window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Avanza pasaran Thailand bakal dinaiktaraf - kini guna Toyota Veloz!

Haris Β· Feb 3, 2022 05:00 PM

Toyota Avanza pasaran Thailand bakal dinaiktaraf - kini guna Toyota Veloz! 01

Artikel ini menggunakan imej Toyota Avanza Veloz spesifikasi Indonesia
  • Thailand akan melancarkan pengganti Avanza bulan ini
  • Malaysia menyusul dalam tahun yang sama
  • Veloz adalah varian yang lebih mewah daripada Avanza biasa

Toyota Motor Thailand telah membuka tempahan untuk Toyota Veloz 2022 menjelang pelancaran rasminya di sana pada 24-Februari 2022, menggantikan Toyota Avanza generasi kedua yang kini dihentikan secara berperingkat.

Toyota Avanza pasaran Thailand bakal dinaiktaraf - kini guna Toyota Veloz! 02

Spesifikasi untuk Toyota Veloz spesifikasi Thai masih belum didedahkan tetapi model Toyota Avanza Veloz boleh dikatakan sebagai model Avanza yang lebih mewah berbanding Avanza biasa.

Hal ini merupakan suatu naik taraf kerana ketika penjualan Avanza lama (generasi kedua) - Thailand menawarkan model Avanza biasa sebagai model asas mereka manakala Malaysia menawarkan Avanza Veloz sebagai model asas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Avanza pasaran Thailand bakal dinaiktaraf - kini guna Toyota Veloz! 01

Varian Veloz ini datangnya daripada Indonesia, di mana Toyota Veloz varian tertinggi iaitu Q CVT TSS yang dilengkapi dengan ciri yang terbaik, didatangkan dengan brek parkir elektronik (EPB), suite ADAS Toyota Safety Sense (TSS), kamera 360 darjah dan panel instrumen digital 7-inci yang sama seperti pada Perodua Ativa kita.

Baca: UMWT sahkan pengganti 2022 untuk Toyota Avanza, varian Veloz dikhabar angin!

Toyota Avanza pasaran Thailand bakal dinaiktaraf - kini guna Toyota Veloz! 02

Berbeza dengan model pendahulunya yang menggunakan platform unibody, Avanza Veloz menggunakan platform DNGA monocoque.

Sementara itu, MPV spesifikasi Indonesia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi 2NR-VE mendorong 106 PS dan 137 Nm ke roda hadapan (FWD) melalui transmisi automatik jenis CVT.

Bagaimana dengan Malaysia?

Toyota Avanza pasaran Thailand bakal dinaiktaraf - kini guna Toyota Veloz! 03

Untuk model Avanza, Malaysia sudah lama menggunakan varian Avanza Veloz sebagai asas. Benar, Toyota Avanza akan hadir ke Malaysia tahun 2022 ini dan akan dibina bersama Perodua Alza 2022 (kod nama D27A) di Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. di Rawang, yang telah dinaik taraf untuk membina model platform DNGA.

Toyota Avanza pasaran Thailand bakal dinaiktaraf - kini guna Toyota Veloz! 04

Dengan pengenalannya di sini, pasaran MPV segmen-B Malaysia akan menjadi sengit, memandangkan Malaysia juga menjangkakan Honda BR-V 2022 serba baharu dan Perodua Alza 2022 serba baharu untuk dilancarkan dalam tahun yang sama.

Toyota Avanza pasaran Thailand bakal dinaiktaraf - kini guna Toyota Veloz! 05

Masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai harga, tetapi ia dijangka akan lebih mahal berbanding kembar Perodua Alza. Walau bagaimanapun, ia tidak akan terlalu jauh daripada julat harga Avanza sekarang iaitu sekitar RM 77,963 - RM 84,848.

Baca: Toyota Avanza rampas kembali takhta sebagai kereta No.1 di Indonesia untuk tahun 2021

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda