window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova generasi lama terus dijual di beberapa negara, India siap tawar facelift baru lagi!

Haris Β· May 8, 2023 10:00 AM

Toyota Innova generasi lama terus dijual di beberapa negara, India siap tawar facelift baru lagi! 01

Toyota Innova generasi kedua yang telah wujud sejak tahun 2015, masih dihasilkan dan dijual oleh Toyota di beberapa negara walaupun Toyota Innova Zenix (generasi ketiga) telah dilancarkan pada akhir tahun 2022.

Hal ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi dari pelanggan swasta dan korporat bagi Toyota Kijang Innova generasi lama. Malah, strategi jualan untuk kedua-dua model Innova sedang dilaksanakan di dua negara yang merupakan penyumbang terbesar jualan Toyota Innova di dunia, iaitu Indonesia dan India.

Toyota Innova generasi lama terus dijual di beberapa negara, India siap tawar facelift baru lagi! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada masih menjual Innova Crysta (nama generasi lama), model ini baru-baru ini telah menerima facelift di India namun hanya terhad kepada enjin diesel dan transmisi manual sahaja.

Autocar India melaporkan bahawa Toyota Kirloskar Motor, pengedar jenama Toyota di sana telah mula menawarkan Innova Crysta facelift 2023 untuk memenuhi permintaan dari pelanggan dengan jumlah armada yang besar, terutamanya mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan pemandu.

Toyota Innova generasi lama terus dijual di beberapa negara, India siap tawar facelift baru lagi! 01

Toyota Innova generasi lama terus dijual di beberapa negara, India siap tawar facelift baru lagi! 02

Satu lagi sebab untuk terus menghasilkan dan memasarkan Innova Crysta adalah disebabkan oleh kekangan pengeluaran pada Innova Hycross, yang merupakan nama untuk Toyota Innova Zenix di India.

Baca: Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah!

Toyota Innova generasi lama terus dijual di beberapa negara, India siap tawar facelift baru lagi! 03

Toyota Innova Hycross

Kekangan pengeluaran ini disebabkan oleh kekurangan cip semikonduktor, yang mengakibatkan kelewatan dalam memesan model baru ini, terutamanya bagi varian yang dilengkapi dengan ciri-ciri Toyota Safety Sense (TSS).

Toyota sebelum ini telah menangguhkan pesanan untuk jenis Innova Hycross ZX dan ZX(O) di India, dengan masa menunggu untuk varian tertinggi ini mempunyai tempoh menunggu melampaui 24-30 bulan, atau lebih dari 2 tahun!

Toyota Innova generasi lama terus dijual di beberapa negara, India siap tawar facelift baru lagi! 04

Sebaliknya, varian yang lebih rendah seperti jenis G mempunyai masa menunggu selama 3 bulan, manakala varian VX(O) perlu menunggu sehingga 10 bulan. Akibat daripada jangka masa yang panjang untuk varian tertinggi, beberapa pelanggan menukar kepada varian yang lebih rendah terutamanya VX(O).

Toyota Innova generasi lama terus dijual di beberapa negara, India siap tawar facelift baru lagi! 05

Walaupun sukar untuk memenuhi permintaan bagi Innova Zenix, Toyota India telah mengesahkan bahawa model Innova Crysta akan terus beroperasi seperti biasa. Versi Innova lama akan terus dihasilkan sehingga akhir tahun kewangan 2024, yang bermakna ia akan masih dipasarkan sehingga sekitar 2025.

Toyota Innova generasi lama terus dijual di beberapa negara, India siap tawar facelift baru lagi! 06

Toyota juga telah menambahkan satu lagi syif pengeluaran di kilangnya di India untuk mengurangkan masa menunggu bagi kedua-dua versi Innova. Jika tiada gangguan bekalan semikonduktor, Toyota akan menambah satu lagi syif pengeluaran.

Baca: Innova generasi lama masih dijual di Brunei, lancar model baharu sebagai Toyota All-New Innova sahaja

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda