window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu?

Zamil Syaheer · May 5, 2021 09:00 AM

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 01

Pada mana yang tertanya-tanya, Proton memang ingin mengeksport Proton X70 ke rantau ASEAN yang lebih besar. Tetapi setakat ini, mereka hanya berjaya mengeksport Proton X70 ke Pakistan dan Bangladesh sahaja.

Lagipun, Proton telah memulakan pembangunan sistem infotainment GKUI versi bahasa Thailand dengan Proton X70.

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun Proton X70 mendapat sambutan yang baik dari Pakistan dan Bangladesh, ianya tidak semudah itu untuk memasuki pasaran ASEAN yang lain atas beberapa faktor.

Juga baca: Proton X70 sudah tiba di Pakistan! Enjin lebih kecil, 1.5L seperti X50

Indonesia adalah pasaran terbesar di rantau, tetapi…

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 01

Ambil contoh Indonesia, pasaran kereta terbesar di rantau ini. Proton bakal menghadapi kesukaran untuk menyakinkan pembeli di sana untuk memilik X70.

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 02

Tak kisahlah satu ketika dahulu Proton meninggalkan pasaran Indonesia sana pada pertengahan tahun 2000an, kerana terdapat pelbagai jenis peraturan dan percaturan politik yang perlu “dibersihkan” oleh Proton sebelum Proton X70 dapat sampai ke Nusantara.

Seperti Malaysia, Indonesia juga melindungi pasaran domestiknya sendiri. Walaupun Indonesia tidak mempunyai jenama kereta domestik, kerajaan mereka sangat melindungi industri pembuatan tempatan mereka. Lihat saja polisi automotif mereka.

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 03

Sekiranya dan ketika Proton X70 mulai dijual di Indonesia, ia akan kehilangan insentif percukaiannya dan akan dijual dengan harga lebih dekat dengan Honda CR-V.

Dalam usaha melindungi industri automotif tempatan, Indonesia meletakkan had import kenderaan kira-kira 100,000 unit setiap tahun -  mirip dengan sistem Approved Permit (AP) di Malaysia.

Dengan adanya had pengimportan, Proton tidak boleh meletakkan harapan yang tinggi, sama seperti yang Perodua Myvi (dijual sebagai Daihatsu Sirion di sana). Setiap tahun, kerajaan Indonesia menghadkan import Sirion sekitar 3,000 unit sahaja setahun.

Juga baca: Perodua Myvi dianugerahkan kereta bandar terbaik oleh Gen-Z di Indonesia!

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 04

Sekalipun kita ketepikan hal politik, Proton X70 bukanlah sebuah kereta yang ramai pembeli Indonesia inginkan. Diantara SUV lima atau tujuh tempat duduk, ramai lagi akan memilih tujuh tempat duduk. Sebab itu MPV adalah raja di Indonesia.

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 05

Takhta SUV terlaris di Indonesia seringkali bertukar antara Honda CR-V dan Wuling Almaz. Bercakap tentang Wuling Almaz, ia sebenarnya adalah model SUV ‘rebadge’, mengambil asas daripada Baojun 530. Wuling Almaz mula dijual di Indonesia pada tahun 2019 dan sejak itu ia penjualannya kian menaik.

Juga baca: Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia - SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k!

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 06

Tanpa insentif cukai yang dinikmati oleh Proton X70 di tanah air, harganya akan berada setaraf dengan Honda CR-V di luar Malaysia. Antara Honda CR-V dan Proton X70, mestilah mereka akan memilih Honda.

Tetapi itu hanya Indonesia. Walaupun Proton ada menyuarakan niat mereka untuk memasuki pasaran itu pada tahun 2019, sejak itu belum ada pengumuman lanjutan dari syarikat itu.

Tetapi Proton X70 dilihat di Thailand

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 07

Beberapa minggu yang lalu, Proton X70 (dan X50) muncul di Thailand, memicu desas-desus bahawa Proton sedang bersiap sedia untuk melancarkan SUV segmen C ini disana.

Juga baca: Spyshot: Proton X70 diintip di Thailand, lancar dengan X50 sekaligus?

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 08

Seperti Indonesia, Thailand melindungi industri automotif tempatannya dengan mengenakan duti import dan eksais tinggi pada kereta import, sementara kereta buatan tempatan mendapat potongan harga.

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 09

Seperti Proton X70 di Malaysia, MG HS 'tapau' pasaran SUV di Thailand.

Sebagai kereta yang diimport, Proton X70 tidak dapat dijual dengan harga yang kompetitif berbanding MG HS buatan Thailand, produk China oleh SAIC.

Walaupun jualan Proton X70 begitu laris di Malaysia, hal yang sama tidak dapat dikatakan untuk pasaran Thailand. Ini kerana pengguna Thailand tidak mungkin melihat Proton X70 yang diimport sebagai produk yang lebih unggul daripada MG HS yang sesuai dengan etanol E85. Malah ianya juga yang lebih murah.

Selain peraturan, terdapat banyak pesaing lain di pasaran

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 10

Spesifikasi China.

Belum lagi pesaing seperti Haval H6 muncul. Ketika Great Wall Motors (GWM) mengumumkan rancangan mereka untuk menjadikan Thailand sebagai hab utama di rantau ASEAN, mereka juga ingin memperkenalkan Haval H6.

Berbanding dengan Proton X70, Haval H6 adalah produk yang jauh lebih baru, kerana ia dilancarkan di China pada tahun 2020.

Juga baca: Great Wall Motors (GWM) kini di Thailand, CKD Haval H6 2021, termasuk 8 model baru!

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 11

Selain rupa yang macho dan lebih bergaya, Haval H6 menawarkan kabin yang direka lebih baik, dan sistem infotainment yang sentiasa dikemaskini telah memenangi hati peminat, menjadikannya SUV terlaris di China, jauh di depan Geely Boyue (Proton X70).

Juga baca: Kenapa Haval H6 terjual 54 ribu unit lebih banyak daripada Geely Bo Yue (Proton X70) di China?

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 12

Nak tahu berapa jumlahnya? Pada tahun 2020, GWM telah menjual 376,864 unit Haval H6 di China. Geely Boyue? 240,811 unit sahaja. Jauh beza tu.

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 13

Malah, ketika kami diberi peluang untuk melihat Haval H6 secara dekat baru-baru ini, kabinnya terasa amat premium berbanding Proton X70. Kualiti binaan kukuh dan titik sentuhan terasa baik.

Juga baca: Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V!

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 14

Melihat bahawa Haval H6 akan dipasang secara tempatan di kilang GWM di Rayong, ia akan mendapat kelebihan harga berbanding Proton X70 yang diimport (CBU). Oleh itu, Haval H6 harus menentang MG HS - SUV terlaris di Thailand pada tahun 2020.

Juga baca: SUV No.1 di China, Haval H6 bakal tembus pasaran Malaysia. Proton X70 boleh tergugat?

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 15

Selain daripada Malaysia itu sendiri, Proton X70 tidak mungkin akan dijual dengan begitu banyak di rantau ASEAN. Lagipun, populariti Proton X70 di Malaysia adalah semata-mata kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding mana-mana pesaingnya. Cuba kalau harganya mahal, mesti ianya tidak akan selaku ini.

Pembeli di Indonesia lebih cenderung dengan Wuling Almaz dan Honda CR-V, sementara mereka di Thailand mempunyai MG HS dan Haval H6 yang akan datang untuk dipilih.

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu? 16

Adakah bermakna Proton X70 akan gagal apabila ianya dieskport? Tidak juga, kerana akan ada beberapa pembeli yang ingin menonjol dari orang lain. Cuma Proton tidak boleh menjangkakan X70 akan mencapai tahap penjualan yang sama seperti di Malaysia.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda