window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi?

Haris · Oct 19, 2020 08:00 PM

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 01

Perodua Axia

Perodua Axia terkenal sebagai kereta tahap pengenalan atau senang kata, paling murah di Malaysia. Sebagai pewaris legasi Perodua Kancil dan Perodua Viva, Perodua Axia menjadi kegemaran rakyat Malaysia sambil memacu penjualan Perodua ke tahap yang sangat memberansangkan.

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 02

Hatchback segmen A kegemaran ramai ini sesuai untuk golongan yang baru memulakan hidup seperti graduan, pelajar sarjana malah sesiapa sahaja yang sekadar mahu berulang alik ke tempat kerja. Oleh yang demikian, selepas golongan seperti ini maju dalam kehidupan, mereka akan beralih ke kenderaan yang lebih baik setaraf dengan status sosial mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 01

Untuk itu, Perodua Axia sememangnya mudah ditemui secara terpakai. Namun adakah berbaloi untuk membeli kereta paling murah secara terpakai? Ini adalah panduan paling sesuai untuk anda!

Generasi Perodua Axia

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 02

Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2014, Perodua Axia generasi pertama hadir dengan 4 varian dengan 2 pilihan transmisi. Berikut adalah varian Perodua Axia 2014:

  • Standard E (manual) 
  • Standard G (manual)
  • Standard G (automatik)
  • Special Edition (manual)
  • Special Edition (automatik)
  • Advance (automatik)

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 03

Pada tahun 2017, Perodua Axia facelift dilancarkan dengan rekaan baharu dan sedikit talaan enjin (kini dengan VVT-i). Pilihan varian dan transmisi dikekalkan dengan kemaskini harga yang sedikit meningkat tetapi masih mampu milik.

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 04

Generasi ke 3 Perodua Axia hadir pada tahun 2019. Kemaskini yang diberikan adalah rekaan yang lebih garang dengan tambahan kelengkapan dan fungsi terkini. Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) Perodua atau lebih dikenali sebagai Perodua ASA turut dilengkapi pada kesemua varian kecuali varian ‘kosong’.

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 05

Untuk generasi ke 3 ini, sedikit pembaharuan diberikan dengan pilihan manual digugurkan kecuali pada varian ‘kosong’ dan Perodua Axia Style. Apa kelebihan Perodua Axia Style? Ikuti rebiu kami di sini. Berikut adalah varian Perodua Axia 2019:

  • Standard E (manual) 
  • Standard G (automatik)
  • Standard GXtra (automatik)
  • Style (automatik)
  • Special Edition (automatik)
  • Advance (automatik)

Masalah Perodua Axia

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 06

Secara umumnya, Perodua Axia kurang memberikan banyak masalah-masalah teknikal. Pastikan anda memeriksa atau menukar terus engine mounting selepas 120,000 km jarak perbatuan. Gegaran pada bahagian pintu dijangkakan selepas mencapai jarak perbatuan 100,000 km.

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 07

Masalah yang selalu ditimbulkan adalah penyaman udara yang kurang sejuk (bagi mereka yang terbiasa dengan kereta Proton), kendalian pemanduan yang kurang enak dan sistem penebat bunyi yang sesuai pada harganya. Selain itu, terdapat juga masalah tingkap kuasa yang berbunyi mencicit (squeaky).

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 08

Walaubagaimanapun, jika anda boleh menerima kesemua kekurangan tersebut, Perodua Axia sememangnya terbaik untuk anda. Lagi-lagi, pada harganya.

Tinjauan pasaran terpakai

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 09

Untuk aspek ini, kami akan memberi fokus kepada varian G automatik dan GXtra (untuk tahun 2019) yang lebih realistik dan lebih banyak dibeli oleh pengguna. Varian SE dan Advance yang lebih atas juga boleh dikatakan mengikut panduan praktikal ini.

Generasi Model

Harga Baru

Julat Harga Terpakai

Purata Penurunan Harga Tahunan

2014

RM 33,200

~ RM 26,000

3.6%

2017

RM 36,900

~ RM 29,000

5.4%

2019

RM 34,990

~ RM 30,000

8.7%

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 10

Jika anda tertanya-tanya mengapa Perodua mampu menurunkan harga pada varian GXtra pada tahun 2019, anda harus berterima kasih kepada kehadiran Proton Saga 2019 yang memaksa Perodua mengemaskini harga menjadi lebih relevan. Persaingan sihat dalam industri akan menguntungkan anda.

Kos penyelenggaraan

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 11

Kos penyelenggaraan Perodua Axia bermula pada tempoh 6 bulan atau jarak perbatuan 10,000 km. Sebagai rujukan, kos penyelenggaraan yang perlu disambung oleh pembeli baru adalah seperti yang tertera. Untuk lebih maklumat mengenai kos penyelenggaraan Perodua Axia, sila ikuti artikel ini.

Kesimpulan

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 12

Ia adalah sebuah Perodua, harga bagi model terpakai jenama ini sememangnya boleh tahan dan sukar jatuh. Perodua Axia masih mengekalkan 86% harganya selepas 2 tahun dan sekitar 78% harga belian baru selepas 6 tahun.

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 13

Jika anda mahukan sebuah Perodua Axia pada harga yang paling berbaloi, sudah tentulah Perodua Axia terkini yang baru berusia 2 tahun adalah pilihan terbaik anda. Jika anda mahu mencari yang paling murah, itu tertakluk pada bajet anda. Saranan kami adalah untuk mencari sekurang-kurangnya varian G kerana ia merupakan varian paling berbaloi.

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi? 14

Perodua Axia 2019 sememangnya sebuah kereta yang sangat berbaloi untuk dimiliki secara keseluruhan. Kelebihan Perodua Axia sudah tentulah aspek penjimatan minyak. Hal ini penting kerana jika aspek ekonomi belum kukuh, kereta yang kuat makan minyak akan mengehadkan mobiliti anda. Anda mahu alang membeli, menang memakai. Takkan nak beli kereta tapi tak mampu gerak?

Perodua Axia gallery

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda