window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota lancar Corolla GR Sport di Malaysia, harga RM 152k untuk lawan Honda Civic RS!

Faisal · Aug 28, 2023 08:00 PM

Toyota lancar Corolla GR Sport di Malaysia, harga RM 152k untuk lawan Honda Civic RS! 01

UMW Toyota Motor (UMWT) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Toyota Corolla GR Sport ke pasaran Malaysia. Model GR Sport keempat selepas Vios GR Sport, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport ini ditawarkan pada harga RM 152,800 (CBU Thailand, harga di atas jalan OTR, tanpa insurans).

Eksterior

Toyota lancar Corolla GR Sport di Malaysia, harga RM 152k untuk lawan Honda Civic RS! 02

Untuk makluman anda, varian ini menyaksikan naik taraf sebanyak RM 5,000 dari varian 1.8 G. Sebagai model GR Sport, Corolla varian ini didatangi bampar dan skirting yang lebih agresif. Malah, gril depannya sendiri tampil dengan sentuhan sisik mesh dan terdapat emblem GR. Varian ini hadir dengan cermin sisi berkemasan hitam kilat dan melengkapi visual luar adalah rim dwi-tona 18-inci bersaiz 225/40 R18.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota lancar Corolla GR Sport di Malaysia, harga RM 152k untuk lawan Honda Civic RS! 01

Bercakap mengenai roda, Corolla GR Sport datang dengan suspensi GR Sport yang mana ia dicipta untuk pemanduan yang lebih mantap.

Interior

Toyota lancar Corolla GR Sport di Malaysia, harga RM 152k untuk lawan Honda Civic RS! 02

Masuk ke bahagian dalam, sentuhan unik pada Corolla GR Sport dapat dilihat melalui tempat duduk GR Sport yang menampilkan emblem GR dan jahitan merah.

Toyota lancar Corolla GR Sport di Malaysia, harga RM 152k untuk lawan Honda Civic RS! 03

Jahitan ini turut menghiasi bahagian kabin yang lain termasuk sentuhan emblem GR pada bahagian karpet.

Toyota lancar Corolla GR Sport di Malaysia, harga RM 152k untuk lawan Honda Civic RS! 04

Selain itu, sentuhan sporty pada varian ini dapat dilihat pada bahagian grafik kluster dan infotainment di mana ia menerapkan sentuhan warna merah.

Apapun dari segi trenkuasa ia kekal dengan nadi 1.8L NA 2ZR-FE yang menghasilkan 139 PS dan 172 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT 7-kelajuan.

Toyota lancar Corolla GR Sport di Malaysia, harga RM 152k untuk lawan Honda Civic RS! 05

Secara amnya, setiap pembelian lengkap dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan dan pelanggan ditawarkan dengan pilihan warna Red Mica Metallic, Platinum White Pearl MC dan Attitude Black.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda