window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios 2023 di Indonesia diimport (CBU) dari Thailand tapi tak guna enjin 1.2L. Kenapa?

Faisal Β· Oct 20, 2022 08:00 PM

Toyota Vios 2023 di Indonesia diimport (CBU) dari Thailand tapi tak guna enjin 1.2L. Kenapa? 01

  • Toyota Vios serba baharu untuk Indonesia tidak lagi dipasang di sana
  • Ia diimport (CBU) dari Thailand
  • Toyota Vios di Thailand guna enjin 1.2L

Bagi anda yang belum tahu, Toyota Vios serba baru untuk pasaran Indonesia tidak dipasang di kilang Karawang, Jawa Barat. Sebaliknya, ia diimport terus (CBU) dari Thailand. Menurut PT Toyota Astra Motor (TAM), kilang di Indonesia itu perlu menampung peningkatan produksi, khususnya buat Veloz.

Juga bacaToyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung?

Toyota Vios 2023 di Indonesia diimport (CBU) dari Thailand tapi tak guna enjin 1.2L. Kenapa? 02

Toyota Vios 2023 di pasaran Indonesia.

Disebabkan Veloz terlalu laku, produksi di PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) itu terpaksa meletakkan fokus pada model tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca6 model Toyota sapu carta jualan Top 10 di Indonesia pada April 2022, Avanza No. 1 & Veloz No. 3!

Toyota Vios 2023 di Indonesia diimport (CBU) dari Thailand tapi tak guna enjin 1.2L. Kenapa? 01

Toyota Veloz di Indonesia.

Menariknya, walaupun Vios diimport terus dari Thailand, ia tidak menggunakan enjin 1.2L NA 3NR-VE (94 PS, 110 Nm) seperti yang ada dalam pasaran tersebut.

Tetapi atas sebab apa?

Toyota Vios 2023 di Indonesia diimport (CBU) dari Thailand tapi tak guna enjin 1.2L. Kenapa? 02

Toyota Yaris Ativ serba baru (Vios) di Thailand menggunakan enjin 1.2L.

Menurut Pengarah Pemasaran TAM, pasaran di Indonesia tidak memerlukan mereka untuk pakai enjin berkapasiti kecil seperti piawaian Eco Car di Thailand. Disebabkan itu, Vios 2023 untuk Indonesia kekal dengan enjin 1.5L NA 2NR-VE yang menghasilkan 106 PS/138 Nm walaupun dibawa masuk dari Thailand.

Juga baca:Toyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi!

Sumber: Autofun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda