window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Laku keras di Malaysia dan Thailand, Toyota Corolla Cross akan tiba di US pula!

Mersita Β· May 19, 2021 09:00 AM

Laku keras di Malaysia dan Thailand, Toyota Corolla Cross akan tiba di US pula! 01

Media dari luar negara telah berjaya mengesan Toyota Corolla Cross yang sedang diuji di Amerika Syarikat. Ini pastinya menghangatkan lagi ura-ura serta spekulasi tentang pasaran negara itu yang akan menjadi destinasi seterusnya bagi SUV ‘panas’ ini.

Laku keras di Malaysia dan Thailand, Toyota Corolla Cross akan tiba di US pula! 02

Gambar di dalam artikel ini menunjukkan kereta spesifikasi Malaysia. Varian 1.8V ditunjukkan

Sekilas pandang, Corolla Cross berceloreng ini nampak sama seperti model di negara kita. Rimnya pun sama seperti yang boleh didapati pada varian 1.8V yang akan tiba di pasaran kita.

Walau bagaimanapun, perbezaan dari segi visual spesifik untuk pasaran di sana juga berjaya dikesan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Laku keras di Malaysia dan Thailand, Toyota Corolla Cross akan tiba di US pula! 01

Enjin 2ZR-FE (139 PS, 172 Nm) di dalam model kereta Malaysia. Kita tidak diberi pilihan hibrid

Trenkuasa masih lagi belum dapat dipastikan buat masa ini. Media Jepun membuat spekulasi bahawa unit yang diuji ini ialah model hibrid, namun mereka menyatakan yang model ini mungkin juga akan diberi enjin Dynamic Force – spesifikasi biasa bagi pasaran di sana.

Laku keras di Malaysia dan Thailand, Toyota Corolla Cross akan tiba di US pula! 02

Di samping itu, ada juga khabar angin yang mengatakan Corolla Cross akan mula produksi pada bulan September 2021 di kilang Toyota di Alabama.

Laku keras di Malaysia dan Thailand, Toyota Corolla Cross akan tiba di US pula! 03

Tempat duduk belakang boleh disandar sehingga 6 darjah

Selain daripada pasaran Amerika Utara, Toyota juga sedang merancang untuk memperkenalkan model ini di Jepun menjelang suku ketiga 2021. Trenkuasa hibrid menjadi satu kewajipan jika ia mahu bertahan di pasaran Negara Matahari Terbit itu.

Baca juga: Nak beli Toyota Corolla Cross, tapi berapa jumlah gaji diperlukan nak bayar bulan-bulan?

Laku keras di Malaysia dan Thailand, Toyota Corolla Cross akan tiba di US pula! 04

Ruang but di dalam kereta spesifikasi Malaysia ialah 440 liter dengan semua tempat duduknya didirikan

Corolla Cross didebut di Thailand pada tahun lepas, lantas menjadi model yang amat popular di sana. Sehingga kini, ia masih lagi SUV paling laku dalam segmennya di Thailand. Selepas itu, ia diekspot ke negara-negara jiran seperti Vietnam, Filipina, dan juga Indonesia.

Baca juga: Model GR-S untuk Toyota Corolla Cross, Altis & Hilux bakal tembus pasaran Vietnam - Malaysia tak terkecuali?

Laku keras di Malaysia dan Thailand, Toyota Corolla Cross akan tiba di US pula! 05

Kamera 3D 360 darjah ialah kelengkapan standard, namun varian 1.8V ditambah lagi dengan suite penuh ADAS Toyota Safety Sense (TSS)

Di Malaysia, Corolla Cross dijual pada harga RM 128,000 (1.8G) dan RM 134,000 (1.8V).

Jumlah unit 1.8G impot yang disediakan pada mulanya ialah 750 unit dan ia habis dijual dalam masa kurang daripada seminggu, manakala unit dipasang tempatan (CKD) akan diperkenalkan di Malaysia pada penghujung tahun ini.

Baca juga:

Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV!

Pelanggan beratur, kenapa Toyota Corolla Cross sepatutnya dilancarkan dari dulu lagi di Malaysia?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda