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 08

Lebih membingungkan lagi, Alphard yang dijual ini bukanlah model daripada bilik pameran ataupun dengan jarak perbatuan rendah, dengan yang tertinggi berada sekitar 30,000 km. Semestinya model-model dengan perbatuan yang lebih rendah berharga lebih tinggi.

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 09

Kiri: Toyota Alphard. Kanan: Lexus LM

Malah, harga model dengan perbatuan rendah ini bertindih ke dalam wilayah Lexus LM. Dimana ia berharga antara CNY 1.166 juta (~RM 769k) hingga CNY 1.466 juta (~RM 966k).

Juga baca: Lexus LM 350 2021: Tempahan Alphard termahal kini dibuka, bermula RM 1.15 juta

Kenapa sampai macam begitu sekali?

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 10

Walaupun tanda harganya terlalu tinggi, Toyota Alphard kekal sebagai MPV yang sangat popular di China dengan permintaan melebihi bekalan.

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 11

Toyota Vellfire juga dijual di China

Tahun lepas, GAC Toyota menjual kira-kira 24k unit Toyota Alphard, dengan purata kira-kira 2,000 unit sebulan.

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 12

Namun begitu, walaupun dengan banyak unit yang dijual tahun lepas, ia masih tidak mencukupi untuk menghilangkan demam China untuk lebih banyak Alphard.

Juga baca: Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela?

Bukan itu saja!

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 13

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih?

Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa pengedar di China menaikkan harga sehingga CNY 250,000 (~RM 165k) seunit, kerana mereka tahu bahawa permintaan berada pada tahap tertinggi buat masa kini.

Raja 'resale value': Di China, anda boleh jual Toyota Alphard terpakai lagi mahal dari yang baru! 14

Memandangkan GAC Toyota menjual purata 2,000 unit Alphard sebulan, ini bermakna peniaga boleh memperoleh purata tambahan CNY 500,000 (~RM 330k) sebulan.

Juga baca: Sejarah Toyota Alphard: Pembangunan yang menjadi raja segala MPV

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda