![Mitsubishi Xpander 2020 'facelift' dilancarkan di Vietnam, bakal menjadi CKD 01]()
Mitsubishi Motors Vietnam (MMV) baru sahaja melancarkan Mitsubishi Xpander 2020 facelift di Vietnam. Bukan itu saja, mereka juga mempunyai rancangan untuk memasang MPV yang popular di Binh Duong (hanya satu jam perjalanan dari Bandar Ho Chi Minh) sebagai pemasangan tempatan (CKD) mulai bulan Ogos 2020.
![Mitsubishi Xpander 2020 'facelift' dilancarkan di Vietnam, bakal menjadi CKD 02]()
Tidak banyak yang berubah pada Xpander facelift ini, hanya sedikit perubahan yang kebanyakannya adalah kosmetik seperti gril depan baru, roda baru dan antena sirip jerung. Mitsubishi juga telah menaik taraf lampu depan ke LED.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
![Mitsubishi Xpander 2020 'facelift' dilancarkan di Vietnam, bakal menjadi CKD 01]()
Di bahagian dalam, Xpander mendapat pelapis kulit hitam baru dan sistem infotainment skrin sentuh baru dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.
![Mitsubishi Xpander 2020 'facelift' dilancarkan di Vietnam, bakal menjadi CKD 02]()
Enjin MIVEC 1.5 liter aspirasi natural yang menghasilkan 105 PS dan 141 Nm dipasangkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan tetap tidak berubah.
![Mitsubishi Xpander 2020 'facelift' dilancarkan di Vietnam, bakal menjadi CKD 03]()
Seperkara lagi, tidak ada peningkatan yang dibuat di bahagian sistem keselamatan untuk Xpander juga. Ini bermakna Xpander kekal dengan 2 beg udara dan sistem keselamatan asas seperti ABS dan EBD.
![Mitsubishi Xpander 2020 'facelift' dilancarkan di Vietnam, bakal menjadi CKD 04]()
Buat masa ini, MMV hanya mempunyai rancangan untuk varian Xpander automatik CKD 4-kelajuan di kilang Binh Duong, sementara Xpander manual masih akan diimport (CBU) dari Indonesia.
![Mitsubishi Xpander 2020 'facelift' dilancarkan di Vietnam, bakal menjadi CKD 05]()
Di sini pula, Mitsubishi Motors Malaysia akan melancarkan Xpander facelift secepat mungkin. Tempoh hari itupun imej sebuah Xpander hitam telah tular di laman sosial. Sebenarnya perbincangan untuk melancarkan kereta itu dimulakan pada tahun 2019, tetapi ia terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });