window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat?

Faisal · Feb 17, 2022 09:00 PM

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 01

  • Harga dari RM 199,109.50
  • Diperbaharui dengan nadi Dynamic Force & transmisi automatik 8 kelajuan
  • Kini ada Apple CarPlay & Android Auto

UMW Toyota sebentar tadi baru sahaja melancarkan Toyota Camry 2.5 V facelift 2022. Model yang masih diimport (CBU) dari Thailand ini ditawarkan pada RM 199,109.50 (harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk diskaun SST sebanyak 50% sehinga 30 Jun 2022).

Perbezaan harga Toyota Camry facelift & sebelum facelift
Model Harga
2.5 V RM 188,763
2.5 V RM 199,109.50

Eksterior

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 02

Pada bahagian luar, Camry facelift menampilkan gril bampar depan yang lebih moden dimana ia lengkap dengan elemen krom dan hitam kilat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 01

RIm dwi-tona dengan tayar Bridgestone Turanza T005A yang bersaiz 235/45/R18.

Imej facelift pada Toyota Camry juga ditonjolkan dengan rim 18 inci baru jenis dwi-tona.

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 02

Pada bahagian belakang, sedan segmen D terbaru ini dikemaskini dengan aksen gelap pada grafik lampu belakang.

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 03

Di samping itu, ciri keyless entry yang hanya ada pada pintu pemandu sebelum ini telah dinaik taraf yang mana pintu penumpang depan juga boleh mendapat akses tanpa kunci.

Interior

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 04

Beralih ke bahagian dalam, pembaharuan yang diterapkan adalah lebih ketara dimana Camry facelift menghadirkan skrin infotainment 9 inci jenis terapung (meningkat daripada 8 inci sebelum ini). Tidak cukup dengan itu, ia datang sekali dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 05

Bercakap mengenai skrin, Camry facelift turut dikemaskini dengan ciri kamera 360 darjah.

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 06

Dari segi estetik, trim pada bahagian papan pemuka, konsol tengah dan pintu turut diperbaharui dengan paten dan tekstur yang lebih moden dan lebih sedap untuk disentuh.

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 07

Untuk kali ini, perehat kepala di tempat duduk belakang juga dinaik taraf.

Beralih ke tempat duduk belakang, Camry facelift menawarkan ciri larasan sudut sandar sehingga 8 darjah yang mana penumpang atau bos boleh mengubah suai dengan menekan butang sesentuh pada tempat merehat tangan. Bahagian kawalan ini juga boleh melaras sistem audio dan pelindung sinaran matahari belakang.

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 08

Melengkapi ciri ala kereta limosin pada Camry facelift adalah penyaman udara 3-zon.

Trenkuasa

Kemudian, tibalah kita ke berita yang paling dinanti-nantikan iaitu nadi yang dipadankan pada Toyota Camry facelift. Akhirnya, enjin 2AR-FE 2.5L Dual VVT-i dan transmisi automatik 6 kelajuan Super ECT yang telah berkhidmat di pasaran Malaysia sejak Camry tahun 2012 lagi sudah ditamatkan.

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 09

Menggantinya adalah kombo enjin direct-injection A25A-FKS 2.5L Dynamic Force yang menghembuskan 209 PS (+25 PS) dan 253 Nm tork (+18 Nm). Sebagai perbandingan, Honda Accord hanya mempunyai 201 PS.

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 10

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 11

Enjin moden ini dipadankan dengan transmisi automatik Direct Shift 8 kelajuan dan buat pertama kalinya, Camry hadir dengan ciri paddle shifter dan pilihan mod memandu yang terdiri daripada Eco, Normal dan Sport.

Ciri keselamatan

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 12

Berkenaan aspek keselamatan, Camry facelift diperbaharui dengan sistem ADAS Toyota Safety Sense (TSS) terkini yang merangkumi ciri:

  • Dynamic Radar Cruise Control – (+ Stop & Go, Low Speed Follow, Turn signal-linked control, Curve Speed Reduction)
  • Pre Collision System – (+ Pedestrian & Cyclist Detection)
  • Lane Departure Alert & Lane Keeping Assist – (+ Lane Tracing Assist)
  • + Rear Cross Traffic Alert Brake & Intelligent Clearance Sonar

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 13

Untuk kali ini, Toyota Camry ditawarkan dengan Vehicle Telematic System (VTS) dimana ia mempunyai fungsi yang mana pemilik boleh mengetahui kedudukan dan status kenderaan secara langsung. 

Toyota Camry facelift 2022 dilancar di Malaysia - RM 199k, enjin Dynamic Force, 8AT, Accord tergugat? 14

Pelanggan yang berminat bolehlah ke bilik pameran Toyota yang berdekatan untuk menikmati jentera "Exquisite Dominance Unleashed" ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda