Berikutan debut global di Malaysia lewat tahun lepas, Toyota Vios GR Sport (GR-S) turut menembus beberapa pasaran lain seperti Vietnam dan Filipina. Kalau anda nak tahu, jenama Toyota dan model Vios sendiri adalah raja di pasaran tersebut.
Namun begitu, penerajuan ini terganggu di Vietnam kerana kedudukan Vios sebagai kereta paling laris telah digulingkan oleh tiga pesaing lain untuk tiga bulan pertama tahun 2021.
Juga baca: Ford Ranger laku keras di Vietnam pada Mac 2021, tapau Hilux 4.5 kali ganda!
Apa yang lebih malang ialah kedudukan Toyota sebagai jenama paling laris sendiri yang mana ia dicabar oleh Hyundai yang menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 1,238.8% untuk tahun 2020.
Berdasarkan pelan yang telah dibocorkan oleh media Vietnam, nampaknya Toyota bakal memperkenalkan lebih varian untuk tahun ini dan juga tahun depan.
Selain pelancaran beberapa model hibrid seperti Camry Hybrid dan Corolla Altis Hybrid, Toyota Vietnam juga mungkin perkenalkan lagi 5 model GR-S menjelang tahun 2022.
Dengan lancarnya Vios GR-S tempoh hari, Toyota Vietnam merancang untuk perkenalkan varian GR-S untuk Fortuner, Hilux, dan Land Cruiser dalam tahun ini juga. Versi GR-S untuk Corolla Cross dan Altis pula ditetapkan untuk tahun 2022.
Apapun, varian GR-S ini dijangka terima suntikan yang sama seperti Vios GR-S, iaitu talaan suspensi yang unik dan beberapa sentuhan kosmetik.
Juga baca: Rebiu: Toyota Vios GR-Sport 2020 - juara kendalian pemanduan dalam kelasnya!
Sebelum ini, kami pernah melaporkan mengenai Fortuner dan Hilux yang bakal terima suntikan GR-S tidak lama lagi. Mengenai Corolla Altis GR-S, ia sudahpun dijual di Thailand, Taiwan, dan Eropah. Uniknya, Corolla Cross GR-S dan Land Cruiser GR-S adalah sesuatu yang cukup dinantikan.
Kembali ke pasaran Malaysia, UMW Toyota (UMWT) dijangka melancarkan sebuah lagi model GR pada suku keempat tahun ini. Adakah ia salah satu dari 5 model GR-S yang disebutkan? Sama-sama kita nantikan.
Juga baca: UMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}