window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah!

Haris · Jul 16, 2020 01:00 PM

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 01

Di US, Toyota Camry merupakan antara sedan paling laris sepanjang 18 tahun berturut-turut. Oleh disebabkan itu, Toyota ternyata mahu mengekalkan prestasi penjualan tersebut dengan pengenalan facelift terbaru untuk Toyota Camry ini.

Toyota USA baru sahaja melancarkan facelift Toyota Camry 2021 yang baru, kira-kira tiga tahun selepas model ini dilancarkan. Facelift ini memperolehi bahagian depan dengan rekaan baru dan tambahan ciri-ciri bahagian dalam.

Rekaan luar

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 01

Rekaan luar Toyota Camry ini dilihat menghampiri rekaan Toyota Avalon yang ditawarkan untuk pasaran mewah. Seperti biasa, model pasaran mewah memang terkenal dengan gril yang lebih besar

 

Gril pada bahagian bawah yang sebelum ini memisahkan salur masuk udara di bahagian sisi dengan tengah kini dicantumkan. Rekaan yang kemas ini ditambah pula dengan sisipan jalur udara melintang sepanjang gril.

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 02

Untuk pengetahuan anda, model LE dan XLE adalah rujukan terbaik untuk rekaan yang akan datang ke pasaran Asia Tenggara.

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 03

Bagi bahagian tayar pula, rim 17 atau 18 inci dengan rekaan terbaru melengkapkan lagi keseluruhan rupa Toyota Camry yang mewah ini.

Untuk bahagian belakang pula, tiada apa yang berubah.

Bahagian dalaman

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 04

Penambahan terbesar Toyota Camry ini datang pada bahagian dalam. Toyota Camry kini mempunyai sistem infotainment terapung yang hadir dengan saiz 7 atau 9 inci.

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 05

Seiring dengan kemaskini model-model Toyota, sudah tentulah Toyota Camry ini didatangkan dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 06

Untuk meningkatkan lagi ciri mewah pada Toyota Camry ini, kemasan dalaman juga hadir dengan pilihan kayu gelap atau besi dengan rekaan bercorak mengikut varian.

Ciri keselamatan

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 07

Toyota Camry facelift 2021 ini bakal ditawarkan dengan suite keselamatan Toyota Safety Sense 2.5+ (TSS 2.5+) sebagai Sistem Bantuan Pemandu.

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 08

Berdasarkan kenyataan Toyota, penambahbaikan terbesar pada Toyota Camry adalah sistem Amaran Pra Pelanggaran yang boleh mengesan pejalan kaki. Selain itu, suite keselamatan TSS 2.5+ mempunyai ciri seperti berikut:

  • Full-Speed Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)

  • Lane Departure Alert (LDA)

  • Lane Tracing Assist (LTA)

  • Automatic High Beams (AHB)

  • Road Sign Assist (RSA)

  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

  • Blind Spot Monitor (BSM)

Tren kuasa

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 09

Toyota Camry ditawarkan dengan enjin Dynamic Force. Berikut adalah spesifikasinya:

  • 2.5-liter, 4 silinder petrol: 205 PS, 252 Nm

  • 3.5-litre, V6 petrol: 305 PS, 362 Nm

  • 2.5-litre, 4 silinder hibrid: 210 PS gabungan kuasa hibrid

Pelancaran untuk pasaran Malaysia

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 10

Toyota memulakan pengeluaran Camry generasi XV70 untuk pasaran US pada bulan Jun 2017. Model itu diperkenalkan di Thailand pada bulan Oktober 2018.

Justeru itu, sela masa untuk pelancaran tempatan turut mengikut jarak masa itu atau lebih pendek lagi.

Toyota Camry facelift 2021 dipertontonkan. Tambahan ciri dengan rekaan gril lebih mewah! 11

Kita akan mengikuti perkembangan Toyota Camry melalui media Thailand kerana Toyota Camry dieksport oleh kilang di Thailand.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda