window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman?

Zamil Syaheer · Oct 28, 2020 05:00 PM

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 01

Nama Toyota Yaris bukanlah baru di Malaysia kerana ia pernah diperkenalkan di sini pada tahun 2006 sebelum dihentikan beberapa tahun seterusnya.

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 01

Tahun lepas, UMW Toyota Motor memperkenalkan semula Toyota Yaris di Malaysia. Kali ini, ia berdasarkan Toyota Vios NSP151 (generasi ke-3).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 01

Dalam artikel ini, kita akan melihat lebih lanjut berapakah jumlah gaji yang anda perlu ada setiap bulan sebelum anda boleh memohon pinjaman bank untuk pembelian dan penyelenggaraan Toyota Yaris.

Berapa jumlah gaji untuk melayakkan saya memiliki Toyota Yaris?

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 02

Kami mulakan dengan varian aras mula iaitu Toyota Yaris 1.5 J yang berharga RM 69,576 (diatas jalan, tanpa insuran). Bayaran bulanan yang diperlukan berada sekitar RM 700, dengan kadar bunga sebanyak 2.27 peratus bagi pinjaman selama 9 tahun.

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 03

Mengikut garis panduan yang disyorkan dimana anda sepatutnya tidak membayar lebih daripada 20 peratus gaji bulanan untuk pembayaran kereta anda, anda memerlukan gaji bersih sebanyak RM 3,500 sebulan.

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 04

Dengan kos insuran, penyelenggaraan, tayar, penjagaan, dan kos lain didalam factor, pembelanjaan berkaitan dengan kereta sepatutnya tidak lebih daripada 30 peratus gaji bulanan anda.

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 05

Jika anda ingin varian teratas iaitu 1.5 G yang berharga RM 82,475 (diatas jalan, tanpa insuran), anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM 830 setiap bulan. Ini bermaksud anda perlu mempunyai gaji bersih sebanyak RM 4,200 sebulan.

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 06

Tapi kena ingat, kadar bunga sentiasa berubah-ubah. Dengan situasi semasa disebabkan pandemik Covid-19, kadar bunga amatlah rendah tapi anda perlu menyemak dengan bank pilihan anda untuk kadar terbaru. Tambahan pula, harga yang kami nyatakan disini termask insentif pengecualian cukai Penjana, sah sehingga 31hb Disember 2020.

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 07

Kalau anda nak tau, varian aras mula Toyota Yaris penuh dengan ciri-ciri dan kelengkapan yang jauh lebih baik berbanding Honda Jazz. Varian 1.5J dilengkapi dengan 7 beg udara, kawalan stabiliti, lampu LED DRL, kemasukkan tanpa kunci dan butang push-start.

Jangan ambil pinjaman selama 9 tahun!

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 08

Kami pernah bincangkan dengan terperinci kenapa pinjaman selama 9 tahun tidak baik bagi anda. Jika anda bijak dengan kewangan anda, kami syorkan anda untuk mengambil pinjaman selama 5 tahun.

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 09

Ambil varian Toyota Yaris 1.5 J sebagai contoh. Jika anda mengambil pinjaman sebanyak 9 tahun, anda perlu membayar kadar bunga sebanyak RM 13,000, berbanding RM 7,100 jika anda memilih pinjaman selama 5 tahun.

Masalah utama dengan pinjaman 9 tahun ialah ianya terlalu lama, sehinggakan nilai kereta anda menurun dengan lebih cepat berbanding kemampuan anda untuk membayar pinjaman.

Toyota Yaris 2020 – Berapakah gaji minimum nak dapat pinjaman? 10

Anda juga boleh berada di situasi di mana anda terpaksa menjual kereta anda ataupun membuat tuntutan ‘total loss’ daripada insuran. Ini bermakna anda perlu menambah wang sebelum anda boleh menyelesaikan pinjaman anda kereta jumlah tertunggah jauh lebih tinggi berbanding nilai pasaran kereta anda.

Jadi, beringatlah sebelum mengambil pinjaman selama 9 tahun.

Berapakah yang saya perlu sediakan setiap bulan untuk penyelenggaraan Toyota Yaris?

Toyota Yaris (anggaran bajet bulanan)
Model 1.5 J

1.5 E, 1.5 G

Tayar(RM)

30/bulan

2-tahun: ~720

40/bulan

2-tahun: ~1,000

Kos servis (RM)

70

(~850/tahun)

70

(~850/tahun)

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda