window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios baharu diacah tanpa selindung, jalani penggambaran bersama Sean Lee sebagai duta baharu?

Haris Β· Feb 22, 2023 12:30 PM

Toyota Vios baharu diacah tanpa selindung, jalani penggambaran bersama Sean Lee sebagai duta baharu? 01

Selepas baru sahaja mengacah pelancaran baharu, Toyota Malaysia nampaknya semakin jelas akan tampil dengan Toyota Vios baharu.

Sebelum ini, Toyota Malaysia hadir dengan promosi pelancaran acah dengan tema "Defy" tanpa sebarang petanda namun kali ini tanpa berselindung, Toyota Vios berkemungkinan besar adalah model tersebut.

Toyota Vios baharu diacah tanpa selindung, jalani penggambaran bersama Sean Lee sebagai duta baharu? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Imej Toyota Vios baharu ini telah diambil daripada akaun Instagram pengacara dan pelakon terkenal, Sean Lee. Berdasarkan gambar tersebut, dia kini sedang menjalani penggambaran yang membabitkan Toyota Vios AC100 baharu, mungkin memberi petanda bahawa dia juga bakal menjadi duta Toyota Vios baharu ini.

Baca: UMWT acah pelancaran model baharu, petanda Toyota Vios atau Toyota Innova baharu?

Toyota Vios baharu diacah tanpa selindung, jalani penggambaran bersama Sean Lee sebagai duta baharu? 01

Apa yang lebih menarik adalah, imej yang tertiris ini memperlihatkan perincian di mana Toyota Vios baharu lebih menonjol. Perincian seperti lampu hadapan, garisan bumbung belakang yang kini ala-ala "fastback" serta rekaan rim kelopak baharu adalah antara naik taraf berbanding Toyota Vios generasi sekarang.

Baca: Toyota Vios D92A enjin 1.5L pertama akan menyusul di Indonesia selepas Thailand dan Laos!

Toyota Vios baharu diacah tanpa selindung, jalani penggambaran bersama Sean Lee sebagai duta baharu? 02

Toyota Vios pasaran Thailand

Berdasarkan spesifikasi awal di pasaran lain, Toyota Vios baharu bakal menerima lampu LED sepenuhnya depan dan belakang serta lampu siang DRL LED berbentuk L yang melingkari lampu utama.

Spesifikasi enjin masih belum disahkan namun Toyota Vios 2023 dijangka akan mengekalkan enjin 1.5 liter 2NR-FE Dual VVT-i dengan padanan transmisi automatik CVT.

Toyota Vios baharu diacah tanpa selindung, jalani penggambaran bersama Sean Lee sebagai duta baharu? 03

Toyota Vios pasaran Thailand

Sebagai ringkasan, Toyota Vios 2023 serba baharu dibangunkan di bawah kod projek D92A mengikut kod nama Daihatsu kerana pembangunannya diterajui oleh Daihatsu, di bawah syarikat dalaman milik bersama Toyota-Daihatsu bernama Emerging Market Car Company (EMCC).

Jurutera Malaysia daripada Perodua turut menyumbang kepada projek serantau ini kerana Perodua kini merupakan hab R&D serantau untuk Daihatsu, lantas menjadikannya sebahagian daripada EMCC.

Baca: Proton S50, Perodua Bezza dan Toyota Vios baharu antara 7 model kereta yang ditunggu-tunggu tahun 2023!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda