window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga R3 di Pakistan terima lebih 5,000 tempahan, terpaksa buat cabutan bertuah!

Haris · Apr 21, 2021 10:30 AM

Proton Saga R3 di Pakistan terima lebih 5,000 tempahan, terpaksa buat cabutan bertuah! 01

Strategi pemasaran Proton di Pakistan nampaknya menjadi dengan rakan kongsi Al Haj Automotive di mana Proton Saga R3 yang dijual terhad 100 unit menerima lebih 5,000 tempahan. Kejayaan ini dikongsikan oleh Proton Pakistan di laman Facebook rasmi mereka.

Proton Saga R3 di Pakistan terima lebih 5,000 tempahan, terpaksa buat cabutan bertuah! 02

Disebabkan oleh sambutan yang menggalakkan itu, Proton Pakistan akan mengadakan cabutan bertuah pada 30 April 2021 melalui saluran Youtube, Facebook dan laman web rasmi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Saga R3 di Pakistan terima lebih 5,000 tempahan, terpaksa buat cabutan bertuah! 01

Proton Saga telah dilancarkan di Pakistan pada awal bulan April 2021 yang menyaksikan 2 varian Proton Saga R3 ditawarkan. Tidak seperti Proton Saga R3 pasaran Malaysia yang tampil dengan 1 varian automatik sahaja, Proton Saga R3 Pakistan turut ditawarkan dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Proton Saga R3 di Pakistan terima lebih 5,000 tempahan, terpaksa buat cabutan bertuah! 02

Dari segi kelengkapan, Proton Saga pasaran Pakistan masih berkongsi sebahagian besar ciri utama dengan model pasaran Malaysia. Varian paling atas ditawarkan dengan lampu LED siang (DRL), roda aloi 15 inci, dan skrin infotainment jenis terapung 7 inci.

Proton Saga R3 di Pakistan terima lebih 5,000 tempahan, terpaksa buat cabutan bertuah! 03

Proton Saga R3 ditawarkan pada harga PKR 2,175,000 (~RM 59k) untuk transmisi manual manakala harga PKR 2,425,000 (~RM 66k) untuk transmisi automatik. Kalau pasaran Malaysia berpeluang untuk memiliki Proton Saga R3, tentu angka jualan yang sama dapat kita saksikan.

Bacaan Lanjut: 

Proton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70!

Proton Saga R3 Limited Edition 2021 - gaya saja, peminat R3 boleh terima ke?

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda