window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia lancar Toyota Corolla Altis 2023 - dari RM 139k, pembaharuan untuk cabar Civic!

Faisal · Aug 28, 2023 08:00 PM

Malaysia lancar Toyota Corolla Altis 2023 - dari RM 139k, pembaharuan untuk cabar Civic! 01

UMW Toyota Motor (UMWT) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Toyota Corolla Altis 2023. Sedan segmen C ini kekal ditawarkan dengan varian 1.8 E dan 1.8 G, masing-masing pada harga seperti di bawah:

  • 1.8 E: RM 139,800 (+ RM 4,912)
  • 1.8 G: RM RM 147,800 (+RM 1,912) 

*CBU Thailand, harga di atas jalan OTR, tanpa insurans

Eksterior

Malaysia lancar Toyota Corolla Altis 2023 - dari RM 139k, pembaharuan untuk cabar Civic! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bahagian luar, Corolla Altis datang dengan pembaharuan pada bahagian gril bawah serta pada reka bentuk roda 16-inci (1.8 E) dan 17-inci dwi-tona (1.8 G). Di sebaliknya pula, model kali ini kekal dengan penggunaan suspensi belakang jenis double wishbone.

Juga bacaToyota Corolla Altis facelift 2023 versi turun taraf guna suspensi "torsion beam" mula dijual!

Malaysia lancar Toyota Corolla Altis 2023 - dari RM 139k, pembaharuan untuk cabar Civic! 01

Varian G kali ini juga diperbaharui dengan ciri visor tingkap dan keyless entry untuk pintu penumpang depan.

Interior

Malaysia lancar Toyota Corolla Altis 2023 - dari RM 139k, pembaharuan untuk cabar Civic! 02

Masuk ke bahagian dalam, kabin Corolla Altis 2023 untuk varian 1.8 G diperbaharui dengan kluster digital 12.3 inci yang kekal memiliki ciri Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) tetapi secara umumnya, terdapat penambahbaikan melalui tempat duduk yang lebih selesa dan penerapan port USB untuk penumpang belakang. Soal USB, port di konsol tengah diperbaharui dengan jenis Type C.

Malaysia lancar Toyota Corolla Altis 2023 - dari RM 139k, pembaharuan untuk cabar Civic! 03

Satu lagi pembaharuan adalah pada pengecas nirwayar Qi yang mana model kali ini mendapat komponen klip bagi memegang peranti daripada bergerak.

Malaysia lancar Toyota Corolla Altis 2023 - dari RM 139k, pembaharuan untuk cabar Civic! 04

Malaysia lancar Toyota Corolla Altis 2023 - dari RM 139k, pembaharuan untuk cabar Civic! 05

Untuk infotainment, ia kekal dengan skrin 9-inci yang menyokong kamera 360-darjah dan Apple CarPlay/Android Auto tetapi masih bukan jenis nirwayar. Apapun, ia dikemaskini dengan grafik baru.

Trenkuasa

Malaysia lancar Toyota Corolla Altis 2023 - dari RM 139k, pembaharuan untuk cabar Civic! 06

Dari segi nadi, Corolla Altis 2023 kekal dengan enjin 1.8L NA 2ZR-FE yang menghasilkan 139 PS dan 172 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT 7-kelajuan. Untuk makluman anda, Toyota kali ini telah membuat olahan pada sistem intake Corolla Altis untuk mengurangkan bunyi enjin.

Keselamatan

Malaysia lancar Toyota Corolla Altis 2023 - dari RM 139k, pembaharuan untuk cabar Civic! 07

Corolla Altis 1.8 G untuk kali ini diperbaharui dengan ciri Rear Cross Traffic Alert (RCTA) tetapi dari segi ADAS Toyota Safety Sense (TSS), ia kekal dengan ciri seperti:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Steering Assist
  • Lane Trace Assist with Lane Departure Alert (LDA)
  • Automatic High Beam (AHB)

Malaysia lancar Toyota Corolla Altis 2023 - dari RM 139k, pembaharuan untuk cabar Civic! 08

Secara amnya, setiap pembelian datang dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan dan pelanggan ditawarkan dengan pilihan warna Calestite Gray Metallic, Red Mica Metallic, Platinum White Pearl MC, Attitude Black dan warna baru yang dikenal sebagai Metal Stream ME.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda