window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Binyue PHEV (Proton X50): PR Geely sendiri kongsikan pengalaman pemilikan beliau

Faisal · Jul 14, 2021 07:00 PM

Geely Binyue PHEV (Proton X50): PR Geely sendiri kongsikan pengalaman pemilikan beliau 01

Tidak kisahlah yang mana satu sekalipun, kembar trio Geely Binyue/Coolray/Proton X50 telah menjadi satu fenomena setelah dilancarkan.di pasaran masing-masing.

Tetapi bagaimanakah sebenarnya pengalaman mereka yang memiliki salah satu daripada SUV ini? Baru-baru ini, Encik Ashley Sutcliffe selaku Pengarah Komunikasi Luaran Geely telah kongsikan pengalaman beliau sendiri melalui klip video Geely Uncut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau yang terkenal di Twitter dengan panggilan “Ash” telah menjadi pemilik Geely Binyue ePro PHEV selama setahun. Dalam tempoh itu, SUV miliknya sudah berjalan sebanyak 13,000 km. Menariknya, SUV itu dibeli oleh duitnya sendiri, bukannya kereta syarikat.

Geely Binyue PHEV (Proton X50): PR Geely sendiri kongsikan pengalaman pemilikan beliau 01

Untuk maklumat anda, Binyue varian hibrid plug-in yang Ash beli dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo 3 silinder dan transmisi DCT 7 kelajuan yang sama pada Proton X50 Flagship tetapi dengan bantuan motor elektrik. Gabungan ini menghembuskan 258 PS dan 415 Nm tork.

Geely Binyue PHEV (Proton X50): PR Geely sendiri kongsikan pengalaman pemilikan beliau 02

Dalam klip video ini, Ash turut membawa penonton sekitar bahagian but belakang yang mana Binyue PHEV tidak mempunyai tayar ganti. Tempat itu digantikan dengan bateri hibrid yang mampu berikan jarak pemanduan elektrik penuh sejauh 58 km sekiranya pemandu menggunakan mod EV. Menurut Ash, mengecas dari 0 ke 100% mengambil masa selama 1 jam setengah.

Geely Binyue PHEV (Proton X50): PR Geely sendiri kongsikan pengalaman pemilikan beliau 03

Kemudian, tibalah masa untuk beliau ceritakan mengenai pengalaman memilikinya. Apa yang dikatakan ialah SUV itu cukup seronok untuk dipandu. Malah, beliau cukup gemar dengan saiznya yang tidak terlalu besar.

Geely Binyue PHEV (Proton X50): PR Geely sendiri kongsikan pengalaman pemilikan beliau 04

Ash turut kagum dengan tahap penjimatan minyak yang diberi oleh Binyue PHEV. Malah, bil petrol bulanan beliau telah turun sehinga 75-80% ($200 kepada $80 sahaja). Pada masa yang sama, Ash sempat memuji prestasinya yang mana ia cukup bertenaga, lebih-lebih lagi ketika memandu di lebuh raya.

Geely Binyue PHEV (Proton X50): PR Geely sendiri kongsikan pengalaman pemilikan beliau 05

Tetapi sebagai pemilik kereta, pasti ada benda yang menjengkelkan. Antara perkara yang beliau rungut ialah pada aspek keluasan kabin. Untuk kegunaan pergi balik kerja berseorangan, Ash tidak ada masalah langsung dengannya. Tetapi untuk mengembara bersama keluarga di hari minggu, ia agak sempit.

Juga bacaKebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan?

Geely Binyue PHEV (Proton X50): PR Geely sendiri kongsikan pengalaman pemilikan beliau 06

Di samping itu, rak bumbung yang beliau tambah juga menghasilkan bunyi angin yang agak kuat. Selain itu, Ash turut menjelaskan tentang berat Binyue PHEV yang mana ia 200 kg lebih berat daripada varian petrol. Walaupun dengan pengendalian yang seimbang dan penggunaan minyak yang cukup menjimatkan, berat tambahan sebanyak 200 kg sering bermain di fikiran beliau.

Juga bacaRebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia!

Geely Binyue PHEV (Proton X50): PR Geely sendiri kongsikan pengalaman pemilikan beliau 07

Apapun, Ash tetap berpuas hati dengan Geely Binyue miliknya. Malah, beliau cukup nantikan pengalaman pemilikan untuk 10,000 km yang seterusnya. Kepada anda yang bertuah untuk memiliki Proton X50, apa ulasan yang boleh anda kongsikan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda