window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia?

Haris · Aug 13, 2020 07:00 PM

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia? 01

Secara jujurnya, Nissan Almera yang ada pada jalan raya sekarang bukanlah sebuah model yang boleh dibanggakan oleh ETCM. Model ini dilihat sekadar sebuah kenderaan yang sesuai untuk bergerak dari titik A ke titik B tanpa sebarang ciri-ciri yang menonjol.

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penawaran hanya 2 beg udara dan rekaan yang langsung tak menarik membawa kepada sentimen-sentimen yang tidak baik untuk dibincangkan. Model generasi ke 3 ini sememangnya kalah dalam persaingan Honda City dan Toyota Vios yang jauh lebih mantap.

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia? 01

Namun begitu, terdapat sinar harapan bagi model generasi ke 4 Nissan Almera 2020. Jika ia ditawarkan dengan harga yang kompetitif, pasti imej dan keuntungan ETCM akan menerima tempiasnya. Beberapa imej intipan yang tular di laman sosial juga mengujakan pembeli yang berpotensi. 

Nissan Almera 2020 generasi ke 4 membuat penampilan pertama secara global di New York pada April 2019 sebelum tiba di rantau ASEAN pada akhir 2019 - khususnya di Thailand.

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia? 02

Berbanding dengan model generasi sebelum ini, Nissan Almera 2020 generasi ke 4 serba baru didatangkan dengan setiap aspek yang dipertingkat dalam kenderaan ini.

Bermula dengan reka bentuk, Nissan Almera 2020 generasi ke 4 serba baru cukup menyerlah. Terima kasih kepada rekaan hadapan V-Motion yang diperbaharui, Almera serba baru kelihatan seperti Nissan Sylphy atau Nissan Teana versi mini.

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia? 03

Rata-rata warganet banyak yang memuji rekaan terbaru , Nissan Almera 2020 generasi ke 4 ini. Walaupun ada yang kurang berminat dengan rekaan ini, kita harus mengakui bahawa rekaan generasi ke 4 ini jauh lebih menarik berbanding rekaan generasi lama.

Selalu dibandingkan dengan Honda City (juga telah dilancarkan di Thailand), kami merasakan Nissan Almera memberi rekaan yang lebih tenang berbanding Honda City. Selain itu, Nissan Almera 2020 generasi ke 4 menerima tambahan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia? 04

Nissan Almera 2020 generasi ke 4 di pasaran Thailand menawarkan hingga enam beg udara, kawalan kestabilan, dan juga sistem bantuan pemandu (ADAS). Bahkan, tiada tawaran ADAS pada Honda City!

Rombakan yang dilakukan terhadap rekaan dalaman juga harus diberi pujian dan sememangnya jauh lebih menarik berbanding rekaan terdahulu.

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia? 05

Kami mendapati bahawa bahagian dalaman Nissan Almera yang baru benar-benar terasa lebih mewah daripada Honda City serba baru. Model baharu ini menawarkan plastik berkualiti dan bahan sentuhan lembut di bahagian tengah papan pemuka dan panel pintu.

Tidak seperti Honda City spesifikasi Thailand, Nissan Almera tidak mempunyai penyandar tangan di tengah untuk penumpang belakang dan kusyen kepala yang tidak boleh dilaras. Adakah ini akan menjadi isu buat anda?

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia? 06

Jika anda seorang yang agak tinggi mungkin anda akan mendapati Nissan Almera baharu kurang selesa berbanding model sekarang. Hal ini kerana anda tidak dapat meletakkan kaki di bawah tempat duduk pemandu. Model sekarang membenarkan anda untuk meletakkan kaki pada posisi tersebut.

Nissan Almera berkemungkinan menjadi titik tolak untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia. Nasib Nissan di Malaysia mungkin berubah dengan kehadiran model ini.

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia? 07

Di Malaysia, beberapa gambar intipan Nissan Almera telah pun tular dalam laman-laman kandungan automotif. Nampaknya, ETCM sememangnya sedang berusaha sedaya upaya untuk menggembar-gemburkan kehadiran Nissan Almera ini.

Spesifikasi yang akan diterima oleh Malaysia adalah enjin 1.0 liter turbo. Tawaran enjin ini sahaja mungkin akan memberikan nilai dalam jangka masa panjang buat rakyat Malaysia yang sensitif dengan harga. Apatah lagi, enjin bersesaran kecil ini hanya perlu membayar jumlah yang kecil untuk cukai jalan.

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia? 08

ETCM nampaknya sedang berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan mutu produk mereka. Mereka menambah bilangan beg udara Nissan Serena dan Nissan X-Trail kepada 6 daripada 2 beg udara sahaja.

Oleh itu, sinar harapan Nissan mungkin terletak kepada bagaimana Nissan Almera dipasarkan. Rekaan yang menarik, kelengkapan yang bagus serta tren kuasa yang lain dari yang lain menjadikan Nissan Almera 2020 generasi ke 4 ini mampu menjadi titik tolak kepada keadaan yang lebih baik kepada ETCM.

Nissan Almera 2020 bakal mengubah nasib Nissan di Malaysia? 09

Sedan segmen B sememangnya sebuah kategori yang padat dengan saingan. Namun jika strategi pemasarannya betul, tak dinafikan Nissan Almera boleh menunjukkan taring mereka dalam segmen pasaran terbesar di Malaysia ini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda