window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Raize dengan aksesori Blitz - giliran Perodua D55L 2020 selepas ini?

Haris Β· Jun 17, 2020 11:09 AM

Toyota Raize dengan aksesori Blitz - giliran Perodua D55L 2020 selepas ini? 01

Seperti yang kita sedia maklum, Toyota Raize telah dilancarkan di Jepun dan mendapat sambutan yang hangat di sana.

Dengan reputasi penjualan yang bagus, tidak hairanlah apabila bengkel tuner di Jepun mula menggunakan Toyota Raize sebagai platform kreatif mereka.

Toyota Raize dengan aksesori Blitz - giliran Perodua D55L 2020 selepas ini? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Blitz adalah sebuah bengkel tuner yang terkenal di Jepun. Terbaru, Blitz telah mempamerkan hasil kerja mereka menggunakan Toyota Raize.

Toyota Raize dengan aksesori Blitz - giliran Perodua D55L 2020 selepas ini? 01

Toyota Raize yang ditala oleh Blitz dipasang dengan power booster yang dipanggil ‘Power Con’. Power Con meningkatkan lagi prestasi enjin Toyota Raize sebanyak 12 PS kuasa kuda dan 12 Nm tork. Jumlah talaan enjin Toyota Raize secara keseluruhan adalah 104 PS dan 144 Nm.

Toyota Raize dengan aksesori Blitz - giliran Perodua D55L 2020 selepas ini? 02

Selain itu, Blitz turut mempamerkan air intake dengan gaya open-pod. Terdapat juga muffler 4 bukaan yang ‘garang’.

Toyota Raize dengan aksesori Blitz - giliran Perodua D55L 2020 selepas ini? 03

Blitz turut memasang kit suspensi damper ZZR yang boleh dilaras mengikut ketinggian. Hal ini membolehkan Toyota Raize direndahkan 52 mm di bahagian hadapan dan 54 mm di bahagian belakang. Kit suspensi damper ZZR didatangkan dengan 32 tahap penyesuaian damping force.

Toyota Raize dengan aksesori Blitz - giliran Perodua D55L 2020 selepas ini? 04

Gaya ini disempurnakan dengan rim Enkei PFM1 17-inci dengan tayar Dunlop Le Mans V.

Toyota Raize dengan aksesori Blitz - giliran Perodua D55L 2020 selepas ini? 05

Di Malaysia, Perodua D55L dilihat bakal hadir ke Malaysia sekitar hujung tahun 2020 hingga awal 2021. Perodua D55L ini akan menggunakan enjin 1.0 liter turbo dengan padanan transmisi CVT automatik.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda