window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Rumion mungkin nampak macam Innova mini, tetapi ia adalah Suzuki Ertiga yang baru!

Zamil Syaheer · Oct 12, 2021 05:00 PM

Toyota Rumion mungkin nampak macam Innova mini, tetapi ia adalah Suzuki Ertiga yang baru! 01

Suzuki teramatlah laku di India sehinggakan Toyota menggunakan beberapa model rebadge daripada Suzuki untuk menarik pembeli disana. Namun, Toyota berubah angin dan melancarkan model rebadge yang baru di Afrika Selatan pula.

Toyota Rumion mungkin nampak macam Innova mini, tetapi ia adalah Suzuki Ertiga yang baru! 02

Toyota Rumion adalah model Suzuki yang ketiga di-rebadge saat ini dijual sebagai Toyota setelah Toyota Glanza / Starlet (Suzuki Baleno) dan Toyota Urban Cruiser (Suzuki Vitara Brezza). Toyota Rumion pada asasnya adalah Suzuki Ertiga, menjadikan syarikat gergasi Jepun itu sebagai syarikat ketiga yang rebadge MPV tersebut setelah Mazda dan Proton.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: 12 kereta 'rebadge' paling pelik – dari Gen.2 China sampailah ke Hilux Jerman

Toyota Rumion mungkin nampak macam Innova mini, tetapi ia adalah Suzuki Ertiga yang baru! 01

Toyota Corolla Rumion

Nama Rumion itu pun sebenarnya diambil dari model Toyota yang lama. Nama ini digunapakai pada abang besar Toyota bB yang unik dan dijual dari tahun 2007 hingga 2015.

Toyota Rumion mungkin nampak macam Innova mini, tetapi ia adalah Suzuki Ertiga yang baru! 02

Selain daripada lencana Toyota dan perubahan nama, Rumion pada dasarnya adalah Suzuki Ertiga generasi kedua di bawahnya. Ia dipasang di kilang Maruti Suzuki di Gurgaon, India dan tidak ada beza dari segi spesifikasi.

Juga baca: Kembalinya Suzuki di pasaran Malaysia – ini 7 lagi model ‘panas’ & mampu milik yang boleh dibawa masuk!

Toyota Rumion mungkin nampak macam Innova mini, tetapi ia adalah Suzuki Ertiga yang baru! 03

Dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter Suzuki yang menghasilkan 105 PS dan 138 Nm, terdapat 5 varian Toyota Rumion yang tersedia di India. Pembeli boleh memilih antara transmisi manual 5-kelajuan atau transmisi automatik 4-kelajuan, bergantung pada varian.

Toyota Rumion mungkin nampak macam Innova mini, tetapi ia adalah Suzuki Ertiga yang baru! 04

Walaupun beberapa ciri seperti penyambungan Apple CarPlay dan Android Auto hanya tersedia pada varian Rumion tertinggi, ciri Toyota Connect - perkhidmatan Wi-Fi dalam kereta Toyota Afrika Selatan adalah standard bagi semua varian.

Toyota Rumion mungkin nampak macam Innova mini, tetapi ia adalah Suzuki Ertiga yang baru! 05

Dari segi keselamatan, ia amat asas. Standard pada semua varian Rumion adalah 2 beg udara depan, ISOFIX, ABS, dan EBD. Selain varian S, Rumion dilengkapi dengan sensor undur serta kamera yang hanya terdapat pada varian TX.

Toyota Rumion mungkin nampak macam Innova mini, tetapi ia adalah Suzuki Ertiga yang baru! 06

Harga untuk Toyota Rumion bermula dari ZAR 245,600 (~ RM 68,000) iaitu ZAR 6,200 (~ RM 880) lebih tinggi daripada Suzuki Ertiga yang juga terdapat di Afrika Selatan. Tetapi, terdapat lebih daripada 200 pengedar Toyota di negara ini berbanding hanya 75 pengedar Suzuki. Mana satu yang anda rasa lebih menyenangkan kerja?

Toyota Rumion mungkin nampak macam Innova mini, tetapi ia adalah Suzuki Ertiga yang baru! 07

The Ciaz adalah sedan yang tampan, haruskah ia datang ke Malaysia?

Model Suzuki seterusnya yang bakal menerima logo Toyota adalah Ciaz yang akan dikenali sebagai Toyota Belta. Ia akan menggantikan Yaris (Toyota Vios) yang laris di India.

Juga baca: Spyshots: Toyota Belta dari India adalah ‘rebadge’ model Ciaz, bakal menggantikan Vios

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Proton Ertiga 1.4 Executive MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda