window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k!

Haris Β· Feb 24, 2022 12:30 PM

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 01

  • 2 variant sahaja, Smart dan Premium
  • TSS untuk varian Premium sahaja
  • Apple CarPlay/Android Auto standard

Kini rasmi. Warga Thailand telah mengucapkan selamat tinggal kepada Toyota Avanza dan mengalu-alukan penggantinya, Toyota Veloz pacuan roda hadapan (FWD). Diimport sepenuhnya (CBU) dari Indonesia, tempahan untuk Toyota Veloz 2022 dibuka awal bulan ini dan hadir dengan 2 varian di Thailand.

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 02

Varian Smart

Varian Smart ialah varian asas yang bermula dari THB 795,000 (~RM 103k) manakala gred Premium bermula dari THB 875,000 (~RM 113k).

Sebagai perbandingan, Toyota Avanza yang sudah dihentikan bermula dari THB 649,000 (~RM 82k). Kenaikan harga dilihat agak signifikan namun ia sebenarnya merupakan kesan daripada kelemahan tukaran wang Ringgit. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai rujukan, Veloz ialah versi Avanza yang lebih mewah di Indonesia tetapi di luar Nusantara, kebanyakan pasaran akan menawarkan model Veloz ini sahaja.

Baca: Toyota Avanza ‘tarik belakang’ dihentikan di Malaysia; Veloz ‘tarik depan’ akan dilancarkan tidak lama lagi?

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 01

Penukaran nama di luar negara mungkin penting memandangkan Veloz sama sekali berbeza dengan Toyota Avanza sebelum ini. Ia dibangunkan di atas platform Unibody Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang menyaksikan perubahan susun atur daripada pacuan roda belakang (RWD) kepada FWD yang lebih konvensional.

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 02

Perubahan dalam rekaan susun atur ini menyaksikan ia mencerminkan spesifikasi pesaingnya termasuk Mitsubishi Xpander, yang kini merupakan kenderaan 7-penumpang terlaris di Thailand, dan Honda BR-V.

Baca: Mitsubishi Xpander 2022 dengan CVT akan lancar ke Thailand sekitar Mac, Malaysia selepas ini?

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 03

Selain daripada perubahan kepada FWD, satu lagi perubahan drastik pada Toyota Veloz ialah penggunaan transmisi automatik D-CVT, menggantikan transmisi automatik 4-kelajuan tradisional.

Toyota Veloz berspesifikasi Thailand hanya didatangkan dengan D-CVT untuk kedua-dua varian, tanpa transmisi manual 5-kelajuan seperti yang ada di Indonesia.

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 04

Walau bagaimanapun, unit enjin yang menjana kuasa Toyota Veloz kekal tidak berubah daripada Toyota Avanza – enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi 2NR-VE petrol yang menghasilkan 105 PS dan 136 Nm. Perlu diingat bahawa angka kuasa kurang sedikit daripada Toyota Veloz spesifikasi Indonesia, mungkin disebabkan oleh penggunaan petrol E85 oleh Thailand sebagai bahan api.

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 05

Selepas spesifkasi rangkaian kuasa dijelaskan, kini tiba masanya untuk melihat perbezaan antara kedua-dua varian. Varian Smart asas menggunakan rim aloi 16-inci manakala Premium mendapat rim aloi dwi-tona 17-inci.

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 06

Selain daripada rim yang lebih besar, varian Premium mendapat trim kromium yang lebih gelap pada gril hadapan trapezoid, rel bumbung dan perumah lampu kabus hadapan yang lebih menonjol. Sementara itu, varian Smart pula hanya menggunakan trim perak krom.

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 07

Bergerak ke bahagian dalam dan hampir serta-merta anda boleh membezakan antara Smart asas dan varian Premium teratas.

Kedua-dua varian berkongsi ciri serupa yang mungkin akan diterima Malaysia kelak tetapi seperti mana perubahan saiz tayar yang lebih besar, trim Premium mendapat sistem infotainmen 9-inci manakala varian Smart menerima sistem infotainmen 8-inci.

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 08

Kedua-duanya dilengkapi dengan unit infotainmen yang mempunyai sokongan Apple CarPlay dan Android Auto jadi sekiranya saiz skrin penting untuk anda, pastikan varian mana yang penting untuk Toyota Veloz anda.

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 09

Ciri standard yang merentasi dua varian Veloz termasuk:

  • Kluster instrumen 7-inci
  • Electric parking brake (EPB)
  • Pengecas nirwayar
  • Kerusi kemasan kombo kulit dan fabrik
  • Penyaman udara automatik
  • Pelarasan stereng teleskopik dan atas bawah

Baca: Sekarang tahun 2022 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu!

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 10

Dari segi keselamatan, kedua-dua varian Toyota Veloz didatangkan standard dengan 6 beg udara, pengesan titik buta (BSM) dan amaran lalu lintas belakang (RCTA). Walau bagaimanapun, hanya varian Premium yang menerima pakej asas Toyota Safety Sense (TSS) ADAS yang termasuk:

  • Pre-collision System
  • Front Departure Alert
  • Lane Departure Assist
  • Automatic High Beam
  • Pedal Misoperation Control

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 11

Selain daripada TSS, varian Premium turut didatangkan dengan monitor paparan panoramik (PVM) 360 darjah manakala varian Smart hanya dilengkapi dengan kamera undur.

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 12

Berdasarkan laporan pelancaran sebelum ini di ASEAN, kebanyakan pasaran luar Indonesia akan menggunakan nama dan model Toyota Veloz untuk menggantikan Avanza.

Masih belum dapat diketahui sama ada nama Toyota Veloz akan digunakan di Malaysia, kerana model Veloz spesifikasi Indonesia telah pun dijenamakan sebagai Avanza untuk generasi sebelum ini.

Baca: Toyota Avanza Veloz sudah dieksport ke Vietnam tapi kini guna nama berbeza

2022 Toyota Veloz dilancarkan di Thailand - pengganti Avanza dengan TSS, dari RM 103k! 13

Bertentangan dengan beberapa laporan di luar sana, Toyota Avanza tidak akan dihentikan sepenuhnya untuk memberi laluan kepada Perodua Alza D27A generasi baharu yang berkongsi platform yang sama dengan Veloz.

Bercakap mengenai pengganti Alza, adakah Alza juga akan dipanggil dengan nama yang berbeza kelak?

Baca: Kenapa Perodua Alza 2022 D27A nanti tidak dinamakan 'Alza' lagi? Jom teka nama barunya

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda