window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Boyue X 2021 bakal debut di China, facelift terakhir sebelum platform CMA tiba?

Faisal · Aug 19, 2021 03:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, ini mungkin kemaskini yang paling drastik buat Geely Boyue. Selain itu, facelift ini juga berkemungkinan yang terakhir buat Geely Boyue generasi sekarang memandangkan model baru yang berplatformkan CMA dikhabarkan tiba tidak lama lagi.

Seperti yang anda lihat, bahagian depan Boyue X 2021 tampil dengan gril hitam bertema “X” yang begitu besar sekali. Uniknya, unsur gril 'Expanding Cosmos’ yang terkenal dengan jenama Geely tidak diterapkan sama sekali.

Geely Boyue X 2021 bakal debut di China, facelift terakhir sebelum platform CMA tiba? 01

Pada bahagian belakang, Boyue X baharu boleh dispesifikasikan dengan cermin gelap dan trim yang lebih banyak. Kalau anda perasan, terdapat sentuhan spoiler pada bahagian trim hitam yang bertulisan ‘GEELY’. Beralih ke bahagian bawah, Boyue X 2021 nampaknya tampil dengan diffuser yang menyerlah dimana pembeli juga boleh menambah unsur trim dengan pelbagai pilihan warna. Bercakap mengenai tambahan, Boyue X baharu juga boleh dilengkapkan dengan lampu belakang jenis smoked dan bahagian bumbung yang berwarna hitam.

Geely Boyue X 2021 bakal debut di China, facelift terakhir sebelum platform CMA tiba? 02

Untuk maklumat anda, rim yang digunakan juga adalah sama yang ada pada Proton X70 SE.

Juga bacaProton X70 SE 2021 edisi istimewa rasmi dilancarkan – RM 123,800, 2,000 unit sahaja!

Geely Boyue X 2021 bakal debut di China, facelift terakhir sebelum platform CMA tiba? 03

Dari segi trenkuasa, Geely Boyue X 2021 dikhabarkan hadir dengan gabungan enjin 1.8L turbo (184 PS, 300 Nm tork) dan transmisi DCT 7 kelajuan yang sama pada Proton X70. Di China, trenkuasa ini datang secara standard tetapi varian Boyue Pro menggunakan enjin 1.5L turbo.

Geely Boyue X 2021 bakal debut di China, facelift terakhir sebelum platform CMA tiba? 04

Geely Boyue varian biasa.

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda