window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gosip: Toyota pada tahun 2024 akan memperkenalkan Veloz varian Hybrid!

Faisal Β· Nov 14, 2022 06:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gosip: Toyota pada tahun 2024 akan memperkenalkan Veloz varian Hybrid! 01

Apapun, Yaris Cross yang dilaporkan bukanlah model TNGA yang ada seperti di pasaran Jepun, Australia dan Singapura. Sebaliknya, ia bakal menjadi model yang berplatform DNGA.

Juga bacaToyota Rush untuk pasaran ASEAN bakal diganti dengan Yaris Cross? Mungkin seawal 2023!

Gosip: Toyota pada tahun 2024 akan memperkenalkan Veloz varian Hybrid! 02

Menurut sumber itu, Yaris Cross Hybrid dirancang membuat pelancaran seawal Januari 2024, manakala Veloz Hybrid pula mungkin pada Jun 2024.

Gosip: Toyota pada tahun 2024 akan memperkenalkan Veloz varian Hybrid! 03

OtoDriver juga memberitahu bahawa trenkuasa yang bakal digunakan adalah hibrid sepenuhnya dan ini sudah pastinya memberi petunjuk kepada sistem hibrid Daihatsu e:Smart yang sudah ada pada Perodua Ativa Hybrid/Daihatsu Rocky Hybrid.

Juga bacaPerodua Ativa Hybrid macam 'best', tapi anda tak boleh beli langsung - ini sebabnya

Gosip: Toyota pada tahun 2024 akan memperkenalkan Veloz varian Hybrid! 04

Secara teknikal, trenkuasa ini menggunakan enjin NA 1.2L WA-VEX yang digabungkan dengan motor elektrik. Hembusan kuasanya adalah sebanyak 106 PS dan 170 Nm tork.

Dari segi istilah, enjinnya hanya berfungsi sebagai penjana kuasa kepada motor elektrik tersebut, sama seperti teknologi hibrid e-Power Nissan.

Gosip: Toyota pada tahun 2024 akan memperkenalkan Veloz varian Hybrid! 05

Sebagai rujukan, penggunaan petrol buat Ativa Hybrid dalam kitaran Malaysian Driving Cycle (MDC) adalah pada 31.3 km/L (serendah 3.2 liter/100 km).

Gosip: Toyota pada tahun 2024 akan memperkenalkan Veloz varian Hybrid! 06

Jadi, adakah anda teruja dengan Veloz Hybrid? Adakah ia akan beransur pada Alza? Sama-samalah kita nantikan.

Juga bacaToyota Veloz vs. Perodua Alza - Kembar dari keluarga berbeza, apa perbezaan perinciannya?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Veloz 1.5 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda