window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue

Zamil Syaheer · Jun 25, 2020 07:00 PM

** Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman pemilik Geely Binyue 2020 dan tidak bermakna ia mencerminkan pandangan WapCar

Liu Junhua


Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 01

Bagaimana Kisah Bermula

Saya sangat berhati-hati dan sedikit kedekut ketika membuat keputusan untuk membeli kereta pertama saya. Ini kerana saya tidak mahu membeli sesuatu yang akan membuatkan saya rasa menyesal di masa depan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Saya mula melayari internet dengan fikiran kosong untuk membuat kajian dan tiba-tiba terdetik idea untuk membeli SUV. Ini kerana saya dapat melakukan perjalanan jalan raya jarak jauh dengan kabin yang luas serta jumlah but besar untuk membawa lebih banyak kargo.

Dengan keadaan jalan raya yang mengerikan di luar bandar China, kenderaan jenis SUV tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk memandu di kawasan seperti itu. Oleh itu, saya mula bertanya dengan rakan-rakan saya mengenai idea untuk mendapatkan kereta saya sendiri.

Kami menyenarai pendek beberapa model untuk dipilih dengan bajet saya yang tidak seberapa. Pilihan yang saya miliki adalah SUV kompak seperti Toyota CH-R, Honda Vezel (HR-V di Malaysia), dan Geely Binyue.

Selepas menyenarai pendek tiga model ini, saya mula melakukan perbandingan. Kereta pertama yang disingkirkan dari pilihan saya adalah Honda HR-V. Ini kerana kelengkapan yang ditawarkan amatlah sedikit. Kemudian tiba giliran model CH-R untuk disingkirkan kerana mempunyai ruang but yang kecil serta tahap penglihatan pemanduan yang teruk kerana reka bentuk ala-ala coupe.

Setelah memandu Geely Binyue sebanyak 10,000 km

Dalam sekelip mata sahaja, Geely Binyue saya sudahpun mencapai 10,000+ km. Pengalaman memiliki kereta ini membuatkan saya gembira. Kereta ini boleh dipercayai. Satu benda yang saya suka tentang kereta ini ialah kuasanya.

Dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo, Geely Binyue mengambil masa kurang dari 8 saat daripada 0-100 km/j. Konsumpsi minyak pun baik, di mana saya mendapat 13 km/l memandu dalam keadaan trafik bandar yang sesak.

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 01

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 02

Lampu depan dan belakang LED memberikan rasa premium.

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 03

Tayar Continental didatangkan standard dari kilang.

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 04

Reka bentuk sporty dari depan sehinggalah belakang.

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 05

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 06

Tona warna merah dan hitam untuk kain kulit memberikan imej sporty untuk interiornya.

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 07

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 08

Stereng pelbagai fungsi dengan paddle shifter.

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 09

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 10

Meter kelajuan digital sepenuhnya mempunyai tiga mod berlainan.

Kebaikan

  • Reka Bentuk

Ada perpatah Cina lama yang berbunyi “Sesetengah orang sukakan lobak tetapi yang lain lebih suka kobis”. Saya rasa penampilan Binyue ini adalah faktor utama yang membuatkan saya mengambil keputusan akhir untuk membelinya. Setiap orang ada citarasa reka bentuknya tersendiri. 

  • Kuasa

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, Geely Binyue datang dengan enjin 1.5T yang mampu mencapai 0-100 km/j dalam masa kurang daripada 8 saat. Enjin ini bekerja seperti duo yang berpengalaman dengan transmisi 7-kelajuan DCT-nya. Dengan kuasa yang banyak dan badan kereta yang kecil, Binyue terasa pantas untuk dipandu. Satu benda menarik yang saya perasan ialah apabila saya melepaskan pedal minyak dengan pantas ketika memecut sepenuhnya, anda boleh mendengar bunyi turbo bersiul.

  • Kawalan

Secara umumnya, kawalan kereta ini amatlah bagus. Untuk pemanduan santai pula, casisnya mampu menyerap bonggolan kecil dengan selesa. Hanya bila melalui bonggolan besar sahaja ia akan melantun sedikit. 

  • Spesifikasi

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 11

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 12

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 13

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 14

Saya membeli varian yang kedua terbaik dari varian yang tertinggi. Ia mempunyai segalanya yang saya perlukan seperti lampu depan automatik, kemasukkan tanpa kunci, kamera 360, tempat duduk elektrik dan sebagainya.

  • Nilai Terbaik

Saya membeli Binyue ini dengan harga 110,000 Yuan, bersamaan dengan harga sekitar RM 66,000. Setakat ini, pengalaman saya dengan kereta ini telah menjangkaui nilai RM 66,000.

Keburukan

Walaupun saya sangat cintakan Geely Binyue saya, ada beberapa keburukan yang saya alami dengan kereta ini. Lagipun, tiada benda yang sempurna di dunia ini dan kita hendak menerima kebaikan dan keburukannya. 

  • Ruang

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 15

Rebiu Pemilik: Kembar Proton X50 - Pengalaman saya dengan Geely Binyue 16

Sebenarnya Geely Binyue mempunyai tempat duduk belakang yang luas dengan ruang kaki dan kepala yang lebih daripada cukup. Anda tidak akan terasa tidak selesa walaupun ketika perjalanan jauh. Masalahnya terletak pada ruang butnya. Walaupun ianya sebuah SUV, ruang bagasi belakang agak kecil, jadi jangan haraplah anda dapat memuatkan pelbagai barangan bersaiz besar di but. Nasib tempat duduk belakang boleh dilipat, jadi anda masih dapat membeli belah di IKEA dengan Binyue.

  • Enjin 3-silinder

Walaupun saya telah memuji tahap kuasa enjin ini beberapa kali di atas, namun enjin 3-silinder ini tidak terasa lain dengan kereta enjin 3-silinder yang ditawarkan dipasaran walaupun kombinasi transmisi klak berkembar ini padan dengan enjin. Namun begitu, dibawah 2 keadaan ini saya menjumpai kecacatan enjin ini - ia bergetar dengan kuat semasa keadaan sejuk pada waktu pagi dengan suhu air rendah, dan memecut pada kelajuan tinggi ketika kereta berada di gear yang lebih atas.

  • Tindak balas steering

Salah satu rungutan terbesar saya tentang Geely Binyue ini ialah rasa dan tindakbalas sterengnya. Ia terasa kosong dan mempunyai zon mati yang besar. Saya rasa Geely perlu meningkatkan dan memperbaiki gaya kemudi Binyue agar sesuai dengan kekuatan dan pengendaliannya.

Konklusi

Apa-apapun, Geely Binyue adalah kereta pertama saya. Perasaan saya Binyue ini sama seperti cinta pertama. Saya sangat sukakan penampilannya yang penuh bergaya dan kerana nilainya yang berbaloi, saya tidak ada apa-apa untuk merungut.

Setakat ini, saya tidak menghadapi sebarang masalah teknikal dengan kereta ini (setakat ini) dan penyelenggaraan ia pun agak murah. Justeru itu, saya lebih daripada gembira dengan Binyue saya. Saya rasa bila ia akhirnya tiba di Malaysia, anda pun akan tertarik dengannya.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda