window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris Cross (DNGA) untuk pasaran Asia Tenggara akan debut pada Julai 2023

Faisal Β· Feb 10, 2023 03:00 PM

Toyota Yaris Cross (DNGA) untuk pasaran Asia Tenggara akan debut pada Julai 2023 01

Yaris Cross model TNGA. Model DNGA yang dikhabarkan adalah jentera yang berbeza.

Menurut sumber portal Headlightmag dari Thailand, tidak lama lagi, Toyota Yaris Cross akan menembus pasaran Asia Tenggara.

Kalau anda perasan, Yaris Cross sudahpun ada sejak beberapa tahun yang lepas iaitu model TNGA-B yang dijual di Singapura, Jepun dan Eropah.

Toyota Yaris Cross (DNGA) untuk pasaran Asia Tenggara akan debut pada Julai 2023 02

Platform DNGA.

Kalau anda nak tahu, model itu agak mahal tetapi Yaris Cross versi Asia Tenggara nanti akan menggunakan platform DNGA, sama dengan Toyota Vios D92A / AC100, Perodua Ativa, Alza dan Axia D74A.

Berdasarkan portal tersebut, Yaris Cross dengan kod nama D03B nanti mungkin datang dengan dua pilihan trenkuasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Yaris Cross (DNGA) untuk pasaran Asia Tenggara akan debut pada Julai 2023 01

Enjin 2NR-VE. Adakah Yaris Cross D03B akan guna enjin ini?

Yang pertama adalah enjin 1.5L NA yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Keduanya pula adalah enjin hibrid siri e-Smart, iaitu teknologi sama yang digunapakai pada Ativa Hybrid tetapi dengan kapasiti 1.5L, bukannya 1.2L.

Juga bacaSemua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40%

Toyota Yaris Cross (DNGA) untuk pasaran Asia Tenggara akan debut pada Julai 2023 02

Nombor VIN pada Toyota Vios D92A / AC100.

Mengenai kod nama tersebut, Yaris Cross D03B sedang dibangunkan oleh Daihatsu, sekaligus bermaksud bahawa Perodua juga mungkin terlibat iaitu di bawah syarikat dalaman Toyota-Daihatsu yang dikenal sebagai Emerging Market Car Company, EMCC.

Bercakap mengenai Perodua, kita sudah sedia maklum bahawa mereka juga sedang membangunkan SUV segmen B berkod D66B yang akan diposisikan atas Ativa.

Juga bacaPerodua D66B boleh digelar "Myvi SUV", Toyota Yaris juga akan tampil versi SUV untuk pasaran ASEAN!

Toyota Yaris Cross (DNGA) untuk pasaran Asia Tenggara akan debut pada Julai 2023 03

Antara contoh yang boleh dikaitkan dengan pendekatan ini adalah Toyota Vios D92A / AC100. Tetapi walaupun sedan segmen B itu dibangunkan oleh Perodua, ia hanya akan dijual sebagai Toyota. Tiada perancangan untuk menawarkan D92A sebagai Daihatsu atau Perodua.

Juga bacaToyota Vios D92A tawarkan lebih banyak kelengkapan pada harganya; berbaloi macam Alza dan Ativa?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Yaris Cross International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda