Toyota Yaris 2021 sudah mula menerima tempahan seawal bulan November 2020 yang lalu. Kini, harga rasmi telah pun diumumkan.
Harga bagi Toyota Yaris bermula dari RM 70,940 dan mencecah RM 84,808 bagi varian paling atas. Toyota Yaris ditawarkan dalam 3 varian.
Senarai harga adalah seperti berikut.
Toyota Yaris 2020 harga tanpa SST | ||
---|---|---|
Toyota Yaris 1.5 J | Toyota Yaris 1.5 E | Toyota Yaris 1.5 G |
RM 70,940 | RM 80,380 | RM 84,808 |
*Harga atas jalan, tanpa insuran dan cukai jalan.
Harga yang disenaraikan adalah harga bagi tempoh pengecualian cukai. Apabila tempoh pengecualian cukai tamat (tertakluk kepada perubahan), harga baru yang akan menyusul adalah seperti berikut.
Harga Toyota Yaris 2021 | ||
---|---|---|
Toyota Yaris 1.5 J | Toyota Yaris 1.5 E | Toyota Yaris 1.5 G |
RM 73,000 | RM 82,500 | RM 87,000 |
Beberapa perubahan kecil pada Toyota Yaris 2021 ini adalah:
Pada bahagian luar - lampu LED, lampu siang DRL dan gril baharu. Warna Citrus Mica Metallic akan digugurkan.
Bahagian dalam - sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, tambahan aksesori seperti yang tertera (rujuk brosur).
Terdapat juga aksesori pilihan, dengan pakej sebagai "Tech-up", "Style-up" dan "Ease-Up".
Toyota Yaris bakal mempunyai pesaing baru, di mana Honda Jazz akan digugurkan dan digantikan dengan Honda City hatchback 2021.
Langkah awal dimulakan oleh Toyota dengan facelift untuk model Toyota Yaris. Buat masa ini, Honda Jazz masih boleh dibeli dan nampaknya, Toyota Yaris menang dari segi nilai.
Harus diingatkan, ia masih dijana enjin 4 silinder 1.5 liter (107 Ps / 140Nm) dengan gandingan CVT automatik.
Hatchback segmen B ini memacu penjualan Toyota di Malaysia dan dijangka akan meneruskan momentum sehinggalah tahun 2021. Anda lebih model all new atau model facelift?
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2023 Toyota Yaris 1.5E
Upgrade
Add your car