![Toyota Vios GR-S tembus pasaran Filipina, tetapi tanpa sentuhan GR yang penuh? 01]()
Sejak membuat debut global di Malaysia, Toyota Vios GR-S telah mula menerjah pasaran-pasaran di Asia Tenggara. Selain Malaysia dan Vietnam, Vios GR-S juga dilancarkan di Filipina.
Namun begitu, ada satu ciri penting yang mereka tidak dapat. Apakah ia? Mari kami perincikan dahulu mengenai pasaran Filipina.
Juga baca: Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
![Toyota Vios GR-S tembus pasaran Filipina, tetapi tanpa sentuhan GR yang penuh? 01]()
Dengan jualan mencecah 25,290 unit pada tahun lepas, Toyota Vios merupakan antara kereta paling popular di Filipina. Dalam erti kata lain, ia diibarat seperti Perodua Myvi di Malaysia. Dengan kehadiran Vios GR-S yang lebih istimewa, prestasi jualan tersebut dijangka meningkat.
![Toyota Vios GR-S tembus pasaran Filipina, tetapi tanpa sentuhan GR yang penuh? 02]()
Baru-baru ini, Vios GR-S dilancarkan di sana bersempena dengan perasmian Filipino Vios Cup tahun 2021. Seperti di Malaysia dan Vietnam, Vios GR-S di Filipina juga tampil dengan kit GR yang penuh.
Juga baca: Gambaran dekat: Toyota Vios GR Sport 2020 - baloi ke tambah RM 8k?
![Toyota Vios GR-S tembus pasaran Filipina, tetapi tanpa sentuhan GR yang penuh? 03]()
Dari segi trenkuasa, ia dikuasakan oleh enjin 1.5L 2NR-FE aspirasi natural (107 PS, 140 Nm tork) yang sama dengan Vios standard. Seperti yang anda tahu, transmisi CVT dengan 10 kelajuan maya didatangkan eksklusif untuk Vios GR-S.
Malangnya, Vios GR-S di Filipina tidak didatangkan dengan suspensi yang dinaik taraf. Pada pendapat kami, itulah sentuhan yang paling "best" pada Vios yang eksklusif ini.
Di Filipina, model yang istimewa ini bermula dari harga P1,020,000 (RM 86,535). Seperti Vios standard, ia turut dipasang di kilang Toyota Motor Philippines yang terletak di perkarangan Santa Rosa.
![Toyota Vios GR-S tembus pasaran Filipina, tetapi tanpa sentuhan GR yang penuh? 04]()
Di Malaysia, Vios GR-S bermula dari harga RM 95,284 (tanpa SST sehingga 30 Jun 2021). Kalau anda berminat untuk tahu betapa padunya Vios GR-S ini, boleh ikuti rebiu kami di bawah.
Juga baca: Rebiu: Toyota Vios GR-Sport 2020 - juara kendalian pemanduan dalam kelasnya!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });
Komen