window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru!

Mersita · Oct 13, 2020 04:30 PM

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 01

Honda City GN Series 2020 serba baru yang dinanti-nantikan telah tiba! Inilah dia sedan segmen B yang cukup panas tahun ini dan kami ingin jawab semua persoalan anda tentang keluaran terbaru Honda Malaysia ini.

Berapakah harga Honda City 2020 serba baru ini?

Senarai harga akan dikemaskini setelah berakhirnya pengecualian cukai SST selepas 31 Disember ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga Honda City 2020

Varian Harga, tanpa SST Harga, dengan SST
S RM 74,191 RM 76,800
E RM 81,664 RM 84,800
V RM 86,561 RM 89,800
RS Akan diumumkan Jan 2021

Bilakah Honda City RS 2020 mula dijual?

Honda City RS boleh didapati di Malaysia pada Januari 2021.

Apakah perbezaan spesifikasi Honda City 2020 baru mengikut varian?

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 01

Honda City 2020 mempunyai empat varian – S, E, V dan RS. Peringkat dan spesifikasi varian ini adalah seperti yang tertera.

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 02

Tapi, sabar dulu, hanya varian S, E, dan V yang ada setakat ini. Varian RS akan diperkenalkan pada Januari 2021.

Varian spesifikasi permulaan iaitu S dan E mempunyai kemasan lapik kerusi fabrik dan 4 beg udara. Varian V pula diberi lampu hadapan LED, LaneWatch, 6 beg udara dan lapik kerusi kulit. Manakala varian paling tinggi, RS, akan didatangkan dengan Honda Sensing dan panel instrumen digital.

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 03

Apakah pilihan enjin Honda City 2020?

Bergantung pada varian yang dipilih, ada dua tren kuasa yang boleh didapati – enjin petrol baharu DOHC 'port-injection' 1.5 liter 'naturally aspirated' (model terdahulu ialah enjin SOHC) yang dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT, dan satu lagi ialah enjin i-MMD petrol-hibrid yang tidak memerlukan kotak gear.

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 04

Enjin Honda City RS 2020 i-MMD

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 05

 

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 06

Enjin Honda City 2020 1.5 V

Apakah saiz badan kereta Honda City 2020?

Saiz/Dimensi Honda City 2020

Panjang x Tinggi x Lebar (mm)

4,553 x 1,748 x 1,467 mm

Jarak Roda (mm)

2,600 mm

Berat (kg)

S - 1,125

E - 1,126

V - 1,135

RS - 1,246

Ruang but (liter)

S, E, V - 519

RS - 409 

City serba baru ini berukuran 111 mm lebih panjang berbanding model sebelumnya (4,422 mm), 54 mm lebih lebar (1,694 mm) dan 10 mm lebih rendah (1,477 mm).

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 07

Apakah kelengkapan keselamatan yang ada pada Honda City baru?

Varian S dan E diberi 4 beg udara, manakala 6 beg udara untuk varian V dan RS. Selain dari itu, kelengkapan di bawah adalah kelengkapan standard bagi semua varian:

  • Amaran tali pinggang keledar
  • ‘ISOFIX tethers’ di tempat duduk belakang
  • Vehicle stability assist (VSA)
  • Anti-lock braking system (ABS) dengan electronic brake force distribution (EBD)
  • Brake assist (BA)
  • Hill start assist (HSA)
  • Emergency stop signal (ESS)
  • 2 reverse sensors

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 08

Manakala, varian E, V dan RS dipasang kamera undur. Walaubagaimanapun, LaneWatch eksklusif hanya untuk V dan RS.

Oleh itu, Honda Sensing hanya boleh didapati pada varian RS. Sistem yang dipadatkan di dalam City baru ini agak baru dimana pembangunan terkini dibuat pada kamera monokularnya yang kini mempunyai sudut operasi yang lebih lebar/luas. Ini bermaksud yang fungsi ACC-nya lebih sensitif terhadap kawasan yang lebih luas dan ia boleh memberi respon dengan lebih cepat.

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 09

Tidak seperti Civic, Accord dan CR-V, ia tidak dilengkapi dengan radar 'milimeter-wave' dan ia hanya bergantung kepada kamera monokular. Honda berkata kamera yang dinaiktaraf ini boleh memberikan kemudahan pada tahap yang sama seperti sistemnya yang terdahulu.

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 10

Honda Sensing yang didatangkan dengan Honda City RS 2020 merangkumi:

  • Forward collision warning (FCW)
  • Automated emergency braking (AEB)
  • Lane departure warning (LDW)
  • Lane keeping assist (LKAS)
  • Road departure mitigation (RDM)
  • Adapative cruise control (ACC)
  • Auto high-beam (AHB)

Tiada Low Speed Follow?

Malangnya, tiada. Adaptive cruise control pada City RS hanya boleh berfungsi pada kelajuan atas 30 km/jam. Civic, CR-V, dan Accord mempunyai Low Speed Follow dan ini membolehkan 'cruise control' untuk berfungsi dalam keadaan trafik terhenti-henti / 'stop-go'.

Adakah Honda City baru ini sebaik model yang dahulu dari segi kemudahannya?

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 11

Ruang but lebih kecil sedikit kali ini untuk varian enjin petrol – kini pada 519 liter, manakala model generasi terdahulu mempunyai isipadu 536 liter. Disamping itu, isipadu ruang but RS hanyalah 409 liter, barangkali disebabkan oleh pek bateri yang memakan ruang kabin. Sama seperti City Hybrid yang terdahulu, City RS dilengkapi dengan tayar ganti yang jimat ruang.

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 12

Selain dari itu, Honda City 2020 ini membawa falsafah yang sama iaitu 'Man Maximum, Machine Minimum' – banyak ruang simpanan kecil, kerusi boleh dilipat 60:40 (salah satu antara 8 perincian yang tiada pada City pasaran Thailand), ‘ISOFIX tethers’ dan macam-macam lagi.

Kenapa brek cakera belakang tiada pada varian spek rendah?

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 13

Honda City terdahulu menggunakan brek dram pada semua variannya. Bagi generasi ini, RS diberi brek cakera belakang - sesuatu yang unik hanya di Malaysia.

Varian spesifikasi rendah kekal dengan penggunaan brek dram. Honda berkata yang tetapan ini lebih ringan dan ianya padanan yang paling sesuai untuk harga dan prestasi enjin segmen ini.

Varian RS menggunakan Brek Parkir Elektrik (EPB) yang mampu menjimatkan ruang, dan ia lebih sesuai dipadankan dengan brek cakera untuk menghasilkan satu pakej yang lebih berdaya saing.

Bagaimanakah prestasi pemanduan Honda City 2020?

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 14

Varian RS menonjolkan prestasi yang memuaskan. Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang pandu-uji Honda City RS, anda boleh baca rebiu kami.

Ada soalan lain lagi?

Soalan Lazim: Segalanya tentang Honda City 2020 GN-Series serba baru! 15

Seperti biasa, kami akan bawakan untuk anda cerita-cerita terbaru tentang Honda City 2020 serba baru ini dan juga model-model lain. Buat masa ini, anda bolehlah ikuti forum dan group WhatsApp kami untuk bincangkan segalanya tentang automotif bersama peminat-peminat kereta yang lain.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda