window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux layak sebaris kereta F1, dipamerkan di muzium Fernando Alonso!

Haris · Feb 12, 2022 04:00 PM

Toyota Hilux layak sebaris kereta F1, dipamerkan di muzium Fernando Alonso! 01

  • Toyota Hilux Dakar digunakan oleh Fernando Alonso dalam penampilan sulungnya dalam Rali Dakar 2020, baru-baru ini tiba Oviedo, Asturias, Sepanyol.

  • Alonso dan Hilux tersebut mempunyai debut yang luar biasa di Dakar, dengan kedudukan ke-13 keseluruhan dan menjadi antara yang terpantas dalam beberapa peringkat, serta kereta rookie terbaik pada 2020.

Jentera Toyota Hilux yang digunakan oleh Fernando Alonso ketika membuat penampilan sulungnya di Rali Dakar 2020 telah ditambahkan pada koleksi Muzium dan Litar Lumba Fernando Alonso, kompleks sukan di mana kerjaya pemandu Formula 1 Sepanyol tersebut boleh dilawati secara menyeluruh.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Hilux layak sebaris kereta F1, dipamerkan di muzium Fernando Alonso! 01

Menariknya, Hilux Dakar yang diperoleh Fernando Alonso di muziumnya ini bukanlah model replika, tetapi trak pikap yang sama digunakan di kejohanan Dakar Rali 2020. 

Beliau mempunyai prestasi yang hebat selepas menduduki tempat ke-13 dalam tempat keseluruhan dan mencatat beberapa masa terbaik dalam beberapa peringkat, sekali gus dinobatkan sebagai kereta rookie terbaik dalam edisi rali paling sukar di dunia.

Toyota Hilux Dakar menyertai senarai model peribadi Fernando Alonso, seperti Toyota TS050 Hybrid yang dipandu beliau ketika memenangi kejohanan World Endurance Championship (WEC) semasa musim super 2019-2020, serta dua edisi Le Mans 24 Jam.

Toyota Hilux layak sebaris kereta F1, dipamerkan di muzium Fernando Alonso! 02

Toyota TS050 Hybrid

Muzium dan Litar Lumba Fernando Alonso sedang diperluaskan untuk memaparkan semua prototaip yang digunakan oleh Fernando Alonso untuk membangunkan kerjaya sukannya, daripada Formula 1 hinggalah ke WEC dan Dakar Rali.

"Walaupun F1 adalah nadi muzium dan kerjaya saya, prototaip seperti Le Mans dan Daytona dan yang satu daripada Dakar ini akan menambah nilai untuk pelawat, yang boleh datang dan melihat seimbas lalu berkenaan semua disiplin dalam sukan permotoran yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini." ujar beliau.

Toyota Hilux layak sebaris kereta F1, dipamerkan di muzium Fernando Alonso! 03

Alonso menjelaskan bahawa Hilux Dakar akan menjadi sebahagian daripada koleksi peribadinya dan merupakan salah satu model "paling penting" dalam pameran itu, suatu kesempatan yang baik untuk pengunjung ke muziumnya.

Beliau yang kini merupakan seorang juruterbang menyifatkan bahawa kenangan dengan Toyota Hilux dan Dakar sebagai "sangat bagus", menegaskan bahawa dia mempunyai "pengalaman yang menakjubkan secara profesional pada peringkat manusia" dalam kejohanan paling sukar di dunia, sambil memberi petanda bahawa "dia pasti akan mencuba lagi" merujuk kepada kemungkinan penyertaan kedua dalam perlumbaan Dakar.

Toyota Hilux layak sebaris kereta F1, dipamerkan di muzium Fernando Alonso! 04

TOYOTA GAZOO Racing Hilux Dakar yang dipertandingkan oleh Alonso dalam Dakar 2020, kategori T1, mempunyai sedikit persamaan dengan Toyota Hilux yang boleh dibeli oleh mana-mana pelanggan daripada pengedar. Ia walaubagaimanapun telah dipasang dengan enjin yang lebih berkuasa, suspensi, brek, klac dan kotak gear yang khas, bersama-sama dengan tangki bahan api berkapasiti lebih tinggi.

Enjin V8 5.0 liter aspirasi semula jadi petrol, membangunkan 325 PS pada 5,000 rpm, dengan 620 Nm tork yang mengagumkan dan injap masuk terhad 37mm untuk memenuhi syarat peraturan. Ia dilengkapi dengan ECU siri-M daripada pakar MoTeC.

Toyota Hilux layak sebaris kereta F1, dipamerkan di muzium Fernando Alonso! 05

Ia dilengkapi dengan transmisi 6-kelajuan sequential dan Limited Slip Differential (LSD) dari SAGEV. Saiznya juga kecil sedikit daripada Hilux versi pengeluaran. Lebih khusus lagi, ia lebih pendek sedikit tetapi lebih lebar, dengan ketinggian yang sama, jarak roda yang lebih pendek, dan jarak kelegaaan tanah yang lebih tinggi. Dimesi ini membenarkannya untuk bergerak dalam bukit pasir dengan mudah. 

Toyota Hilux layak sebaris kereta F1, dipamerkan di muzium Fernando Alonso! 06

Beratnya juga lebih rendah dalam versi pertandingan: 1,850 kg - berat minimum peraturan - untuk Hilux Dakar, berbanding 2,095 kg untuk model jalan raya.

Persediaan suspensi hadapan double-wishbone – adalah sama namun di bahagian belakang, model pengeluaran menggunakan suspensi leaf spring di mana Hilux Dakar masih menggunakan double-wishbone

Toyota Hilux layak sebaris kereta F1, dipamerkan di muzium Fernando Alonso! 07

Hilux versi Dakar juga dilengkapi dengan roda 16-inci dengan bunga tayar yang lebih dalam dan penyerap hentak daripada pakar Reiger.

Sistem brek Hilux Dakar yang dipandu oleh Fernando Alonso termasuk angkup enam piston penyejuk cecair, dengan tangki bahan api berkapasiti tinggi: 520 liter.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda