Bukan setiap hari anda dapat melihat landasan yang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kosong, kesan daripada pandemik Covid-19.
Rakan-rakan kami di AutoBuzz.my, GC Mah (bekas bos Adrian) berjaya mendapatkan salah satu landasan untuk Drag Series mereka yang sedang berlangsung di YouTube.
Ketika mereka membuat panggilan untuk menampilkan Perodua Ativa ‘Cik Tiva’ milik kami dalam salah satu siri perlumbaan tersebut, kami terus ‘melompat’ tanda setuju. Lagipun, ini mungkin adalah peluang sekali seumur hidup untuk ‘lenjan’ di landasan KLIA.
Dalam episod Drag Series ke-4, mereka meletakkan Perodua Ativa menentang Nissan Almera Turbo dan Proton Iriz 2019 (bukan Proton Iriz 2022 yang baru dilancarkan). 3 CVT, 2 Turbo, 1 NA, tetapi hanya ada 1 pemenang.
Berikut adalah beberapa spesifikasi utama trio ini:
Fakta dan Angka | |||
---|---|---|---|
Perodua Ativa 1.0T | Nissan Almera 1.0T | Proton Iriz 1.6L | |
Enjin | 1.0-liter 3-silinder turbo | 1.6-liter 4-silinder N/A | |
Transmisi | Automatik CVT | ||
Kuasa | 98 PS @ 6,000 rpm | 100 PS @ 5,000 rpm | 109 PS @ 5,750 rpm |
Tork | 140 Nm @ 2,400 - 4,000 rpm | 152 Nm @ 2,400 – 4,000 rpm | 150 Nm @ 4,000 rpm |
Berat | 1,035 kg | 1,114 kg | 1,178 kg |
Kuasa-ke-berat | 94 PS/ton | 89 PS/ton | 92 PS/ton |
0 - 100 km/j (Ujian WapCar) | 13.2 saat | 12.4 saat | 11.6 saat |
Lepas sahaja dari garisan permulaan, Iriz, dengan enjin aspirasi natural terus mara ke depan, manakala Almera dan Ativa dengan enjin berpengencas turbo terpaksa menunggu boost naik sebelum dapat membina kelajuan. Sepanjang pecutan 400 meter, Ativa dan Almera bersaing dengan begitu rapat, sementara Iriz dengan selesanya mendahului dari awal hingga akhir.
Sebelum tiba di garis penamat, Almera melepasi Ativa kerana reka bentuk Nissan yang aerodinamik (‘drag coefficient’ sebanyak 0.28).
Walaupun Ativa mempunyai nisbah kuasa-ke-berat terbaik di antara ketiga-tiga mereka, ia tetap berada di posisi terakhir. Ini disebabkan oleh kekangan aerodinamik SUV serta enjin turbo berkapasiti kecil yang tidak ditala untuk prestasi. Suhu persekitaran juga berperanan dalam penyampaian kuasa yang kurang cekap.
Keputusan | |||
---|---|---|---|
Perodua Ativa 1.0T | Nissan Almera 1.0T | Proton Iriz 1.6L | |
Masa 0-400m | 19.27 saat | 19.07 saat | 18.5 saat |
Kelajuan maksima @ 400m | 119 km/h | 120 km/h | 122 km/h |
Perlumbaan drag ini membuktikan bahawa statistik atau nombor di broshur/kertas bukanlah segalanya.
Secara keseluruhan, kami masih suka Perodua Ativa kami. Terima kasih kepada AutoBuzz.my, yang penting lepas ini tiada pertikaian mana satu kereta yang akan menang ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}