Proton menjual 14,989 unit pada bulan Mac 2021, terbaik sejak 2013 – Perodua pula apa macam?

Zamil Syaheer · Apr 2, 2021 01:00 PM

Proton menjual 14,989 unit pada bulan Mac 2021, terbaik sejak 2013 – Perodua pula apa macam? 01

Proton hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencatatkan penjualan bulanan tertinggi dalam masa 7.5 tahun dengan 14,989 unit terjual (termasuk eksport), mengalahkan rekod terakhir syarikat ini pada bulan September 2013. Proton mengatakan ia kini mempunyai bahagian pasaran sebanyak 23.5 peratus di Malaysia.

Dari tahun ke tahun, penjualan terkumpul Proton berjumlah 32,826 unit (termasuk eksport), paling tinggi sejak Mac 2012.

Proton menjual 14,989 unit pada bulan Mac 2021, terbaik sejak 2013 – Perodua pula apa macam? 02

Penghantaran Proton X50 sedikit meningkat dengan jumlah 3,513 unit dihantar, 5 peratus lebih tinggi daripada Februari 2021. Penghantaran Proton X70 juga meningkat sebanyak 58.4 peratus, bersamaan dengan 2,337 unit.

Proton menjual 14,989 unit pada bulan Mac 2021, terbaik sejak 2013 – Perodua pula apa macam? 03

Kedua-dua SUV berasaskan Geely ini menyumbang 39 peratus penjualan kepada Proton. Namun, Proton masih bergantung pada model PIES yang sudah tua (Persona, Iriz, Exora, Saga) untuk baki 60 peratus dari penjualannya.

Proton Saga kekal sebagai produk terlaris syarikat, dengan 5,589 unit dihantar. Perincian penjualan Mac 2021 adalah seperti di bawah:

Jumlah penjualan Proton, Mac 2021
Saga 5,589
Iriz 810
Persona 2,151
Exora 584
X50 3,513
X70 2,337
Jumlah keseluruhan 14,989*

* Termasuk 5 unit Proton Perdana (stok dari tahun-tahun sebelumnya). Angka ini juga merangkumi eksport.

Bagaimana prestasi Proton berbanding Perodua pada Q1 2021?

Proton menjual 14,989 unit pada bulan Mac 2021, terbaik sejak 2013 – Perodua pula apa macam? 04

Perodua masih lagi jauh kehadapan berbanding Proton, mencatatkan jualan sebanyak 24,433 unit, atau 65 peratus lebih tinggi daripada Proton. Tetapi, bilangan penjualan Perodua hanya terhad pada Malaysia, tidak termasuk pasaran eksport.

Bagaimanapun, eksport Proton dan Perodua terlalu kecil untuk membuat perbezaan kerana jumlahnya tidak lebih dari empat digit setiap tahun.

Proton menjual 14,989 unit pada bulan Mac 2021, terbaik sejak 2013 – Perodua pula apa macam? 05

Secara kumulatif, jumlah penjualan Perodua untuk tahun 2021 berjumlah 57,911 unit, 76 peratus lebih tinggi daripada Proton.

Perodua juga menghantar 4,345 unit Perodua Ativa pada bulan Mac, menurunkan takhta kedua-dua Proton X50 dan Proton X70 sebagai SUV terlaris di Malaysia.

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by

Berita Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru