Berminat dengan Toyota Yaris 2021? Ini bayaran bulanan dan gaji minimum yang diperlukan
UMW Toyota Motor telah melancarkan Toyota Yaris 2021. Hatchback segmen B ini bermula dari RM 70,940 untuk varian 1.5 J hingga RM 84,808 untuk varian 1.5 G. Buat masa ini, ia bersaing dengan Honda Jazz dimana tidak lama lagi bakal digantikan dengan Honda City Hatchback 2021. Tapi harga bulanan Toyota Yaris 2021 ini macam mana? Sebelum itu, mari kita lihat berbezaan harganya dengan Honda Jazz.
Perbezaan harga Toyota Yaris 2021 vs Honda Jazz | ||
---|---|---|
Model/Varian | Harga (RM) | |
Yaris 1.5 J | 70,940 | |
Yaris 1.5 E | 80,380 | |
Yaris 1.5 G | 84,808 | |
Jazz 1.5 S | 72,511.54 | |
Jazz 1.5 E | 78,161.82 | |
Jazz 1.5 V | 84,955.45 |
Kali ini pula, mari kita melihat secara terperinci mengenai gaji bulanan yang diperlukan sebelum anda boleh menempah Toyota Yaris 2021.
Berapakah gaji bulanan minimum yang diperlukan?
Dengan harga RM 70,940 buat varian 1.5 J (tanpa insurans) termasuk kadar faedah 2.27% dan tempoh pinjaman 9 tahun, bayaran ansuran adalah sebanyak RM 715/bulan.
Berdasarkan nasihat umum yang menyarankan pembeli untuk membayar kereta tidak melebihi 20% dari gaji bulanan, anda seharusnya bergajikan sekurang-kurangnya RM 3,600 sebulan.
Sekiranya anda berminat dengan varian 1.5 G yang berharga RM 84,808, bayaran ansuran adalah sebanyak RM 860/bulan. Oleh itu, gaji bulanan minimum yang anda perlukan ialah RM 4,300 sebulan.


Harga bulanan Toyota Yaris 2021
Berikut adalah bayaran ansuran bulanan buat Toyota Yaris 2021 untuk tempoh pinjaman 5, 7, dan 9 tahun.
Harga bulanan Toyota Yaris 2021 (pinjaman 5 tahun) | ||
---|---|---|
Varian | Harga (RM) | Bayaran bulanan (RM) |
1.5 J | 70,940 | 1,190 |
1.5 E | 80,380 | 1,350 |
1.5 G | 84,808 | 1,420 |
Harga bulanan Toyota Yaris 2021 (pinjaman 7 tahun) | ||
---|---|---|
Varian | Harga (RM) | Bayaran bulanan (RM) |
1.5 J | 70,940 | 885 |
1.5 E | 80,380 | 1,000 |
1.5 G | 84,808 | 1,060 |
Harga bulanan Toyota Yaris 2021 (pinjaman 9 tahun) | ||
---|---|---|
Varian | Harga (RM) | Bayaran bulanan (RM) |
1.5 J | 70,940 | 715 |
1.5 E | 80,380 | 810 |
1.5 G | 84,808 | 860 |
Rujukan ini telah mengira faktor kadar faedah sebanyak 2.27%. Walau apapun, kadar faedah sentiasa berubah.
Perlu dimaklumkan juga bahawa harga yang tertera adalah termasuk pengecualian cukai SST yang hanya sah sehingga 31 Disember 2020.
Jangan mengambil pinjaman 9 tahun? Kenapa?
Kami sebenarnya menggalakkan anda untuk mengambil tempoh pinjaman yang lebih pendek dari 9 tahun.
Walaupun bayaran bulanannya lebih mahal, ia sebenarnya lebih baik.
Secara teknikal, tempoh pinjaman 9 tahun tidak digalakkan kerana jumlah faedahnya lebih tinggi. Sebagai contoh, anda perlu membayar jumlah faedah sekitar RM 13,000 sekiranya anda mengambil tempoh pinjaman 9 tahun. Jika anda bandingkan dengan tempoh pinjaman 5 tahun, anda hanya membayar jumlah faedah sekitar RM 7,200.
Tambahan pula, jangka masa 9 tahun ini sebenarnya cukup lama. Disebabkan itu, kereta anda akan susut nilai lebih cepat daripada kebolehan anda untuk menyelesaikan pinjaman tersebut. Jika anda menjual kereta ketika itu, mungkin ia tidak cukup untuk menyelesaikan nilai pinjaman yang masih tinggal. Malah raja resale value pun tidak cukup untuk berlawan dengan kenyataan ini.
Perkara ini bukan setakat menyusahkan kewangan anda, malah deposit untuk anda membeli kereta baru juga mungkin tidak cukup kerana harga jualan kereta anda ketika itu tidak begitu membantu.
Disebabkan itu, beringatlah sebelum anda bersetuju dengan tempoh pinjaman 9 tahun.
Berapakah bajet bulanan untuk membiayai Toyota Yaris 2021?
Dengan mengira faktor insurans, penyelenggaraan, tayar dan sebagainya, kos terhadap kereta anda tidak sepatutnya melebihi 30% dari gaji bulanan.
Toyota Yaris (Anggaran perbelanjaan secara bulanan) | ||
---|---|---|
Model | 1.5 J | 1.5 E & 1.5 G |
Tayar (RM) | 30/bulan 2 tahun: ~720 | 40/bulan 2 tahun: ~1000 |
Purata kos servis (RM) | 70 (~850/tahun) | 70 (~850/tahun) |


Faisal Penulis
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.