Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50?

Mersita · Oct 27, 2020 06:00 PM

Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50? 01

Yang ditunggu-tunggu telah tiba – harga rasmi Proton X50 baru sahaja diumumkan dan ada yang menahan nafas semasa Dr. Li Chunrong menyenaraikan pakej harganya. Mungkin ada yang menarik nafas lega, yang selebihnya hanya mampu melihat angka-angka itu satu persatu muncul di skrin - tangan tersemat rapi dalam poket.

Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50? 02

Bila dah tahu harga rasminya yang bermula dari RM 79,200 untuk Proton X50 1.5T Standard, pasti ada yang tertanya-tanya, “Berapakah gaji minimum untuk lepas loan X50?”

Usah risau, kami huraikan satu persatu untuk anda.

Berapakah gaji minimum untuk lulus loan X50?

Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50? 01

Jom kita mulakan dengan varian spesifikasi paling rendah terlebih dahulu. Bagi Proton X50 1.5T Standard (RM 79,200, atas-jalan/OTR, tanpa insuran), bayaran bulanannya ialah sekitar RM 800 sebulan dengan kadar bunga 2.27 peratus dibawah pinjaman 9 tahun.

Menurut garis panduan yang disarankan, anda perlu hadkan perbelanjaan bulanan anda untuk membayar kereta kepada 20 peratus daripada keseluruhan pendapatan bulanan. Oleh itu, tangga gaji atau pendapatan bulanan anda haruslah sekurang-kurangnya RM 4,000.

Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50? 02

Bila ditambah dengan kos insuran, penyelenggaraan, tayar, dan termasuk ‘running cost’ yang berkaitan – perbelanjaan anda untuk kereta ini disarankan untuk tidak melebihi 30 peratus daripada pendapatan bulanan anda.

Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50? 03

Jika anda mahukan varian tertinggi dengan enjin yang lebih berkuasa dan sunroof panoramik iaitu Proton X50 TGDI Flagship – RM 103,300, OTR, tanpa insuran – anda perlu berbelanja sekitar RM 1,040 setiap bulan untuk bayaran bulanan. Maksudnya, gaji bersih bulanan anda haruslah sekurang-kurangnya RM 5,200 sebulan.

Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50? 04

Tapi, perlu diingatkan yang kadar bunga sering berubah. Memandangkan situasi sekarang, kadar bunga adalah sangat rendah. Tapi, anda masih perlu bertanya pada bank pilihan tentang kadar bunga mereka yang terkini. Selain dari itu, senarai harga yang dinyatakan hanya sah sehingga 31 Disember 2020 dibawah insentif pengecualian cukai jualan PENJANA oleh kerajaan.

Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50? 05

Samada varian asas iaitu 1.5T Standard berbaloi untuk anda atau tidak, itu terpulang pada anda, kerana ia tidak didatangkan dengan beg udara sisi dan sistem audio 6 speaker. Kami rasakan varian X50 1.5T Executive (RM 84,800) adalah pilihan yang lebih bagus, ataupun Proton X70 1.8 Standard (RM 89,900).

Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50? 06

Tidak disarankan untuk ambil pinjaman tempoh 9 tahun

Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50? 07

Nasihat ini seringkali diberi bagi mereka yang ingin membeli kereta – kalau boleh, usahlah diambil pilihan pinjaman 9 tahun untuk kebaikan jangka masa panjang. Langkah lebih bijak ialah ambil tempoh lebih pendek – 7 atau 5 tahun lebih baik. Lebih jimat bunga dan selamat sebenarnya.

Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50? 08

Jika anda memilih untuk mengambil pinjaman bertempoh 5 tahun, anda perlu sediakan lebih kurang RM 1,300 setiap bulan untuk X50 1.5T Standard, dan sehingga RM 1,700 sebulan untuk varian spek tinggi 1.5 TGDI Flagship.

Jika anda ambil tempoh pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya membayar lebih kurang RM 14,500 untuk bunga/cengkeram semata-mata bagi X50 1.5T Standard. Jika dibandingkan dengan tempoh pinjaman 5 tahun, bunga anda hanyalah RM 8,100.

Proton X50 2020 – Berapakah gaji minimum untuk lulus pinjaman X50? 09

Kami tidak sarankan tempoh pinjaman 9 tahun kerana tempoh itu terlalu lama dan nilai jualan kereta anda akan menurun dengan lebih pantas berbanding kebolehan anda untuk melangsaikan pinjaman tersebut. Kalau anda dah pilih tempoh 9 tahun dan di pertengahan jalan nak pendekkan pula, ini akibatnya.

Anda juga berisiko untuk berada dalam situasi dimana anda terpaksa menjual semula kereta tersebut ataupun menuntut ‘total loss’ dari syarikat insuran. Bila perkara ini berlaku, anda terpaksa menambah lebih wang sebelum anda boleh langsaikan pinjaman anda kerana baki pinjaman tertunggak lebih tinggi daripada nilai pasaran kereta tersebut.

Oleh itu, beringat-ingatlah apabila anda hendak memilih pinjaman 9 tahun untuk membeli kereta. Buat pilihan bijak!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru