window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli?

Faisal Β· Nov 3, 2020 08:00 PM

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 01

Perodua Alza ialah sebuah MPV buatan tempatan yang berharga mampu milik. Sejak keluaran pertama pada tahun 2009, MPV ini telah menjadi kereta keluarga yang sejati buat kebanyakan masyarakat kerana ia bersaiz kompak dan tidak mudah untuk meragam.

Sejarah Perodua Alza

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika dilancarkan pada tahun 2009, Perodua Alza didatangkan dengan enjin 1.5L yang menghasilkan 104 PS dan 136 Nm tork. Kuasa ini dipadankan sama ada ke transmisi automatik 4-kelajuan atau manual 5-kelajuan. Pembeli ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu Standard dan Premium.

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 01

Dari segi keselamatan, hanya varian Premium didatangkan dengan ciri brek anti-kunci (ABS), 2 beg udara, dan peletak kerusi bayi ISOFIX.

Facelift pertama

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 02

Pada tahun 2014, Perodua Alza menerima kemaskini (facelift). Kali ini, kelengkapan seperti brek anti-kunci (ABS), 2 beg udara, dan peletak kerusi bayi ISOFIX didatangkan secara standard pada semua varian.

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 03

Dari segi pembaharuan, kerusi tengah di barisan hadapan pada varian automatik mempunyai konsol untuk menyimpan barang. Di samping itu, kerusi di barisan ketiga sudah boleh dilipat secara 50:50.

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 04

Dari segi pilihan, Perodua melancarkan varian SE untuk penampilan luaran yang lebih sporty melalui kit badan yang unik. Selain itu, ia turut dihadirkan dengan ciri Bluetooth dan USB.

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 05

Pada masa yang sama, Perodua juga melancarkan varian Advanced Version. Varian ini didatangkan dengan sistem navigasi beserta kamera undur. Pada masa yang sama, ia didatangkan dengan skrin multimedia di bahagian bumbung.

Facelift kedua

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 06

Pada tahun 2018, Perodua Alza menerima facelift yang kedua dimana ia menampilkan perubahan kosmetik pada bahagian luar untuk varian SE dan Advance. Kali ini, bampar hadapan untuk kedua-dua varian ini mempunyai pengesan halangan parkir (parking sensors).

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 07

Dari segi kelengkapan, facelift kali ini didatangkan dengan kekunci 2-langkah dimana ia akan membuka kunci pintu pemandu sahaja sekiranya ditekan 1 kali. Untuk membuka kunci semua pintu, ia perlu ditekan 2 kali. Dari segi multimedia pula, sambungan USB dan Bluetooth dihadirkan pada semua varian. Varian Advance pula ditambahkan dengan ciri Smart Link.

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 08

Pada masa yang sama, pembeli boleh menambah kit GearUp sebagai kos tambahan.

Isu dan permasalahan

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 09

Sumber: howtodosteps

Secara umumnya, Perodua Alza tahan lasak dan tidak mudah untuk meragam. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang permasalahan. Antara isu yang sering dihadapi oleh pengguna ialah stereng yang menjadi ketat ketika hujan. Hal ini berpunca daripada tali belting power stereng yang mudah haus. Perkara ini boleh mengurangkan cengkaman daripada putaran motor untuk memusingkan arah tayar lebih-lebih lagi dengan percikan air hujan. Kos penukaran tali belting ini adalah sekitar RM 130.

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 10

Selain itu, Perodua Alza terkenal dengan isu simbol gearbox β€œAT” yang sering menyala walaupun fungsi gearbox masih berjalan seperti biasa. Hal ini berpunca daripada kegagalan fungsi wayar ke ECU gearbox. Kos untuk menukar wayar ini adalah sekitar RM 120.

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 11

Bengkel Ezy Auto Transmission yang cukup pakar mengenai transmisi Perodua Alza

Pada masa yang sama, pengguna sering melaporkan kegagalan fungsi gearbox dimana kereta tidak boleh undur ataupun berlaku senggukan ketika dipandu. Hal ini berpunca daripada kegagalan valve body dan sistem solenoid. Kos untuk membaiki tidaklah melebihi RM 1,600, bergantung kepada komponen yang terlibat.

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 12

Imej: diytacra

Di samping itu, terdapat isu kegagalan pam air (water pump) yang pra-matang untuk sistem penyejuk enjin. Kos untuk menukar water pump yang baharu serta cecair penyejuk adalah sekitar RM 250.

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 13

Imej: lowyat.net

Sebagai tambahan, Perodua Alza terkenal dengan isu bunyi angin di bahagian tingkap. Namun begitu, ramai pengguna menyelesaikannya dengan menggunakan pita pelekat yang boleh didapati di kedai alat tulis. Pita ini digunakan untuk menutup bahagian pengedap tingkap yang terletak di antara cermin sisi dengan cermin kereta.

Model manakah yang paling baik?

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 14

Untuk memudahkan anda, kami mencadangkan model yang mempunyai transmisi automatik dan tidak dimodifikasikan untuk mengekalkan kualiti tulen.

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 15

Berdasarkan spesifikasi keseluruhan, Perodua Alza Advance yang telah dikemaskini pada tahun 2014 mempunyai semua kelengkapan untuk sebuah MPV keluarga. Antaranya seperti kerusi kulit, brek ABS, sambungan Bluetooth, port USB, kamera undur, dan sistem hiburan untuk penumpang belakang.

Menjadi model facelift juga, kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah dipulihkan.

Tinjauan pasaran terpakai

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 16

Berdasarkan pakej keseluruhan, Perodua Alza Advance tahun 2015 boleh dimiliki serendah RM 34,000.

Sekiranya anda mahukan parking sensor di bahagian hadapan, Perodua Alza Advance tahun 2019 boleh dimiliki serendah RM 50,800.

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 17

Secara umumnya, adalah lebih baik untuk anda membuat pembelian terus daripada pemilik untuk mengurangkan cas tambahan serta dapat mengelakkan diri daripada sebarang penipuan terhadap perbatuan (mileage).

Model Harga baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
Perodua Alza Advance 2015 RM 64,000 ~RM 34,000 9.4%
Perodua Alza Advance 2019 RM 62,690 ~RM 50,800 18.9%

Pada masa yang sama, harga yang tertera dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan kereta kepada anda.

Apa yang harus diteliti?

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 18

Imej: anarmnet

Seperti kenderaan terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penyelenggaraan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak transmisi (gearbox), air radiator, dan minyak brek.

Di samping itu, adalah wajar untuk anda memeriksa latar belakang sama ada kereta tersebut pernah mengalami kerosakan banjir atau sebarang kemalangan.

Konklusi

Panduan kereta terpakai: Perodua Alza - varian dan tahun mana untuk dibeli? 19

Walaupun telah lama berada di pasaran, Perodua Alza terpakai sesuai untuk pembeli yang menginginkan sebuah MPV kompak yang berharga mampu milik, tidak mudah meragam, dan mudah untuk dijaga.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda