window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ah Long membakar kereta Toyota Sienta milik isteri peminjam?

Faisal Β· Dec 1, 2020 12:30 PM

Ah Long membakar kereta Toyota Sienta milik isteri peminjam? 01

Sebuah keluarga di Johor Bahru terkejut apabila terdengar bunyi kebakaran di hadapan rumah mereka pada jam 9 malam 25 November yang lalu. Orang rumah yang dikenali sebagai Puan Chook bergegas keluar dan mendapati bahagian depan keretanya terbakar.

Pada mulanya, mereka bersangka bahawa kereta Toyota Sienta miliknya yang bermasalah. Rupa-rupanya, kereta tersebut dibakar oleh seorang lelaki. Perkara ini diketahui apabila Puan Chook menerima sebuah klip video daripada nombor telefon Singapura tidak lama selepas insiden kebakaran tersebut.

Penghantar mesej itu menyatakan bahawa suami Puan Chook yang bekerja sebagai buruh binaan di Singapura mempunyai hutang dengannya sebanyak S$ 4,000 (RM 12,176). Selain itu, penghantar mesej itu mengugut untuk melakukan lebih daripada itu sekiranya mereka tidak membayar hutang tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada masa yang sama, Puan Chook menjelaskan kepada pejabat aduan awam MCA Pasir Gudang bahawa Ah Long tersebut mempunyai gambarnya serta kad pengenalan dan permit kerja suaminya. Ah Long itu turut mengugut wang sebanyak S$ 3,000 (RM 9,140).

Walau bagaimanapun, Puan Chook percaya bahawa informasi suaminya telah disalahguna memandangkan suaminya hanya menggunakan kad pengenalan dan permit kerja Singapura untuk majikannya sebagai tujuan kerja.

Keesokan harinya, Puan Chook memberikan S$ 3,000 kepada Ah Long tersebut kerana takut keluarganya diancam semula oleh Ah Long tersebut.

Kereta Puan Chook yang mengalami kerosakan kebakaran memakan belanja sebanyak RM 20,000 untuk diperbaiki memandangkan ia telah mengalami kerosakan sistem wayar.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber: TheStarOnline

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Toyota Sienta 1.5G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda