window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Produksi Proton Iriz 2021 dan Iriz Active sudah bermula?

Faisal · Dec 23, 2020 07:00 PM

Produksi Proton Iriz 2021 dan Iriz Active sudah bermula? 01

Berdasarkan sumber yang sahih, kita akan menyaksikan pelancaran Proton Iriz 2021 dan Iriz Active tidak lama lagi. Menurut The Ajerul, produksi buat hatchback segmen B ini sudah dimulakan.

Produksi Proton Iriz 2021 dan Iriz Active sudah bermula? 02

Menariknya, terdapat juga perkhabaran mengenai 2 pilihan warna yang baru iaitu Passion Red dan Citric Orange. Untuk maklumat anda, kedua-dua warna ini turut didatangkan pada Proton X50.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Produksi Proton Iriz 2021 dan Iriz Active sudah bermula? 01

Walaupun warna Ruby Red sudah ada pada Iriz sekarang, Proton mahukan warna yang lebih terang buat Iriz 2021.

Produksi Proton Iriz 2021 dan Iriz Active sudah bermula? 02

Imej: The Ajerul

Pada masa yang sama, acah Iriz 2021 dengan warna Citrus Orange pada gambar The Ajerul ini nampak cukup serasi. Malah ia seakan-akan seperti warna oren pada Perodua Axia Style.

Produksi Proton Iriz 2021 dan Iriz Active sudah bermula? 03

Kredit

Bercakap mengenai Axia Style, Iriz 2021 bakal hadir dengan varian crossover (mungkin dikenali sebagai Iriz Active). Varian ini dijangka hadir dengan rel bumbung dan lapisan plastik di bahagian fender.

Kami pernah melaporkan beberapa spyshot mengenai Iriz Active. Dengan Axia Style yang banyak kelihatan di jalan raya sekarang, Iriz Active juga berpotensi untuk laku seperti goreng pisang panas.

Produksi Proton Iriz 2021 dan Iriz Active sudah bermula? 04

Transmisi automatik 4 kelajuan pada Proton Saga

Proton Iriz 2021 juga dijangka menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan seperti yang terdapat pada Proton Saga. Kini tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada transmisi CVT yang cukup dibenci.

Produksi Proton Iriz 2021 dan Iriz Active sudah bermula? 05

Terdapat banyak pelancaran menarik yang menanti kita pada tahun 2021. Sementara itu, kami ada butiran lanjut mengenai Iriz 2021 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Untuk anda yang nantikan Persona 2021 pula, ikuti bacaan ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda