Toyota
What's the difference between Vellfire and Alphard? Both big cars, whats the different? Why Alphard is much more expensive?
8
Jenama Jepun sememangnya menjadi pilihan utama bagi sesetengah pembeli di Malaysia. Oleh yang demikian, sudah tentu model kereta terlaris di Jepun mampu menjadi penanda aras terawal untuk model-model yang bakal berjaya di Malaysia.
Menurut Japan Automobile Dealer Association (JADA), berikut adalah model paling laris di Jepun pada tahun 2020 (kategori bukan kereta-kei).
No | Model | Unit Jualan Tahun 2020 |
1 | Toyota Yaris | 151,766 |
2 | Toyota Raize | 126,038 |
3 | Toyota Corolla | 118,276 |
4 | Honda Fit | 98,210 |
5 | Toyota Alphard | 90,748 |
6 | Toyota Roomy | 87,242 |
7 | Honda Freed | 76,283 |
8 | Toyota Sienta | 72,689 |
9 | Nissan Note | 72,205 |
10 | Toyota Voxy | 69,517 |
Toyota Yaris yang merangkul tempat pertama bukanlah Toyota Yaris yang ada pada pasaran Malaysia. Toyota Yaris tersebut adalah model generasi keempat (asas kepada model Toyota GR Yaris) dan belum lagi menjengah ke Malaysia.
Model Toyota Yaris di Malaysia adalah generasi ketiga XP150 dengan facelift baru-baru ini.
Lebih menarik perhatian adalah model Toyota Raize yang bakal dilancarkan di Malaysia di bawah tanda nama Perodua D55L tahun ini. Toyota Raize sebelum ini juga berjaya mencatatkan model terlaris selama beberapa bulan di Jepun.
Kesemua 10 model yang terlaris di Jepun menunjukkan 1 nuansa rekaan kereta yang sangat menonjol. Rakyat Jepun masih menyukai rekaan yang ‘berkotak’.
Antara model 'berkotak' yang popular di Malaysia adalah Toyota Alphard yang menduduki tempat ke 5 dalam senarai ini.
Jika melihatkan dominasi Toyota Alphard dalam senarai ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Toyota Vellfire akan digugurkan bagi menumpukan usaha jualan terhadap Toyota Alphard.
Sebelum ini, Toyota Estima terlebih dahulu digugurkan dalam barisan model Toyota pada tahun 2019.
Walaubagaimanapun, jika mengambil kira model kereta-kei di Jepun, Honda N-Box adalah model kereta paling laris di Jepun.
Dengan penjualan sebanyak 195,984 unit, Honda N-Box adalah kereta no 1 di Jepun. Kereta-kei mempunyai struktur pencukaian berbeza dan beberapa kelebihan berkaitan kewangan yang lain, menjadikan model kereta-kei jatuh dalam senarai yang berbeza.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
19