window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ulangtahun kelahiran Proton Saga yang ke-37, Ini 9 fakta menarik yang Malaysia belum tahu!

Faisal · Jul 9, 2022 06:00 PM

Ulangtahun kelahiran Proton Saga yang ke-37, Ini 9 fakta menarik yang Malaysia belum tahu! 01

Proton hari ini menyambut ulangtahun ke-37 buat kelahiran kereta pertama Malaysia iaitu Proton Saga. Tarikh perasmian pada 9 Julai 1985 menandakan satu detik bersejarah buat negara kita kerana bukan senang nak cipta sebuah kereta. Menariknya sehingga hari ini, Proton Saga generasi pertama didapati masih berkhidmat dengan baik terhadap beribu-ribu pemandu di Malaysia dan juga di luar negara.

Juga bacaMengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga dan Kilang EON, 9 Julai 1985!

Ulangtahun kelahiran Proton Saga yang ke-37, Ini 9 fakta menarik yang Malaysia belum tahu! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan sejarah yang cukup mendalam, terdapat banyak trivia yang mungkin ramai tidak tahu tentang legenda Malaysia ini. Jadi bersempena dengan sambutan kelahiran yang ke-37, inilah 9 fakta yang menarik tentang Proton Saga.

Ulangtahun kelahiran Proton Saga yang ke-37, Ini 9 fakta menarik yang Malaysia belum tahu! 01

Proton Saga sememangnya dilancarkan pada 9 Julai 1985 tetapi tarikh itu sebenarnya dipilih bersempena dengan hari lahir Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagi anda yang belum tahu, beliau juga adalah pengasas buat Proton.

Fakta kedua adalah mengenai nama Saga sendiri yang mana ia ditentukan melalui “Peraduan Menamakan Kereta Kebangsaan” yang ditandingi oleh 102,823 peserta. Untuk makluman anda, nama Saga juga adalah akronim kepada Safety, Achievement, Greatness dan Ability.

Ulangtahun kelahiran Proton Saga yang ke-37, Ini 9 fakta menarik yang Malaysia belum tahu! 02

Fakta seterusnya pula adalah sebelum Proton Saga pertama diluluskan oleh Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) pada tahun 1984, sebanyak 36 buah prototaip telah dicipta bagi menyempurnakan produk itu.

Beralih ke fakta keempat, sejak kelahirannya, sebanyak 1.95 juta Proton Saga telah terjual dan kejayaan ini meletakkannya sebagai kereta terlaris dalam sejarah automotif Malaysia.

Ulangtahun kelahiran Proton Saga yang ke-37, Ini 9 fakta menarik yang Malaysia belum tahu! 03

Satu lagi fakta menarik adalah kalau dibariskan kesemua 1.95 juta Proton Saga itu, ia akan memakan jarak lebih 8,000 km. Kalau dikira, jarak itu diibarat seperti Malaysia ke Ukraine.

Fakta keenam pula, Proton Saga dieksport ke 28 buah negara di seluruh dunia dan pasaran eksport pertama beransur seawal tahun 1986 iaitu di Bangladesh. Pada tahun 1989 pula, Proton Saga mula dieksport ke United Kingdom.

Juga bacaPeminat di UK dedahkan sebab Proton Saga dan Iswara lama jadi popular di sana. Ada nilai?

Ulangtahun kelahiran Proton Saga yang ke-37, Ini 9 fakta menarik yang Malaysia belum tahu! 04

Bercakap mengenai eksport, Proton Saga juga adalah model eksport Proton yang paling popular iaitu dengan jualan melebihi 59,000 unit setakat ini.

Masuk ke fakta kelapan, Proton Saga sejak tahun 1988 telah meraih lebih 22 anugerah daripada pelbagai saluran media. Pada masa yang sama, ia turut terlibat dalam sukan permotoran sebaik sahaja dirasmikan. Kejayaan yang paling terkini adalah prestasi yang mencapai tempat kedua dalam perlumbaan 1000 km Sepang musim 2019. Nombor satu ketika itu pula dimenangi oleh Proton Iriz yang mana ia dikendalikan oleh pasukan R3 iaitu bahagian permotoran Proton sendiri.

Ulangtahun kelahiran Proton Saga yang ke-37, Ini 9 fakta menarik yang Malaysia belum tahu! 05

Dan fakta terakhir yang mungkin anda semua belum tahu ialah kereta pertama yang melalui Jambatan Pulau Pinang adalah Proton Saga berwarna merah dan menariknya, pemandu ketika itu adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ulangtahun kelahiran Proton Saga yang ke-37, Ini 9 fakta menarik yang Malaysia belum tahu! 06

Jadi, inilah 9 fakta menarik tentang Proton Saga. Rasa bangga tak dengan hasil kerja dan titik peluh anak tempatan?

Juga bacaEvolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda