Sebut saja nama Toyota Camry, mesti imej ‘uncle’ akan terpacar bak mentari di dalam minda anda. Setelah sekian lama membawa konotasi begitu, Toyota Camry generasi ke-8 (XV70) yang dilancarkan pada tahun 2019 ini merubah segalanya.
Ini mempunyai pengendalian yang lebih baik daripada Mazda 6 dan mempunyai stereng yang lebih komunikatif daripada beberapa BMW baru-baru ini. Biar betul ni Toyota Camry? Dengan itu, mari kita ketahui apa yang best dan tak best pasal Toyota Camry 2.5V ini.
1. Rupa ala Lexus
Reka bentuk Toyota Camry ini memang nampak elegan dan premium berbanding mana-mana Camry terdahulu. Kalau dulu ramai ‘complaint’ reka bentuk Toyota ‘boring’ dan tiada apa yang menarik, sebab tu ramai beli Honda.
Bukaan lebar di bamper depan bawah, lampu depan yang nipis, dan tiang C yang tebal memberikan aura mewah. Lampu belakang LED dan but belakang dengan ‘ducktail’ yang diintegrasikan tampak elegan. Ia membuatkan Camry kelihatan lebih besar daripada yang sebenarnya.
2. Pemanduan yang dinamik dan komunikatif
Seperti semua model Toyota platform TNGA, Camry tidak mengecewakan. Ia sangat syok untuk dipandu, sampai kami terlepas pandang bahawa ia dikuasakan oleh enjin siri 2AR yang sudah tua.
Sterengnya mempunyai berat secukup rasa dan bertindak balas secara semula jadi terhadap input. Masuk ke selekoh saja, anda dapat merasakan pengalihan berat (weight transfer) Camry ini yang sangat halus.
3. Sistem audio JBL sedap sungguh
Dalam kelas dan segmen ini, kami berpendapat sistem audio JBL yang ada pada Camry ini jauh lebih baik daripada jenama Bose dalam Mazda 6 dan Audio 20 pada Mercedes-Benz C-Class. Bunyinya halus, merdu, dan seimbang. Bass pada audio JBL ini juga padu dan tidak keterlaluan. Pendek kata, ditala secukup rasa.
4. Tahap keselesaan pemanduan yang baik
Keupayaan Camry untuk mencapai keseimbangan yang sangat baik antara kawalan badan dan talaan suspensi sangat mengagumkan. Ia menyerap segala liku dan lubang di jalan raya dengan begitu lembut tanpa mengganggu tahap kawalan Camry.
Senang cerita, ia terasa seperti anda sedang menaiki kapal layar Star Cruise. Sekali lagi, platform TNGA membuktikan yang ia bukan kejuteraan yang calang-calang.
5. Tempat duduk yang selesa macam sofa
Tempat duduk belakang dan depan Camry direka seperti sebuah sofa empuk yang mahal. Tempat duduk depan memegang anda dengan selesa, dan kain kulit yang digunakan mempunyai anti-slip yang baik. Ini bermakna baik jauh atau dekat perjalanan anda, Camry tidak akan membuatkan anda rasa penat.
6. Kabin yang senyap
Pada kelajuan 110 km/j, kabin Camry mencatatkan bacaan 67 dB sahaja, termasuklah bahkan di jalan yang lebih kasar di sepanjang lebuhraya MEX yang dikelilingi oleh lalu lintas yang sederhana.
Penebat bunyi dalam Camry menebat bunyi tayar dan bahagian mekanikal dengan baik, walaupun angin kecil dapat didengar pada kelajuan lebuh raya. Ia setanding dengan ciri ‘Teutonik’ pada Volkswagen Passat.
7. Kualiti binaan setanding harga
Bahan binaan dan kualiti setara dengan wang, dengan titik sentuhan berkualiti tinggi termasuklah penggunaan bahan lembut dan kemasan kulit.
8. Kebolehpercayaan Toyota
Dah nama pun Toyota, betul tak? Toyota Camry ini menggunakan enjin 2.5 liter 4 silinder aspirasi natural 2AR-FE yang sama seperti generasi sebelumnya. Ia menghasilkan kuasa maksima 184 PS @ 6,000 rpm dan tork puncak 235 Nm @ 4,100 rpm, dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.
Walaupun ia enjin yang tua, ini bermakna enjin ini telah diuji ketahanannya. Maka anda tidak perlu risau dalam jangka masa yang panjang tentang sebarang masalah besar yang bakal dihadapi.
9. Ciri keselamatan yang mantap
Toyota Camry datang dengan 7 beg udara, ABS dengan EBD, TRC, ESC, dan ISOFIX sebagai standard. Ia juga datang dengan Toyota Safety Sense (TSS) ADAS yang merangkumi:
1. Tren kuasa yang tua
Memang enjin 2AR-FE ini tahan lasak dan terbukti ketahanannya, tapi enjin ni tua. Ia masih lagi menggunakan port-injection dan bukannya direct-injection ataupun bercas turbo yang jauh lebih efisyen seperti kebanyakkan kereta baru.
Mungkinkah kemas kini Camry bakal tiba dengan enjin 2.5 liter ‘Dynamic Force’ (sama seperti Toyota RAV4 yang dijual di Malaysia) yang menghasilkan 209 PS dan 250 Nm? Jika benar, memang lagi padulah Camry ini.
2. Minyak taklah jimat sangat
Setelah melakukan perjalanan sejauh 116.5 km meliputi 50% lebuh raya dan 50% pemanduan di bandar, jumlah minyak yang diperlukan untuk mengisi tangki adalah 12.2 liter.
Setelah mengira, angka yang diberi adalah 10.5 liter/100 km. Sebagai perbandingan, Honda Accord mengembalikan 8.8 liter/100 km sementara Volkswagen Passat paling jimat dengan hanya menggunakan 6.5 liter/100 km!
3. Taklah luas sangat
Terutama sekali di ruang kaki tempat duduk belakang. Bukan nak kata ianya sempit, tapi anda lihat sajalah gambar di atas berbanding Honda Accord. Bonggol di bahagian tengah juga agak tinggi.
4. Tidak begitu praktikal
Bab ini memang tak boleh lawan juara praktikaliti iaitu Honda. Walaupun ruang di sisi pintu agak kecil, tapi ruang di tempat rehat lengan dan kotak sarung tangan agak besar. Ruang but pun hanya 493 liter, kecil berbanding Accord dengan 570 liter, dan Passat dengan 586 liter.
5. Tiada Apple CarPlay dan Android Auto
Sistem audio JBL dah gempak, tapi sayangnya tiada fungsi Apple CarPlay dan Android Auto. Untuk kenderaan gah macam ni, kelengkapan sebegini patut didatangkan sebagai standard.
6. Hanya satu saja fungsi Smart Entry
Untuk menggunakan kaedah tanpa kunci untuk mengunci / membuka kunci pintu Camry, anda hanya boleh melakukannya di sebelah pemandu sahaja. Untuk semua pintu lain, anda harus menguncinya/membuka kunci dengan cara kuno iaitu dengan menggali poket anda dan untuk mengeluarkan kunci.
Bagi kami, ini tidak boleh diterima, bukan pada kereta bernilai RM 188,763 (tanpa SST).
Toyota Camry 2.5V 2019 menawarkan keselesaan perjalanan yang terbaik di kelasnya, dinamik pemanduan yang mengagumkan, dan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang baik.
Tetapi ia kurang dari segi ruang dan praktikaliti jika dibandingkan dengan pesaingnya, apatah lagi ia tidak begitu menjimatkan minyak.
Sekiranya anda mencari sedan segmen D yang memberikan keseimbangan yang mengagumkan antara kawalan badan dan keselesaan perjalanan, tak banyak yang mampu tandingi Toyota Camry.
Anda boleh baca perbandingan diantara Mercedes-Benz C-Class dan BMW 3 Series disini, atau perbandingan di antara Accord di laman ini.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Toyota Camry 2.5V
Upgrade
Add your car