window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai

Faisal · Dec 27, 2020 12:00 PM

 

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 01

Toyota Camry merupakan antara sedan yang digemari oleh golongan veteran kerana ia cukup selesa. Malah keselesaannya boleh memalukan kereta yang berada di segmen premium. Ditambah pula dengan ruang kabin yang cukup luas dan senyap, Toyota Camry memberikan pengalaman seperti sebuah kereta eksekutif walaupun ia berada di segmen konvensional.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Malaysia, populariti Toyota Camry meningkat secara mendadak sejak generasi XV30 beransur dimana ia menampilkan sentuhan kabin seperti Lexus.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 01

Jika anda masih ingat, generasi inilah yang memulakan kehangatan persaingan sedan segmen D dimana ia seringkali dikaitkan dengan Honda Accord.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 02

Sejak dari itu, nilai premium yang diterapkan oleh Toyota Camry beransur kepada generasi XV40 dimana penampilannya kelihatan lebih premium.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 03

Malah secara keseluruhan, ia kelihatan seperti adik-beradik Lexus.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 04

Beralih ke generasi XV50, Toyota Camry ditampilkan dengan rekaan yang lebih bersegi termasuklah di bahagian dalam.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 05

Walaupun rekaannya mengundang kontroversi, nilai keselesaan dan jangka hayat yang lama telah menjadikan “Camry” sebagai salah satu warisan yang terkuat di dalam dunia automotif.

Isu dan permasalahan

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 06

Imej :IWork

Secara umumnya, Toyota Camry mempunyai jangka hayat yang cemerlang sekiranya dijaga dengan baik. Walaupun ianya sebuah Toyota, ia tidak lari dari sebarang permasalahan. Antara isu yang sering dihadapi oleh pemilik Camry XV30 ialah masalah alternator bearing dimana enjin boleh bunyi berdesing macam bot motor. Kos untuk menukar komponen ini adalah sekitar RM 100 – RM 500.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 07

Imej: Autoparts

Mengenai generasi XV40, pemilik sering melaporkan masalah stereng yang berbunyi. Anggaran kos untuk membaiki isu steering rack ini ialah sekitar RM 1,500.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 08

Imej: Globusk

Pada masa yang sama, kebanyakan pemilik Camry generasi ini menghadapi isu kehausan pra-matang pada absorber depan dimana ia mengeluarkan bunyi ketika melalui bonggol. Kos untuk menukar komponen ini adalah sekitar RM 300 untuk 1 roda.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 09

Imej: autoplius

Berkenaan generasi XV50 pula, ia merupakan Camry pertama yang menggunakan sistem electric power steering (EPS). Namun begitu, sistem ini boleh mengalami kegagalan dimana stereng boleh terasa berat dan berbunyi. Anggaran kos untuk membaiki isu ini berada dalam lingkungan RM 700 – RM 2,200 (bergantung pada komponen yang terlibat).

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 10

Imej: Amagical

Menariknya, Toyota Camry generasi ini juga hadir dengan varian hibrid dimana ia tidak mempunyai sebarang isu. Namun begitu, kos penukaran bateri hibrid boleh mencecah sehingga RM 7,000 apabila sudah sampai masa.

Bagaimana pula dengan kos servis?

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 11

Imej: TCCM

Seperti kereta lain, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Sebagai sebuah kereta Jepun yang ringkas, kos servis dan penyelenggaraannya cukup rendah.

Model tahun manakah paling baik?

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 12

Kami menyarankan pembeli untuk memilih model facelift kerana kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah pulih.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 13

Imej: Blogspot

Berdasarkan spesifikasi keseluruhan, Toyota Camry facelift generasi XV30 varian 2.4V mempunyai pelbagai kelengkapan yang premium. Antaranya ialah trim kayu di stereng, kawalan pelayaran, kerusi depan elektronik, lampu depan HID dengan pelarasan automatik, kawalan kestabilan, cermin belakang anti-silau, penyaman udara automatik, serta ambient lighting di bahagian kaki dan pemegang pintu.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 14

Sekiranya anda berminat dengan generasi XV40, model facelift varian 2.4V mempunyai pelbagai ciri yang mewah.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 15

Antaranya seperti pelindung matahari untuk penumpang belakang (sunshade), suis pelaras kerusi ‘bos’, penyaman udara 2-zon, sokongan tulang belakang untuk kerusi pemandu, serta keyless entry dan push start.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 16

Unik untuk generasi XV50, varian 2.5V sebelum facelift agak berbaloi untuk dibeli. Malah ia menggunakan tren kuasa yang sama seperti Toyota Camry generasi sekarang. Tambahan pula, varian ini hadir dengan kamera undur – pertama kali didatangkan pada Toyota Camry.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 17

Menariknya, varian 2.5 Hybrid yang hadir pada model facelift sebenarnya berbaloi untuk dimiliki kerana ia mempunyai pelbagai kelengkapan.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 18

Antaranya ialah tren kuasa hibrid yang menjimatkan minyak, sistem bunyi JBL, lampu depan automatik jenis LED, pengelap cermin automatik, Hill Start Assist, amaran titik buta, pembersih udara Nanoe Panasonic, dan pengecas telefon tanpa wayar.

Tinjauan pasaran terpakai

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 19

Untuk maklumat anda, model yang tidak diubah suai agak berbaloi untuk dibeli sekiranya unit tersebut dijaga dengan baik. Berdasarkan pasaran terkini, Toyota Camry 2.4V generasi XV30 tahun 2004 boleh dimiliki serendah RM 17,800. Ia hadir dengan enjin 2.4L (154 PS, 218 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automaik 4 kelajuan.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 20

Untuk anda yang meminati generasi XV40, Toyota Camry 2.4V tahun 2009 boleh dibeli serendah RM 39,800. Ia hadir dengan enjin 2.4L (167 PS, 224 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 5 kelajuan.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 21

Jika anda berminat dengan generasi XV50, Toyota Camry 2.5V tahun 2013 kini hanya serendah RM 63,900. Ia hadir dengan enjin 2.5L (181 PS, 231 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 22

Untuk anda yang mahukan prestasi tinggi dan penjimatan minyak, Toyota Camry Hybrid tahun 2015 boleh dibeli dengan harga sekitar RM 71,800. Menariknya, enjin hibrid 2.5L yang dipadankan dengan transmisi eCVT ini menghasilkan kuasa sebanyak 205 PS.

Model Harga baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
2.4V XV30 (2004) RM 179,072 RM 17,800 5.6%
2.4V XV40 (2009) RM 174,990 RM 39,800 7%
2.5V XV50 (2013) RM 180,900 RM 63,900 9%
2.5 Hybrid XV50 (2015) RM 174,900 RM 71,800 11.8%

Walau apapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Selain itu, apa yang harus ditelitikan?

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 23

Imej: Facebook Camry Malaysia Club

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk membeli terus daripada pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelakkan diri daripada sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 24

Imej: JapanTechnica

Seperti kereta terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penjagaan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak transmisi (gearbox), air radiator, dan minyak brek.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menguji pandu terlebih dahulu dan meneliti sama ada kereta tersebut pernah mengalami sebarang kerosakan kemalangan ataupun banjir.

Konklusi

Toyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai 25

Imej: Motorsport

Walaupun berada pada generasi terdahulu, Toyota Camry terpakai masih mempunyai identiti yang kuat dimana ia menawarkan keselesaan yang mantap dengan kualiti yang seakan eksekutif. Ditambah pula dengan reputasi Toyota yang tahan cukup lama, Toyota Camry terpakai sesuai untuk anda yang inginkan sebuah sedan mewah tanpa perlu berbelanja besar terutamanya untuk jangka masa yang panjang.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda