Volkswagen Vento ialah sedan Segmen B yang bersaing dengan Toyota Vios dan Honda City.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah menaiktarafkan Vento beberapa kali sepanjang kitaran hidup kereta tersebut, termasuklah memasang lampu LED dan unit kepalanya dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.
Harganya bermula daripada RM 85,430 untuk Comfortline, manakala Highline pula berharga RM 92,045. Jika anda memilih edisi Join, harganya naik RM 7,000.
Dengan tambahan RM 7,000 ini, anda akan dapat tempat duduk kulit, ‘scuff plate’ aluminium, pengacuan badan berwarna hitam, spoiler ‘lip’ belakang berwarna hitam, hiasan but hitam, emblem Join serta tint VW.
Apakah kebaikan dan keburukan VW Vento?
Disebabkan oleh enjin turbonya, enjin kecil 1.2 liter ini mampu menjana kuasa 105 PS dan 175 Nm, membolehkan ia tergolong dalam sedan Segmen B yang paling berkuasa.
Pada masa yang sama, kecekapan petrolnya agak baik – komputer perjalanan Vento memaparkan bacaan 6.0 liter/100 km di lebuhraya, manakala apabila memandu dalam trafik perlahan bacaannya naik sehingga 8.5 liter/100 km.
Bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lebih simple, VPCM juga menawarkan Vento Comfortline. Varian ini dipadatkan dengan enjin 1.6 liter ‘naturally-aspirated’ dengan 4 silinder yang menjana 105 PS dan 153 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
Seperti yang digambarkan, Vento Comfortline jauh sekali daripada menjadi satu kereta yang sangat berkuasa. Malah, ia mengambil masa untuk menaikkan kelajuan, walaupun peralihan gear daripada transmisi automatik 6-kelajuannya agak lancar.
Selain daripada tren kuasanya, pemanduan dan kawalan Vento juga layak untuk dipuji – pemanduannya sama seperti sedan Eropah yang lebih besar.
Walaupun dengan kehebatan diatas, papan pemukanya diperbuat daripada plastik – tiada sentuhan bahan lembut atau perincian jahitan palsu.
Vento juga tiada ‘keyless entry’ dan butang ‘push start’ enjin – sesuatu yang ada pada kereta lebih murah seperti Toyota Vios dan Honda City.
Yang penting, tidak seperti saingannya yang lain, Vento hanya diberi 4 beg udara (dua di hadapan dan sisi, tiada beg udara langsir).
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.