window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan Mazda BT-50 2022 serba baharu di Malaysia kini dibuka, varian 1.9 & 3.0, dari RM 124k

Faisal Β· Nov 1, 2021 11:45 AM

Tempahan Mazda BT-50 2022 serba baharu di Malaysia kini dibuka, varian 1.9 & 3.0, dari RM 124k 01

Mazda BT-50 spec Thailand, ehsan rakan di Autofun Thailand.

Beberapa pengedar di seluruh Malaysia telahpun membuka tempahan buat trak pikap Mazda BT-50 2022 serba baru. Dari apa yang dapat dilihat, ia bakal ditawarkan dengan varian 1.9L High Double Cab (RM 124,179) dan 3.0L High Plus Double Cab (RM 143,218).

Tempahan Mazda BT-50 2022 serba baharu di Malaysia kini dibuka, varian 1.9 & 3.0, dari RM 124k 02

Model spec Australia.

Pengedar-pengedar ini turut menjelaskan bahawa unit awal akan diimport sepenuhnya (CBU dari Thailand) dan harga yang didedahkan adalah mengikut atas jalan dan tidak termasuk insurans.

Diskaun cukai jualan SST pula tidak diberi kerana ia dikhususkan untuk kenderaan penumpang sahaja.

Juga bacaBajet 2022 - pengecualian & diskaun cukai jualan SST DILANJUTKAN sehingga 30 Jun 2022!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempahan Mazda BT-50 2022 serba baharu di Malaysia kini dibuka, varian 1.9 & 3.0, dari RM 124k 01

Secara teknikal, Mazda MT-50 generasi baharu ini diasas oleh Isuzu D-Max dan berkuasa turbo.

Varian yang berenjin 1.9L menghasilkan 150 PS dan 350 Nm tork. Enjin 3.0L pula menghembuskan 190 PS dan 450 Nm tork. Kedua-dua sumber tenaga dipadankan dengan pilihan transmisi 6 kelajuan automatik atau manual.

Tempahan Mazda BT-50 2022 serba baharu di Malaysia kini dibuka, varian 1.9 & 3.0, dari RM 124k 02

Di sebalik reka bentuk Kodo ini pula adalah sebuah trak pikap yang berinspirasikan premium.

Juga bacaMazda BT-50: Ini sebab Mazda memilih Isuzu D-Max, bukan Ford Ranger

Tempahan Mazda BT-50 2022 serba baharu di Malaysia kini dibuka, varian 1.9 & 3.0, dari RM 124k 03

Untuk makluman anda, Mazda menerapkan bahagian kabinnya dengan bahan yang cukup berkualiti. Malah, talaan tempat duduknya juga lebih mengutamakan pemandu.

Tempahan Mazda BT-50 2022 serba baharu di Malaysia kini dibuka, varian 1.9 & 3.0, dari RM 124k 04

Antara ciri yang ada pada Mazda BT-50 spec Thailand termasuklah larasan elektronik 8 hala untuk tempat duduk pemandu, 8 pembesar suara, dan infotainment 9 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Varian lebih atas pula menambah fungsi bantuan keselamatan autonomi (ADAS).

Tempahan Mazda BT-50 2022 serba baharu di Malaysia kini dibuka, varian 1.9 & 3.0, dari RM 124k 05

Untuk pengetahuan anda, perasmian tempahan ini dibuat sebelum apa-apa pengumuman dari Bermaz Motor Sdn. Bhd sendiri. Untuk itu, teruskan ikuti kami.

Buat masa ini, anda boleh merujuk rebiu Isuzu D-Max oleh kami di video bawah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda BT-50 Double Cab 1.9 High

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda