window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Belum setahun Proton Saga facelift dilancarkan, dah ada kemaskini baharu dalam perancangan?

Haris · Dec 13, 2022 04:00 PM

Spyshot: Belum setahun Proton Saga facelift dilancarkan, dah ada kemaskini baharu dalam perancangan? 01

Satu gambar intipan yang menarik apabila kami baru-baru ini menemui dua model Proton berwarna putih ini di suatu tempat sekitar Ara Damansara.

Bagi mereka yang masih ingat, Proton baru sahaja melancarkan Proton Persona yang dikemas kini pada Ogos 2021 dan Proton Saga baharu pada Mei 2022.

Spyshot: Belum setahun Proton Saga facelift dilancarkan, dah ada kemaskini baharu dalam perancangan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi apa tujuan 2 model Proton dengan nombor plat syarikat ini?

Menurut sumber yang arif dengan perkara itu, Proton Persona dan Saga yang dilihat ini berkemungkinan menguji perkakasan kawalan kestabilan elektronik (ESC) baharu untuk pasaran Afrika Selatan, kerana Proton baru-baru ini menukar vendor baharu untuk bahagian itu. Sungguhpun begitu, perubahan ini mungkin tidak akan dilaksanakan untuk pasaran Malaysia kerana ia adalah ciri sedia ada.

Spyshot: Belum setahun Proton Saga facelift dilancarkan, dah ada kemaskini baharu dalam perancangan? 01

Selain daripada perkakasan ESC, Proton Saga putih ini kelihatan hampir sama dengan apa yang ditawarkan untuk pasaran domestik, lengkap kesemuanya sehingga rim aloi 15-inci dwi-tona.

Baca: Pelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat!

Spyshot: Belum setahun Proton Saga facelift dilancarkan, dah ada kemaskini baharu dalam perancangan? 02

Proton Persona pula nampaknya menggunakan rim aloi 16-inci R3 dan dilengkapi lampu kabus belakang, yang merupakan ciri wajib untuk beberapa buah negara.

Baca: Proton Persona facelift 2022 - Dari RM 45k hingga RM 54k, varian mana yang paling berbaloi?

Spyshot: Belum setahun Proton Saga facelift dilancarkan, dah ada kemaskini baharu dalam perancangan? 03

Bulan September lepas, Proton telah kembali ke pasaran Afrika Selatan selepas berehat selama 10 tahun, menawarkan Proton X50 dan Proton X70 di negara tersebut.

Baca: Proton X50 dan Proton X70 dilancarkan di Afrika Selatan, dah 10 tahun tiada model Proton di sana!

Spyshot: Belum setahun Proton Saga facelift dilancarkan, dah ada kemaskini baharu dalam perancangan? 04

Tetapi Proton tidak akan berhenti dengan sekadar Proton X50 dan Proton X70 di Afrika Selatan sahaja. Hal ini kerana Proton mempunyai rancangan untuk menawarkan Proton Saga.

Menariknya, masih perlu diperhatikan jika Proton merancang untuk mengeksport Proton Persona ke Afrika Selatan, kerana sedan segmen B ini masih belum dieksport ke banyak negara seperti adiknya.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda