window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU

Haris · Nov 1, 2021 06:00 PM

Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU 01

Susulan pengumuman anggaran harga bagi Toyota Corolla Cross varian Hybrid pada Jumaat lepas, UMW Toyota Motor (UMWT) juga telah mengemas kini harga bagi seluruh rangkaian model itu untuk mencerminkan status pemasangan tempatan (CKD) yang terkini.

Terdapat beberapa perbezaan antara model CKD dengan model CBU dari Thailand yang diimport dalam kumpulan pertama sebelum ini. Perbandingan tersebut adalah seperti berikut.

Harga – Turun sedikit

Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU 02

Varian 1.8V

Seperti yang dijangkakan, Toyota Corolla Cross menerima manfaat daripada harga yang dikurangkan sedikit, namun tidak terlalu signifikan. Varian 1.8G menerima pengurangan sekitar RM 1,000 berbanding model CBU, manakala varian 1.8V kurang RM 266 lebih murah berbanding model CBU.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berikut ialah harga dikecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) Corolla Cross:

Harga 2021 Toyota Corolla Cross CKD di Malaysia
Varian Harga
1.8G RM 123,000
1.8V RM 129,000
Hybrid Anggaran RM 137,000
Harga OTR tanpa insurans, tanpa SST sah sehingga 30-Jun 2022

Ciri Kelengkapan – 1.8G model yang disyorkan

Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU 01

Lampu Bi-LED

Semakan dengan beberapa pengedar menunjukkan bahawa SUV yang dipasang secara tempatan turut menambah lebih banyak kelengkapan, terutamanya pada varian asas 1.8G.

Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU 02

Toyota Corolla Cross Hybrid dengan aksen biru

Varian 1.8G kini mendapat lampu depan Bi-LED dan lampu belakang LED, sama seperti varian 1.8V. Varian Hybrid pula menjadi model teratas, menggunakan lampu Bi-LED juga tetapi dengan tambahan aksen berwarna biru.

Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU 03

Selain daripada itu, ia turut ditawarkan dengan cermin depan akustik yang meredam hingar dan rel bumbung yang turut menjadi kelengkapan standard pada semua varian.

Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU 04

Sementara itu, ciri eksklusif pada varian Corolla Cross Hybrid adalah pilihan mod pemanduan, gugusan instrumen digital 7-inci, kawalan iklim dwi zon automatik dan tambahan warna luaran Celestite Grey Metallic kelabu.

Trenkuasa – 2 pilihan, hibrid dan petrol

Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU 05

Enjin 1.8 liter NA pada Toyota Corolla Cross

Enjin bukan hibrid, 1.8 liter NA DOHC Dual VVT-i yang menghamburkan 139 PS dan 172 Nm tork masih dikekalkan, dengan padanan transmisi automatik CVT 7-kelajuan dengan Sequential Shiftmatic.

Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU 06

Warna kelabu Celestite Grey Metallic

Bagi model Toyota Corolla Cross Hybrid pula, enjinnya akan mencerminkan model pasaran Thai: enjin 1.8L kitaran Atkinson  98 PS / 142 Nm (turut digunakan pada model Prius) dengan tambahan motor elektrik 72 PS / 163 Nm, memberikan output sistem gabungan sebanyak 122 PS. Enjin ini dipasangkan dengan transmisi e-CVT.

Model hibrid dijangka akan membantu kadar penggunaan bahan api, di samping memberikan kuasa tambahan berbanding enjin 1.8L NA biasa.

Ciri keselamatan - dilengkapi dengan Toyota Safety Sense

Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU 07

Suite Toyota Safety Sense (TSS) bagi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) ditawarkan pada varian 1.8G dan 1.8V, dengan fungsi-fungsi seperti berikut:

  • Pre-collision system (PCS)
  • Lane Departure Alert dengan amaran stereng (LDA)
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Automatic High Beam (AHB)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC, tiada had kelajuan)

Toyota Corolla Cross CKD kini boleh ditempah - tambah varian hibrid dan kelengkapan berbanding CBU 08

Varian 1.8G tidak dilengkapi dengan suite ini tetapi masih dilengkapi dengan ciri keselamatan pasif yang mencukupi. Secara keseluruhannya, Toyota Corolla Cross menerima 7 beg udara, amaran tali pinggang keledar dan pautan ISOFIX.

Tempahan Toyota Corolla Cross Hybrid telah dibuka sejak Jumaat.

Baca: Toyota Corolla Cross Hybrid – harga anggaran di Malaysia RM 137k, tempahan kini dibuka!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda