window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X70 diuji sehingga ketinggian 3.1 km dari paras laut?

Faisal · Dec 15, 2020 12:00 PM

Proton X70 diuji sehingga ketinggian 3.1 km dari paras laut? 01

Menyeksakan bukan? Itulah yang Proton lakukan untuk menguji ketahanan Proton X70 sebelum ia dilancarkan di Pakistan pada 18 Disember ini. Menurut Proton, ujian yang melalui kawasan pergunungan dan cuaca yang sangat sejuk di Pakistan telah dimulakan sejak 2 Februari 2020 sehingga 17 Julai yang lalu.

Malah ujian yang dilakukan sejauh 50,000 km ini telah membawa Proton X70 sehingga ke kawasan pergunungan yang berketinggian 3,118 meter dari paras laut. Pada masa yang sama, Proton X70 diuji dalam persekitaran yang kritikal. Antaranya ialah dalam keadaan salji dengan suhu serendah -10 °C dan laluan gurun dengan suhu setinggi 52 °C.

Proton X70 diuji sehingga ketinggian 3.1 km dari paras laut? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk maklumat anda, Proton X70 akan dilancarkan di Pakistan sebagai model CBU dengan enjin 1.5L turbo 3-silinder yang sama seperti Proton X50. Enjin yang lebih kecil ini bertujuan untuk memasarkan Proton X70 dengan harga yang lebih menarik. Menariknya, enjin ini berupaya mencecah kelajuan tertinggi pada 205 km/j ketika diuji di sana.

Proton X70 diuji sehingga ketinggian 3.1 km dari paras laut? 01

Mengenai pelancarannya di Pakistan, pembeli bakal ditawarkan dengan dua varian iaitu Executive AWD dan Premium 2WD. Spesifikasi kedua-dua varian tersebut dijangka sama seperti yang ditawarkan di Malaysia.

Proton X70 diuji sehingga ketinggian 3.1 km dari paras laut? 02

Pada masa yang sama, kesemua model Proton yang dijual di Pakistan akan hadir dengan jaminan selama 5-tahun/150,000 km. Untuk pengetahuan anda, tawaran jaminan sebegini adalah yang pertama buat industri automotif di Pakistan.

Proton X70 diuji sehingga ketinggian 3.1 km dari paras laut? 03

Operasi pemasangan Proton X70 secara tempatan pula dijangka bermula selewat-lewatnya pada Jun 2021.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda