window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Malaysia bakal lancarkan kereta baharu 27 Sept ini, hanya beritahu 'model senyap'?

Haris · Sep 20, 2021 02:00 PM

Toyota Malaysia bakal lancarkan kereta baharu 27 Sept ini, hanya beritahu 'model senyap'? 01

UMW Toyota Motor (UMWT) akan memperkenalkan model baru di Malaysia pada 27-September 2021 nanti. Tiada sebarang model yang diberitahu namun beberapa petunjuk awal memberi petanda kepada model hibrid.

Untuk itu Toyota memetik, "Semalam adalah sejarah, esok adalah misteri, dan hari ini adalah anugerah". UMW Toyota Motor (UMWT) ingin menjemput semua warga Malaysia ke masa hadapan dengan memberikan mereka peluang merasai teknologi futuristik, hari ini.

Toyota Malaysia bakal lancarkan kereta baharu 27 Sept ini, hanya beritahu 'model senyap'? 02

UMWT hanya menawarkan dua varian petrol untuk Corolla Cross: 1.8G dan 1.8V

Sebelum ini, khabar angin mengenai model hibrid ini telah tersebar luas namun kali ini ia lebih kukuh. Dalam siaran media yang diberikan, UMW Toyota hanya memberi petanda akan menawarkan 'model senyap'; suatu terma yang jarang digambarkan untuk model-model konvensional.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Corolla Cross Hybrid bakal tiba, UMW Toyota labur RM 270 juta untuk produksi hibrid CKD

Toyota Malaysia bakal lancarkan kereta baharu 27 Sept ini, hanya beritahu 'model senyap'? 01

Toyota Corolla Cross Hybrid pasaran Thailand

UMW Toyota juga sebelum ini telah dilaporkan 'sangat komited' untuk mencapai pelepasan karbon sifar menjelang tahun 2050. Untuk merealisasikan hasrat ini, UMWT akan melabur sebanyak RM 270 juta untuk menyiapkan segala komponen yang berkaitan dengan produksi kereta hibrid di kilang pemasangan Bukit Raja, Klang.

Toyota Malaysia bakal lancarkan kereta baharu 27 Sept ini, hanya beritahu 'model senyap'? 02

Antara calon yang sangat munasabah untuk UMW Toyota Malaysia bawakan dengan trenkuasa hibrid adalah model SUV terbaru, Toyota Corolla Cross. Untuk pengetahuan, model Toyota Corolla Cross hibrid sangat laris di Thailand yang telah tampil dengan polisi kenderaan mesra alam yang lebih mapan.

Baca: Malaysia kata “hibrid cepat rosak” tapi 85% daripada Corolla Cross di Thailand adalah hibrid

Toyota Malaysia bakal lancarkan kereta baharu 27 Sept ini, hanya beritahu 'model senyap'? 03

Bukan itu sahaja, sambutan yang sangat menggalakkan menyaksikan Toyota Corolla Cross CBU (penjualan CBU Thailand terlebih dahulu atas sebab-sebab tertentu) menerima sambutan hangat oleh pembeli di Malaysia.

Projek Toyota Corolla Cross CKD pemasangan tempatan pula dijangka akan mula pada hujung tahun 2021, bergantung kepada situasi Covid-19 negara.

Toyota Malaysia bakal lancarkan kereta baharu 27 Sept ini, hanya beritahu 'model senyap'? 04

Sebagai rujukan, Toyota Corolla Cross (ketika ini) dijana oleh enjin petrol 1.8 liter aspirasi semula jadi (139 PS, 172 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT, justeru perbezaan 2 varian SUV ini tertumpu pada ciri kelengkapan.

Antaranya, varian paling atas menambah lampu depan Bi-LED automatik, lampu belakang LED, roda aloi 18-inci yang lebih besar, dan yang paling penting, ADAS Toyota Safety Sense (TSS).

Toyota Malaysia bakal lancarkan kereta baharu 27 Sept ini, hanya beritahu 'model senyap'? 05

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata komitmen Toyota tidak hanya terhad kepada industri automtotif semata-mata, dan ia sebuah usaha yang akan melibatkan semua pihak berkepentingan sekiranya matlamat itu ingin dicapai dengan jayanya, melangkaui sekadar pengilangan dan pemasangan kenderaan.

"Adanya kemungkinan hari esok pada hari ini akan mengubah ekonomi dan landskap sosial Malaysia. Jalan ke depan adalah dengan memberi komitmen dan terus bergerak, walaupun itu
bermaksud untuk mengunjur sempadan dan mencabar cara lama."

Nantikan pengumuman seterusnya menerusi laman web UMW Toyota di www.toyota.com.my atau di laman media sosial Facebook dan Instagram untuk perincian lanjut.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda