window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship?

Zamil Syaheer · Feb 13, 2022 10:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam pembelian mana-mana dan apa jenama kereta sekalipun, selalunya varian yang teratas adalah yang paling padu. Pada harga hampir RM 100k, Proton X50 1.5 TGDI Flagship dilengkapi dengan pelbagai ciri dan kelengkapan yang anda boleh banggakan ketika lepak ‘open table’ di kedai mamak.

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 01

Perbezaan RM 18k memberi anda suite ADAS penuh, roda yang lebih menarik dan enjin yang lebih berkuasa. Tetapi, jika perkara ini tidak penting kepada anda (dan bagi sesetengah orang, ia benar-benar tidak penting), kami berpendapat bahawa anda tidak rugi pun. Terdapat sebab yang kukuh mengapa X50 1.5T Executive mungkin menjadi pilihan yang baik dalam julat tersebut.

Ia nampak lebih bersahaja

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 02

Perbezaan paling ketara antara varian 1.5T Executive dan 1.5 TGDI Flagship adalah dari segi enjin dan juga kelengkapan. Jadi, mari kita pecahkan berapa banyak ciri tambahan berjumlah RM 18k yang anda akan dapat.

Perbandingan varian Proton X50
  1.5T Executive 1.5 TGDI
Flagship
Harga RM 84,800 RM 103,300
Enjin 1.5 turbo
multi-point
injection (MPI)
1.5 turbo
direct-injection
(TGDI)
Kuasa 150 PS 177 PS
Tork 226 Nm 255 Nm
Lampu LED Ada Ada
Kluster instrumen
digital
Tiada Tiada
Penghawa dingin Zon-tunggal,
manual
Zon-tunggal,
automatik
Kamera undur Ada Ada
Penghawa dingin
Belakang
Ada Ada
Tempat duduk
depan berkuasa
Tiada Ada
Tempat duduk
belakang boleh dilipat
Ada Ada
Bumbung suria Tiada Ada
Sistem Audio 4 pembesar
suara
6 pembesar
suara
Beg udara 6 6
ACC Tiada Ada
AEB Tiada Ada
FCW Tiada Ada
LKA Tiada Ada
BSM Tiada Ada

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 03

Seperti beberapa gambar di atas, bahagian luar X50 1.5 TGDI Flagship nampak lebih meriah daripada kedua-dua varian.

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 04

Semestinya tambahan kit pada varian Flagship tampak lebih menonjol namun, akan ada sesetengah memilih untuk kekal ‘low profile’. Untuk sebab tersebut, varian 1.5T Executive lebih masuk akal.

Ia lebih bersahaja, baik dalaman dan luaran

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 05

Tidak nampak agresif - takde hal, ada peminat

Varian 1.5T Executive nampak lebih bersahaja dan mampu menarik minat golongan yang lebih dewasa. Bukan semua pembeli mahu kemasan bumbung hitam dan roda aloi dwi-tona.

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 06

Kami menyukai kemasan merah yang menghiasi bahagian dalam Flagship

Beralih kepada bahagian interior, X50 1.5 TGDI Flagship didatangkan dengan kemasan interior kulit merah yang agak mudah dilihat pada bahagian pemuka dan sebahagian besar kabin. Ia juga dilengkapi dengan kluster instrumen digital sepenuhnya, skrin sentuh infotainmen 10.25 inci dan kawalan iklim automatik, termasuk arahan suara “Hi Proton”.

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 07

Sesetengah orang mungkin rasa paparan antara muka ini mengelirukan

Walau bagaimanapun, jika anda seorang yang tidak tertarik kepada ciri-ciri mewah dan kerap kali bergelut dengan teknologi baharu, maka X50 1.5T Executive lebih mudah untuk difahami. Ia dilengkapi dengan tempat duduk manual, penyaman udara manual dan gugusan instrumen tradisional dengan dail.

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 08

'Feel' yang lebih tenang dan tradisional dalam varian Executive

Selain daripada itu, Proton X50 1.5T Executive juga mempunyai rupa interior yang lebih “tradisional” dan halus. Mungkin kombinasi warna hita dan kelabuh dengan hanya beberapa percikan trim perak ini nampak bosan, tetapi percayalah, ada pembeli di luar sana yang mahukan interior sebegini.

Juga baca: Video: Interior Proton X70 & X50 cun? 2 'amoi' Geely menerangkan cara bahan & warna kabin dipilih!

Varian 1.5T Executive lebih selesa dan lebih mudah untuk didiami

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 09

Setelah memandu kedua-dua varian untuk tempoh masa yang lama, agak jelas bahawa X50 1.5 TGDI Flagship adalah varian yang lebih tangkas untuk dipandu. Ia dilengkapi dengan roda 18-inci (dengan tayar yang lebih agresif) dan memiliki enjin suntikan terus bercaj turbo yang lebih berkuasa, bertindak balas kepada input pemandu dengan begitu bersemangat.

Juga baca: Kebaikan & Keburukan: Proton X50 Flagship, seperti yang dijangkakan dengan sedikit kekurangan?

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 10

Dengan roda 18-inci, keselesaan tunggangan menurun sedikit

Walau bagaimanapun, kelemahannya ialah keselesaan perjalanan terjejas. Ia bukan sesuatu yang anda akan perasan jika anda tidak memandu varian X50 1.5T Executive. Sekali lagi, dalam dunia nyata, ramai yang akan mengutamakan keselesaan perjalanan daripada pengendalian. Dan di sinilah 1.5T Executive bersinar bak rembulan mentari.

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 11

Penggunaan rim 17-inci yang lebih kecil dan tayar yang direka khusus keselesaan membolehkan 1.5T Executive menyerap ketidaksempurnaan jalan raya dengan penuh keyakinan. Pada pemanduan harian, ini ialah varian yang anda mahu gunakan.

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 12

Roda 17-inci lebih selesa untuk pemanduan harian

Tidak dapat dinafikan ia kurang hebat berbanding dengan 1.5 TGDI Flagship (kurang 30 PS dan 30 Nm), dan unit suntikan terus pengecas turbo lebih responsif di bahagian RPM rendah berbanding enjin MPI pengecas turbo dalam 1.5T Executive. Sekali lagi, enjin pada  Flagship akan menarik minat mereka yang mempunyai kaki besi.

Juga baca: Rebiu ringkas - Pakej Urban untuk Proton X50, berbaloi untuk RM 3,500?

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 13

Unit suntikan langsung Flagship jelas lebih padu

Untuk kebanyakan masa, di bawah keadaan pemanduan biasa, enjin MPI melakukan 90% daripada apa yang TGDI tawarkan. Ia masih lagi enjin yang sedap, dengan tork pengecas turbo yang memudahkan anda untuk memotong kereta tanpa sebarang keraguan.

Perbandingan penggunaan bahan api
  1.5T
Executive
1.5 TGDI
Flagship
L/100km 11.43 10.28

Juga baca: Diuji: Proton X50 2020, kadar penggunaan minyak sebenar tinggi sangat?

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 14

Enjin MPI turbo 1.5T Executive kurang 'power', tetapi masih memuaskan

Tambahan pula, ia juga senyap dan lancar. Penentukuran transmisi dwi-klac pun antara yang terbaik. Tetapi, apa yang tidak bagus ialah penggunaan bahan api. Di bawah adalah angka dunia sebenar berbanding angka yang diuji, dan jelas sekali unit TGDI lebih jimat bahan api.

Juga baca: Tukar gear N ketika berhenti? Ini tips penjagaan DCT pada Proton X50!

Pendapat WapCar:

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 15

Secara peribadi, mana-mana kereta sekali pun, saya memang akan memilih varian spesifikasi tertinggi. Bagaimanapun, RM 18k bukanlah satu jumlah yang boleh diperlekeh. Lagipun, terdapat ramai pembeli yang mungkin tidak akan pernah menggunakan atau menghargai ciri tambahan RM 18k.

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 16

Untuk menyokong pendapat saya ini, baru-baru ini ahli keluarga Jason daripada WapCar ENG telah membeli X50 1.5T Executive. Jason menyoal mengapa dia tidak membeli 1.5 TGDI Flagship, kerana dia lebih daripada mampu. Jawapannya ialah dia tidak mahu ciri tambahan, cukup sekadar menyukai reka bentuk dan daya tarikan SUV pada X50. Dia juga menghargai panel instrumen tradisional, tempat duduk manual dan kawalan A/C manual. Tak pening kepala sangat.

Jimat RM 18k tapi tiada 'direct injection', baloi beli Proton X50 1.5T Executive daripada TGDI Flagship? 17

Setakat ini, dia gembira dengan pembeliannya, dan dia tidak merungut dengan ketiadaan beberapa ciri pada model Flagship. Apa pendapat korang?

Juga baca: Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda