Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana?

Haris · Oct 27, 2020 05:00 PM

Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana? 01

Proton X50 2020 baru sahaja dilancarkan secara rasmi. Bersama-sama dengan itu, harga bagi kesemua varian turut diumumkan buat tatapan umum. Tinjauan kami, ramai yang merasakan bahawa harga tersebut sesuai dengan tawaran model tersebut.

Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana? 02

Walaubagaimanapun, pengumuman harga tersebut menimbulkan sedikit tanda tanya. Proton X50 ditawarkan pada harga sekitar RM 79,200 hingga RM 103,300. Hal ini bermakna, harga Proton X50 bertindih dengan harga Proton X70.]

Berikut adalah perbezaan harga tersebut.

Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana? 01

2 varian Proton X50 bertindih harga dengan Proton X70. Rajah di atas menunjukkan dengan sedikit jelas perbezaan harga bagi kedua-dua model ini.

Oleh yang demikian, mari kita semak dengan apa perbezaan model Proton X50 yang bertindih dengan Proton X70. Sesuai dengan harganya?

Model

Proton X70 Standard

Proton X50 Premium

Proton X70 Executive

Proton X50 Flagship

Harga

RM 89,900

RM 93,200

RM 101,00

RM 103,300

Enjin

1.8 TGDi

1.5 Turbo MPI

1.8 TGDi

1.5 TGDi

Kuasa

184 PS, 300 Nm

150 PS, 226 Nm

184 PS, 300 Nm

117 PS, 227 Nm

Transmisi 

DCT 7 kelajuan

DCT 7 kelajuan

DCT 7 kelajuan

DCT 7 kelajuan

Lampu 

Halogen

LED

LED

LED

Saiz Tayar

17 inci aloi

18 inci aloi

18 inci aloi

18 inci aloi

Kemasan

Fabrik

Kulit

Kulit

Kulit 2 tona

Skrin infotainment 

8 inci

10 inci

8 inci

10 inci

Speaker

6

6

8

6

Beg udara

6

6

6

6

Ciri menarik

Tempat duduk belakang boleh laras

- Sistem pengawasan angin tayar

- But belakang kuasa

- Kamera 360 darjah

- Tempat duduk belakang boleh laras

- Sistem Bantuan Pemandu (ADAS)

- Bantuan Parkir Sendiri

- Bumbung suria

- Sistem pengawasan angin tayar

Kelebihan Proton X70

Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana? 02

Melalui jadual di atas, Proton X70 Standard mempunyai kelengkapan paling asas. Contohnya tiada kamera 360 darjah, hanya kamera pandang belakang sahaja ditawarkan. Kemasan yang ditawarkan juga sekadar fabrik, cukup untuk mereka yang mengutamakan ruang.

Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana? 03

Varian X70 Executive pula merupakan varian yang agak digemari ramai. Namun begitu, perbezaan harga dengan varian pengenalan agak mendadak. Kehadiran Proton X50 varian Premium dilihat mengecilkan lagi jurang antara harga tersebut. Strategi pemasaran?

Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana? 04

Sebagai sebuah SUV keluarga, antara perkara yang kami sukakan pada Proton X70 adalah tempat duduk belakang yang boleh laras. Bukan setakat itu, tempat duduk belakang juga sangat luas dan kurang gegaran. Baca rebiu penuh di sini.

Kelebihan Proton X50

Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana? 05

Varian Premiun (kedua tertinggi) pada Proton X50 menawarkan sedikit nilai tambah berbanding Proton X70 Standard. Walaubagaimanapun, bagi pembeli yang menggemari lebih banyak kelengkapan teknologi dalam sebuah SUV, varian ini masih dilihat sesuai untuk tujuan tersebut.

Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana? 06

Didatangkan dengan Sistem Pengawasan Angin Tayar (macam kereta mewah), but belakang berkuasa dan skrin infotainment 10-inci, ia hadir dengan kompromi but belakang yang paling kecil dalam segmennya (330 liter). Ruang belakang pula agak luas dalam segmennya tetapi mungkin tidak seluas Proton X70.

Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana? 07

Bagi varian paling tinggi pula, Proton X50 Flagship masih dikira berbaloi. Model ini merupakan model paling murah dengan Bantuan Parkir Sendiri dengan  Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) yang terbaik dalam kelasnya. Mungkin, lebih baik berbanding Proton X70 sendiri?

Kesimpulan

Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana? 08

Kedua-dua tawaran SUV ini cukup jelas. Pembeli memilih gaya dan kuasa atau ruang dan keselesaan. Pembahagian ini jelas pada Proton X70 Executive dengan Proton X50 Flagship dengan perbezaan harga sekitar RM 3,000 sahaja.

Perbandingan: Harga Proton X50 vs Proton X70 bertindih! Nak pilih yang mana? 09

Dengan perbezaan harga RM 3,000 tersebut, sudah tentu Proton X50 Flagship lebih berbaloi kerana ia merupakan varian paling atas. Walaubagaimanapun, tidak mudah untuk mengatakan bahawa Proton X70 Executive  tidak berbaloi kerana anda mendapat lebih keselesaan untuk harga yang dibayar.

Anda pilih yang mana? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru